Sepagi di Tasik Biru, Kangkar Pulai


Sempena pulang bercuti ke kampung halaman, aktiviti pertama kali jejak sebaik sampai ke Johor adalah ke Kangkar Pulai untuk jelajah tasik biru di sana. Tasik ini terhasil daripada takungan air kawasan lombong yang menghasilkan warna biru turquoise kerana kandungan mineral yang terdapat di situ.





Punya ramai orang pagi Sabtu tu.



Kena redah trek kelapa sawit.



Ada la sikit trek mencanak untuk sampai puncak.



15 minit dah sampai best spot.



Malas nak jelajah jauh lagi ke pusat takungan air,
15 minit bergambar, terus pulang.


# Terkini, kawasan ke lombong ini di pagar dan dilarang masuk

Sepagi di Batu Caves


Sempena keberadaan di Kuala Lumpur, saya ke Batu Caves untuk mencuba menaiki 272 tangga hingga puncak. Menaiki KTM Komuter yang sangat lambat dari KL Sentral jam 9.45pagi, hampir 30minit baru tiba di Batu Caves.



Tiba di kawasan kuil Batu Caves jam 10.30pagi.



Ramai manusia dan banyak monyet.


Tangga cantik untuk 272 langkah ke puncak.


Dalam gua ada kuil.


Ada lagi tangga sambungan ke hujung gua.



Pemandangan gua yang cantik.


Ada pakej teroka gua gelap, RM30 untuk 45 minit.
Tak masuk sebab kesuntukan masa.



Jam 11 pagi turun dan pulang.



Perjalanan pulang lebih lancar dan pantas dengan manaiki KTM Komuter juga dari Stn Batu Cave ke Stn KTM Sentul. Sambungan ke Stn KL Sentral pula dengan menaiki bas awam dengan percuma dari Stn KTM Sentul. Sekian aktiviti senaman kaki di Batu Caves, yang sangat mudah untuk sesiapa yang dah biasa mendaki.

Ronda-ronda ke Keningau



Sempena cuti panjang Sambutan Keputeraan Agong, saya membawa diri bermotorsikal solo ke Keningau. Dari Labuan seawal jam 6 pagi dengan meredah hujan untuk menaiki feri RORO, sampai di Menumbok jam 8.30 pagi, terus ke Kuala Penyu - Kimanis - Keningau.



Mencabar kemampuan Honda Future naik gunung,
jam 11pagi baru sampai Keningau.



Check in di Backpacker Yee, makan-rehat.
Jam 4 ptg naik Bukit Trig.



Boleh tahan trek bukit ni, curam & mencanak semua.



Trek laluan slim abis, kalau berselisih kena hati-hati
takut jatuh gaung.



Sejam kemudian ke Bukit Matanoi, tak jauh dari Bukit Trig.
Bayaran RM3



Koleksi untuk swafoto di puncak Matanoi.


Ada juga Taman Arnab, RM 4 + RM 1 untuk makanan.


Jam 6 ptg, terus saya pulang ke penginapan. Rehat-makan-tidur sahaja di bilik, sebab malam itu hujan. Boleh la simpan tenaga untuk esok.