Sempena cuti umum Maulud Nabi bersambung dengan hujung minggu, saya ke Kota Belud untuk mendaki Bukit Bongol. Seawal pagi jam 5 telah keluar dari penginapan di Fat Rhino Hostel yang mengambil masa perjalanan 1 jam lebih berpandukan google map. Di katakan terdapat 3 laluan mendaki Bukit Bongol, kami memilih laluan Kampung Mandap, kerana berpendapat laluan tersebut mudah di fahami memandangkan kami novice hiker. Bayaran masuk RM 2 untuk dewasa.
7.30 pagi mula mendaki.
Setelah puas bergambar di puncak, kami pun beransur turun semula dan sampai ke bawah jam 10pagi. Setelah membersihkan diri di tandas di pondok penjaga bukit, kami bertolak pula ke pekan Kota Belud untuk makan di Kedai Nasi Kukus Cikgu,. Seterusnya, jam 11.30pagi kami ke Sungai Melangkap untuk mandi mandi. Terdapat banyak pusat pelancongan di sana, tapi kami memilih yang paling hujung, Melangkap Tiong, dengan bayaran masuk RM 3.
Jam 2 ptg, kami pun beransur pulang ke Kota Kinabalu dan hujan pun turun. Sesungguhnya, alam dan manusia memerlukan antara satu sama lain. Amat menyeronokkan masih dapat menikmati keindahan alam di Sabah ini.
Post a Comment