Sempena 10 tahun tidak ke Langkawi, saya mengulang bercuti kembali ke pulau tersebut dengan niat melawat ke tempat yang tidak sempat di jelajah pada percutian Langkawi pada tahun 2006 yang lalu. Percutian 4 hari 3 malam ini bermula pada 28 Disember 2017, dari KLIA dengan pesawat AirAsia AK6302 jam 2.00 ptg, tapi delay, 2.45 ptg baru berlepas. Sampai Langkawi,
saya dapatkan Grab Car berharga RM11 ke Pantai Cenang untuk menginap di Cenang Guest House, RM 56 satu malam melalui booking Traveloka sejak bulan 8 lagi
5 ptg di Pantai Cenang.
10 tahun banyak perubahan di Pantai Cenang,
dah macam Bangla Road, Phuket.
Hari pertama sudah shoping coklat.
Malam di Pantai Cenang masih di penuhi orang.
Sekian hari pertama di Pantai Cenang, Langkawi. Hari kedua 29 Disember, sarapan dahulu dan menyewa skuter di depan Cenang Guest House untuk 2 hari, dapat sehari RM 30, deposit RM 50. Perancangan untuk ke Langkawi Cable Car jam 9.30pagi, tapi cuaca yang mendung dengan angin kuat menyebabkan operasi di tangguhkan oleh pihak pengurusan. Oleh kerana malas beratur panjang dan menunggu operasi mula, saya terus ke Telaga Tujuh.
Awal pagi singgah di Rumah Api Telaga Quay
Singgah ke Pantai Kok pula, cantik.
10.30 pg mendaki tangga 10 minit ke Telaga Tujuh.
Jernihnya air di Telaga Tujuh.
Tengahari selepas check out di Cenang Rest House, saya ke Pekan Kuah untuk penginapan di Regalia Inn & Spa. Saya telah booking sejak bulan 6 lagi, malangnya hotel tersebut telah tutup tanpa langsung memberitahu. Terpaksa hangus RM 50 untuk tempahan 2 malam. Malas penat mencari, menginap pula ke Clover Guesthouse Langkawi dengan RM 60 untuk 2 malam.
4.00 ptg di Air Terjun Durian Perangin.
Sejuknya air terjun, nyaman.
5.30 ptg di Pantai Tg. Rhu
Malam di Pantai Cenang. Konsert blues
Post a Comment