Melepak di Desaru Coast Adventure Park



      Sempena cuti raya Haji yang panjang, saya ke Desaru Coast, nama baru bagi pusat peranginan Desaru. Pusat-pusat peranginan baru bakal di buka adalah Hard Rock Hotel, Westin Desaru, Anantara Villas, One&Only Resort dan tempat yang saya kunjungi adalah Desaru Coast Adventure Park. Pusat hiburan air ini baru di buka dan bayaran pengenalan hanya RM 75 untuk dewasa.



Jam 10pagi dah buka. Wira dan Suri sebagai maskot.



Tema tempatan dan pelbagai tarikan aktiviti air.



Persekitaran baru yang bersih.



Naik water roller coaster Kraken. Naik 3 kali. :)


Tak dapat naik Tempest sebab hanya untuk boya 4 orang.



Hanya naik luncur Piptide,
sesuai untuk boya sorang atau berdua. Naik 2 kali.



Terus bersambung dengan Penawar River.



Mencuba surf board, susah juga nak kawal.



Ada bahagian untuk kanak-kanak.



Ada pantai buatan untuk mandi ala laut
dan pantai pasir putih dengan kerusi percuma.




Ada ombak buatan yang hebat,


Menjelang jam 4 ptg bila dah bosan, barulah saya pulang. Sesungguhnya, tempat ini sangat menarik untuk dewasa dan kanak-kanak untuk yang menyukai tempat rekrasi air yang selamat. Kemudahan tempat ini pun lengkap seperti surau, retoran di luar dan dalam, loker RM 20 dan tandas. 


Labels: 0 komen | edit post

Sepetang di Garden by the Bay, Singapura.



        Di kesempatan cuti yang lalu, saya mengambil kesempatan ke Garden by the Bay, Singapura untuk menyaksikan pameran di bawakan khas tulip dari Belanda. Dari Johor Bahru, menaiki bas ke Pusat Imigresen Woodland, menaiki bas sama ke Stesen MRT Kranji terus ke Stesen Marina Bay lalu ke Stesen Bayfront.



Jam 12tgh tiba, hujan la pulak.



Tiket masuk untuk Flower Dome & Cloud Forest SGD 28



Ke Flower Dome dulu.



Bunga tulip yang mengembang.



Keseluruhan pameran di tingkat bawah.



Pelbagai jenis bunga tulip.



Tulip di hias dengan tema Belanda.



Tulip di mana-mana.



Bunga tulip hiasan taman.



Bunga tulip dengan hiasan taman.



Selain pameran tulip, ada pelbagai taman kekal.



Taman tema gurun, kaktus dan boabab.



Taman teman mediterranean, pokok zaitun dan palma.



Taman tema california, buat sitrus.



Taman tema Amerika Selatan.



Taman tema Afrika Selatan.



Ke Cloud Forest jam 2.30ptg.



Ada air terjun buatan setinggi 5 tingkat.



Ada taman orkid.



Terus ke tingkat 5, taman tema lego.



Pemandangan dari tingkat 4.



Ada pameran batu gua di tingkat 3.



Pusat informasi tingkat 2 dan 1.



Tingkat bawah taman tema tropika.



Suasana malam di Garden by the Bay.



Pertunjukan lampu warna warni dan iringan musik
jam 8 mlm selama 25 minit.



Pemandangan malam.
Labels: 0 komen | edit post

Melawat Muzium Telekom dan Muzium Sasana Kijang


        Sempena keberadaan saya di Kuala Lumpur, saya mengabiskan masa perjalanan yang ada untuk melawat Muzium Telekom. Terletak di Jalan Raja Chulan, kawasan Puduraya, muzium ini di buka setiap hari, jam 9 pagi hingga 5 petang, kecuali cuti umum.



Pemandang bahagian luar Muzium Telekom.



Bayaran masuk RM 6 untuk dua galeri
dalam bangunan klasik Inggeris.



Pelbagai info di pamerkan dari awal telekomunikasi wujud.



Dari kod morse hingga penghasilan telefon bertalian.




Talian telefon secara manual.



Sekarang dah maju, tanpa wayar.



        Hari berikutnya saya ke Muzium Mata Wang Malaysia, Sasana Kijang. Terletak di kawasan Bank Negara, muzium ini di buka setiap hari 10 pagi hingga 6 petang kecuali cuti umum. Pemeriksaan individu ada dilakukan , namun tiada bayaran masuk kecuali loker beg.



Muzium 4 tingkat yang besar dengan binaan moden.




Ada gelari seni.



Galeri mata wang dunia.



Koleksi mata wang lama negara Asia.



Koleksi syiling lama.



Pelabagai jenis bentuk wang lama.



Jenis mata wang zaman kuno.



Wang terbesar dunia.



Ada gelari interaktif visual.



Ekonomi negara di kaitkan dengan pengukuhan nilai wang.



Wang menggambarkan kekayaan seseorang,
namun kekayaan belum tentu menjamin kebahagiaan seseorang

Labels: 0 komen | edit post