Ronda-ronda ke Keningau
2:02 PM
Sempena cuti panjang Sambutan Keputeraan Agong, saya membawa diri bermotorsikal solo ke Keningau. Dari Labuan seawal jam 6 pagi dengan meredah hujan untuk menaiki feri RORO, sampai di Menumbok jam 8.30 pagi, terus ke Kuala Penyu - Kimanis - Keningau.
Mencabar kemampuan Honda Future naik gunung,
jam 11pagi baru sampai Keningau.
Check in di Backpacker Yee, makan-rehat.
Jam 4 ptg naik Bukit Trig.
Boleh tahan trek bukit ni, curam & mencanak semua.
Trek laluan slim abis, kalau berselisih kena hati-hati
takut jatuh gaung.
Sejam kemudian ke Bukit Matanoi, tak jauh dari Bukit Trig.
Bayaran RM3
Koleksi untuk swafoto di puncak Matanoi.
Ada juga Taman Arnab, RM 4 + RM 1 untuk makanan.
Jam 6 ptg, terus saya pulang ke penginapan. Rehat-makan-tidur sahaja di bilik, sebab malam itu hujan. Boleh la simpan tenaga untuk esok.
Post a Comment