Bercuti ke Manila, Filipina (Hari ke 4)



      Hari ke 4, hari santai kerana hari terakhir di Manila. Seawal jam 9 pagi sudah sesiap dan check out dari penginapan. Kesempatan masa yang ada sebelum penerbangan pulang, saya singgah ke Pusat Kebudayaan Filipina atau Cultural Centre of Philipina (CCP).




Kebetulan ada festival kesenian, PASINAYA.



Ada pameran seni.


Persembahan tarian.


Tarian ala Sepanyol.


Tarian ballroom dengan baju kebangsaan Filipina.
(lelaki : barong tagalog, wanita : terno di bahu)



Tarian dari Mindanao.



      Menjelang jam 1 ptg, saya beransur pulang menuju ke Terminal 3, NAIA untuk menaiki pesawat AirAsia ke Kota Kinabalu jam 5.15 petang. Sesungguhnya, percutian solo saya ke Manila sangat memuaskan dan selamat pergi dan pulang. Semoga ada lagi kesempatan untuk ke tempat menarik lain di Filipina. Kos keseluruhan adalah : RM 1,050 ( Tiket BKI-MNL = RM 123 MNL-BKI = RM195, Penginapan 3H2M = RM 123, Belanja 3H2M = RM 600 )
Labels: 0 komen | edit post

Cuti-cuti Langkawi 2 (Hari Pertama & Kedua)



     Sempena 10 tahun tidak ke Langkawi, saya mengulang bercuti kembali ke pulau tersebut dengan niat melawat ke tempat yang tidak sempat di jelajah pada percutian Langkawi pada tahun 2006 yang lalu. Percutian 4 hari 3 malam ini bermula pada 28 Disember 2017, dari KLIA dengan pesawat AirAsia AK6302 jam 2.00 ptg, tapi delay, 2.45 ptg baru berlepas. Sampai Langkawi, saya dapatkan Grab Car berharga RM11 ke Pantai Cenang untuk menginap di Cenang Guest House, RM 56 satu malam melalui booking Traveloka sejak bulan 8 lagi



5 ptg di Pantai Cenang.


10 tahun banyak perubahan di Pantai Cenang,
dah macam Bangla Road, Phuket.



Hari pertama sudah shoping coklat.


Malam di Pantai Cenang masih di penuhi orang.



     Sekian hari pertama di Pantai Cenang, Langkawi. Hari kedua 29 Disember, sarapan dahulu dan menyewa skuter di depan Cenang Guest House untuk 2 hari, dapat sehari RM 30, deposit RM 50. Perancangan untuk ke Langkawi Cable Car jam 9.30pagi, tapi cuaca yang mendung dengan angin kuat menyebabkan operasi di tangguhkan oleh pihak pengurusan. Oleh kerana malas beratur panjang dan menunggu operasi mula, saya terus ke Telaga Tujuh.



Awal pagi singgah di Rumah Api Telaga Quay



Singgah ke Pantai Kok pula, cantik.


10.30 pg mendaki tangga 10 minit ke Telaga Tujuh.



Jernihnya air di Telaga Tujuh.


   Tengahari selepas check out di Cenang Rest House, saya ke Pekan Kuah untuk penginapan di Regalia Inn & Spa. Saya telah booking sejak bulan 6 lagi, malangnya hotel tersebut telah tutup tanpa langsung memberitahu. Terpaksa hangus RM 50 untuk tempahan 2 malam. Malas penat mencari, menginap pula ke Clover Guesthouse Langkawi dengan RM 60 untuk 2 malam.




4.00 ptg di Air Terjun Durian Perangin.



Sejuknya air terjun, nyaman.



5.30 ptg di Pantai Tg. Rhu



Malam di Pantai Cenang. Konsert blues

Labels: , 0 komen | edit post

Cuti-cuti Langkawi 2 (Hari ke 3)



       Hari ketiga di Langkawi di mulakan dari awal pagi juga. Seawal jam 7pagi dah sesiap nak gerak dari Pekan Kuah ke AB Tour, Pantai Chenang untuk ke Kilim Geopark. Pakej hanya sesi pagi berharga RM 50 di tempah sehari sebelum.




Awal pagi dah bersiar-siar di Pekan Kuah dulu.


Jam 10pagi di jeti Tanjung Rhu untuk Mangrove Tour.


Pitstop 1 : Helang melepak.


Pitstop 2 : Monyet melepak



Pitstop 3 : Jelajah Gua Buaya.


Pitstop 4 : Gua Kelawar.


Pitsop 5 : Andaman sea & Kilim Geopark sign


Pitstop 6 : Fishfarm Restaurant, rehat sejam.


Jam 1 ptg abis tour, sesorg ke Pantai Tg Rhu, cantik!


Singgah pula ke Air Terjun Temurun,
punyalah tinggi tapi air kurang, namun ramai orang.



Gerak pula ke Pantai Pasir Tengkorak,
pantai banyak formasi batuan.


Singgah pula di Pantai Pasir Hitam,
ada pasir kehitaman batu granit.


Kembali ke Pekan Kuah jam 5 ptg,
masuk Taman Lagenda


Taman penceritaan Lagenda Langkawi.


Dataran Helang waktu petang dan malam,
monumen Helang wajib bergambar.



      Sekian, hari ketiga saya di Langkawi. Hari ke empat, tiada apa aktiviti dapat di lakukan kerana perlu berlepas ke KLIA jam 9.30 pagi. Sesungguhnya percutian ini mencapai matlamat mengelilingi pulau dan berpuas hati dapat melawat tempat semulajadi di Langkawi walaupun terhangus RM 50 akibat hotel yang tutup. Jumlah belanja = RM 569 ( Tiket penerbangan : RM 222 Penginapan 3 hari : RM 115 Grab Car LIA-Cenang : RM 11 Grab Car Cenang-LIA : RM 16 Mangrove Tour : RM 50 Sewa motor 2 hari : RM 60 Minyak motor : RM 15 Ole-ole makanan : RM 80 )
Labels: , 0 komen | edit post