Sempena keberadaan saya di Kuala Lumpur,saya mengambil kesempatan beriadah ke Bukit Kerinchi,Kuala Lumpur dan Bukit Gasing, Selangor. Hutan bandar ini memang terletak di sempadan dua negeri, maka boleh di masuki melalui Taman Jaya, Petaling Jaya ataupun Pandai Dalam, Kuala Lumpur. Oleh sebab saya menggunakan pengangkutan awam, saya masuk melalui stesen Komuter Pantai Dalam, 5 minit jalan kaki ke Bukit Kerinchi.
Sampai sudah ke Bukit Kerinchi.
Trek tanah mendaki hingga jumpa
simpang 3 (Labah-labah) Bukit Gasing.
(kanan ke jambatan gantung-kiri ke pintu masuk)
Sekian riadah saya hampir 2 jam untuk meliputi seluruh Bukit Kerinchi-Bukit Gasing. Sesungguhnya kawasan rimba ini agak luas dan tiada papan tanda arah, namun jangan segan bertanya kepada pengunjung kalau sesat. Pengunjung di sini sentiasa ada dan alhamdullilah, tiada nyamuk.
Post a Comment