Riadah ke Bukit Kerinchi dan Bukit Gasing


     Sempena keberadaan saya di Kuala Lumpur,saya mengambil kesempatan beriadah ke Bukit Kerinchi,Kuala Lumpur dan Bukit Gasing, Selangor. Hutan bandar ini memang terletak di sempadan dua negeri, maka boleh di masuki melalui Taman Jaya, Petaling Jaya ataupun Pandai Dalam, Kuala Lumpur. Oleh sebab saya menggunakan pengangkutan awam, saya masuk melalui stesen Komuter Pantai Dalam, 5 minit jalan kaki ke Bukit Kerinchi.



Sampai sudah ke Bukit Kerinchi.



Ada jambatan gantung & kolam kecil.



Peta lokasi dan tapak khemah & trek ke hutan.



Laluan berjambatan kayu & trek tanah ke Bukit Gasing.



Trek tanah mendaki hingga jumpa
simpang 3 (Labah-labah) Bukit Gasing.
(kanan ke jambatan gantung-kiri ke pintu masuk)



Ambil trek paling kiri untuk jumpa pelantar pemandangan.



Masuk trek untuk ke pintu masuk Bukit Gasing.



Lepas rehat 15min, daki trek mencanak untuk
jumpa jambatan gantung Bukit Gasing.



Jalan pulang menikmati alam.


       Sekian riadah saya hampir 2 jam untuk meliputi seluruh Bukit Kerinchi-Bukit Gasing. Sesungguhnya kawasan rimba ini agak luas dan tiada papan tanda arah, namun jangan segan bertanya kepada pengunjung kalau sesat. Pengunjung di sini sentiasa ada dan alhamdullilah, tiada nyamuk.

Mendaki Bukit Padang, mandi di Air Terjun Kiansom & melepak di Bukit Kokol.


Hujung minggu yang lalu, membawa diri ke tiga kawasan rekreasi iaitu Bukit Padang, Air Terjun Kiansom dan Bukit Kokol. Lewat pagi jam 9pagi baru bergerak ke Bukit Padang atau lebih tepat lagi Taman Tun Fuad Stephan.




Ayuh beriadah di Bukit Padang.


Memilih Surveyor Trail no. 3, trek daki lebih pendek.


Jumpa laman TaiChi, kemudian trek tanah & tangga mendaki.



Ada kemudahan bersenam tidak jauh di puncak.



Turun melalui trek no. 6 yang ekstrem.



Setelah berpeluh-peluh mendaki, saya ke kawasan Inanam untuk ke Air Terjun Kionsom, tiba di sana jam 11.30, 30minit perjalanan dari Bukit Padang.



RM 1.50 bayaran masuk, ada kemudahan tandas dan parking.



Trek kecil yang pendek menuju 3 kolam air terjun.



Air terjun 1 (kolam kecil) dan air terjun 2 (kolam besar)


Air terjun 3 (kolam luas) dan air terjun 4 (tiada laluan).



Setelah hampir 3 jam bermandi manda, saya bergerak pula ke Bukit Kokol yang memakan masa 30minit perjalanan melalui jalan pintas Bambangan-Kebuni. Saya melepak di Kokol Haven Resort untuk menyaksikan pemandangan cantik di tempat tinggi sana.




Sampai sudah, bayaran masuk RM10 sekepala.


Melepak di restoran sambil berswafoto.


Melepak di anjung menyaksikan keindahan alam.



Menyaksikan keindahan alam hingga hampir magrib.


         Sekian, aktiviti pada hujung minggu yang lalu dengan aktiviti riadah yang menarik. Sesungguhnya, hari minggu amat menarik kalau ada aktiviti berjalan-jalan.




XPDC berkayak ke Pulau Papan



Pada hujung minggu lalu sempena Hari Malaysia, saya bersama-sama rakan sekerja ke Pulau Papan yang terletak 5km dari Pulau Labuan dengan menaiki kayak. Aktiviti berkayak ini dinamakan XPDC Kayak Merdeka.



Taklimat dan bersiap sedia.



9.30 pg.. Ayuh dayungkan kayak.



Menumpang rehat berehat di tepi kapal OSV.



45minit mendayung .. sampai sudah di Pulau Papan



Kemudahan tandas dan bilik persalinan.



Jeti bot dan tarikan pelancong.



Ada rumah api.



Rehat di pesisiran pantai.


Jam 12.00 tgh bergerak pulang ke Labuan.



Sekian aktiviti berkayak ke Pulau Papan dari Labuan. Sesungguhnya walaupun dari pantai Labuan kelihatan dekat sudah dengan Pulau Papan, tetapi tak di sangka lenguh juga tangan mendayung ke sana dengan tempoh 45 minit mendayung. 

Labels: , 0 komen | edit post