Sempena jemputan kenduri kahwin seorang rakan di Kemaman dua tahun lepas, saya bersama Rio mengambil kesempatan melawat Terengganu. Kali pertama ke kawasan pantai timur, memang teruja sekali, sanggup menempoh 9jam perjalanan dari Jb ke Kuala Terengganu.

Kira-kira 8pagi, barulah bus berhenti di Hentian Bus Majlis Perbandaran Kuala Terengganu, Lega rasanya selamat sampai, perut pun melapar, sarapan dulu di warung berdekatan. Kemudian bergegas mencari hotel penginapan. Akhirnya, dapatlah juga budget hotel yang bersesuaian setelah mendapati banyak hotel sudah penuh.

Selesai berehat-rehat sebentar di bilik, kami berdua sesiap dan memulakan aktiviti meronda-ronda di Kuala Terengganu. Destinasi pertama ialah ke Muzium Terengganu, muzium terbesar di Asia Tenggara. Memang betul pun luas dan bertingkat-tingkat, dari ruang pameran diraja, ke ruang petroleum, ruang seni dan ruang hidupan liar.

Kemudian, kami mula kembali ke bandar Kuala Terengganu semula. Kami bersolat asar di Masjid Abidin, kemudian ke Istana Maziah sebelum melepak di Dataran Syahbandar dan Bazaar Warisan sampai magrib. Puas merasai angin nyaman di situ, kami gerak ke kedai untuk membeli hadiah untuk pengantin sebelum makan malam di Restoran Puteri. Makananya sedap la juga, tapi lambat betul makanan nak sampai. ehehe.


Selesai makan, kami pun pulang ke bilik hotel, dan terus tidur. Sekian hari pertama di Terengganu.
Post a Comment