Hari berikutnya percutian, saya ke Mersing. Kunjungan ke dua dalam tahun ini adalah untuk mengikuti pakej RM150 ke pulau-pulau CHEKGU MURNI di Taman Laut Sultan Iskandar. Perjalanan dari rumah bermula jam 3pagi, dan bersama kawan-kawan bertolak dari Larkin jam 4.30pagi terus ke Jeti Mersing. Setelah berkumpul, jam 9.30 pagi bertolaklah kami dengan menaiki 5 bot ke laut.
Trip teramai, 5 bot.
45minit ke Pulau Sibu Kukus melalui persisiran Mersing
Beting pasir cantik di Pulau Sibu Kukus
Kena daki 5 minit ke puncak untuk menikmati
pemandangan cantik
Pemandangan cantik sekitar Pulau Sibu Kukus
dan puncaknya
dan puncaknya
Kami telah tiba di Pulau Sibu Kukus.
Kemudian ke Pulau Lima pula, pulau banyak gua,
sesi snorkling untuk first timer sebab air tenang.
Ikan tak banyak, coral pun tak ada.
Kemudian ke Pulau Tetek atau Pulau Tokong Raket,
memerhati persinggahan dan sarang burung laut.
Ke Pulau Simbang pula, sesi snorkling berhampiran.
Coral yang biasa, tapi banyak ikan.
Menjelang 1 ptg, ke Pulau Mentigi yang juga ada beting pasir
untuk makan, rehat dan sesi snorkling
Snorkling di belah kanan beting pasir,
coral biasa di air cetek dan ikan tak banyak.
Snorkling di belah kiri beting pasir,
dasar laut berbatu tapi ikan banyak dan besar-besar.
Jam 3.30ptg bergerak pula ke Pulau Tinggi.
Meneroka hutan mencari air terjun,
15 minit baru jumpa, kolam kecil dah penuh ramai orang.
Jam 5ptg, barulah kami bergerak pulang ke darat dengan laut yang bergelora. 45minit perjalanan pulang bagaikan sejam sebab terumbang ambing lawan ombak laut yang ganas. Namun, bersyukur selamat sampai darat jam 6 ptg. Sesungguhnya kami berpuas hati dengan jelajah di pulau-pulau Taman Laut Sultan Iskandar walaupun hanya sebahagian daripadanya sahaja.
Post a Comment