Melepak di Desaru Coast Adventure Park



      Sempena cuti raya Haji yang panjang, saya ke Desaru Coast, nama baru bagi pusat peranginan Desaru. Pusat-pusat peranginan baru bakal di buka adalah Hard Rock Hotel, Westin Desaru, Anantara Villas, One&Only Resort dan tempat yang saya kunjungi adalah Desaru Coast Adventure Park. Pusat hiburan air ini baru di buka dan bayaran pengenalan hanya RM 75 untuk dewasa.



Jam 10pagi dah buka. Wira dan Suri sebagai maskot.



Tema tempatan dan pelbagai tarikan aktiviti air.



Persekitaran baru yang bersih.



Naik water roller coaster Kraken. Naik 3 kali. :)


Tak dapat naik Tempest sebab hanya untuk boya 4 orang.



Hanya naik luncur Piptide,
sesuai untuk boya sorang atau berdua. Naik 2 kali.



Terus bersambung dengan Penawar River.



Mencuba surf board, susah juga nak kawal.



Ada bahagian untuk kanak-kanak.



Ada pantai buatan untuk mandi ala laut
dan pantai pasir putih dengan kerusi percuma.




Ada ombak buatan yang hebat,


Menjelang jam 4 ptg bila dah bosan, barulah saya pulang. Sesungguhnya, tempat ini sangat menarik untuk dewasa dan kanak-kanak untuk yang menyukai tempat rekrasi air yang selamat. Kemudahan tempat ini pun lengkap seperti surau, retoran di luar dan dalam, loker RM 20 dan tandas. 


Labels: edit post
0 Responses

Post a Comment