Melawat Brunei (Hari 1)


         Hujung minggu yang membosankan membawa diri ke Negara Brunei Darussalam. Perjalanan pada jam 9 pagi dari Labuan menaiki Feri Sri Labuan 3 dengan tambang berharga RM 37 mengambil masa sejam untuk sampai ke Terminal Feri Serasa, Brunei.



Selamat sampai ke Brunei.

            Dari terminal Serasa, kena tunggu bas di luar pagar terminal untuk menaiki bas pula ke Pekan Serasa untuk ke Bandar Seri Begawan (BSB). Bas awam di Brunei mempunyai warna dan no tertentu yang menunjukkan laluan bas tersebut. Bas dari Jeti Serasa bernombor 33 dan untuk ke BSB, perlu naiki bas 37 atau 39. Tambangnya hanya DB1 untuk sehala. Namun, penduduk masih menyebut Ringgit, bukan Dollar Brunei (DB).




Terminal Feri Serasa & Pekan Serasa.


           Sampai di BSB hampir jam 12 tgh, kami segera mencari bilik penginapan untuk bermalam sehari. Maka, kami menginap di KH Soon Guesthouse yang terletak berhadapan Hotel Brunei dan Pasar Tamu Kianggeh. Harga semalam adalah DB40 untuk bilik yang luas tetapi bilik air di luar, sesuai untuk kami yang hanya bujang berdua.



Menginap di Guesthouse KH Soon.



           Sesudah meletakkan beg, kami memulakan sesi melawat Brunei dengan mengisi perut dahulu. Kami makan di Restoran Seri Mama yang menjual Nasi Katok, berupa nasi berlauk ayam goreng dan sedikit sambal cili padi yang tidak pedas. Selesai makan, kami terus ke Terminal Bas BSB untuk melawat daerah Seria. Bas akan bertolak pada jam 1.30 ptg, dengan masa perjalanan selama 2 jam melalui jalanraya biasa merentasi kampung-kampung dan lebuhraya.


Terminal Bas BSB


Pemandangan perjalanan BSB-Seria.


Perjalanan ke Seria.


        Sampai di Pekan Seria hampir 3.30 ptg, kami bergegas ke 1 Bilion Barrel Monument kerana bas terakhir ke BSB berakhir jam 4.30 ptg. Dengan masa yang singkat, kami berjalan laju selama 20 minit ke tempat yang di tuju dan bernasib  baik kerana pemandu bas sunggup menunggu dan membawa kami kembali ke BSB dengan tambang yang DB 6 sahaja.



Pemandangan pekan Seria.



O & G Discovery Center, Seria.



1 Bilion Barrel Monument, Seria.



Sekitar 1 Bilion Barrel Monument.



           Sampai di BSB sudah hampir 6 ptg, kami berehat dan makan malam di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan membeli cendermata di sana. Kemudian, kami meronda-ronda menikmati malam yang nyaman di sekitar BSB dan Waterfront BSB. Sekian hari pertama di Brunei.




Sekitar Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.



Pemandangan Masjid SOAS.



Labels: edit post
0 Responses

Post a Comment