Menjejak ke trek bersejarah Chimney, Labuan



Hujung minggu yang membosankan, membawa diri ke kawasan Tanjung Kubong, Lubuk Temiang. Di sana terdapat Muzium Chimney dan tapak-tapak sejarah di sekitarnya. Untuk menjejaki tapak-tapak bersejarah yang terdapat di sekitar Tanjung Kubong ini, terdapat trek tanah dan kini telah diperindahkan lagi oleh Jabatan Muzium Labuan.




Mula,mula, kita masuk ke Muzium Chimney 2 tingkat.



Ada terowong buatan di tingkat bawah.



Tingkat atas ada pameran bahan sejarah Chimney.



Rupanya banyak binaan chimney seluruh dunia dan di Malaysia<
 yang di jadikan monumen sejarah, dan di Labuan antara terbesar.




Bersama menara cerobong (chimney) dan peta trek.


Perjalanan di mulakan, tiba di Gedung Ubat.



Pemandangan menarik dan pondok rehat berhampiran.




Turun bawah jumpa pantai Raffles Anchorage.


Batuan temburung/belait.


Penghujung Tanjung Kubong.


Gerbang laut dan lapisan arang batu.


Pusara peringatan British, nisan Alice & Evan.


Tamat sudah trek Chimney, kami pun pulang.




Sekian, penjelajahan kami di Chimney, Labuan. Tempat-tempat ini boleh di terokai pada bila-bila masa, namun adalah lebih baik untuk datang ketika air surut kerana kawasan pantai akan di penuhi air. Pemakaian baju sukan juga digalakan kerana trek agak panjang, boleh jadi lecek dan banyak nyamuk.

Labels: 0 komen | edit post

Melawat Bandaraya Kuching (Hari 3)


Hari terakhir di Kuching dengan masa yang singkat, sempat saya ke Majlis Dewan Bandaraya Kuching Sarawak, Muzium Sarawak dan Fort Margherita.



Singgah di DBK dan Taman Jubilee.


Fort Margherita di awal pagi.


Melawat Muzium Sarawak.


Bahan pameran dalam muzium.


Meronda-ronda bandar Kuching sebelum pulang.



             Sekian 3 hari 2 malam di bandar Kuching dan Santubong. Sesungguhnya Kuching sangat menarik dan masih ada lagi tempat yang belum di terokai. Semoga ketemu lagi di lain kesempatan.

Labels: 0 komen | edit post

Melawat Bandaraya Kuching (Hari 2)



Pada hari kedua di Kuching, saya bergerak seawal jam 8 pagi untuk mendaki Gunung Santubong. Saya menyewa skuter (sehari RM40) di bengkel Ah Hui Motor, Jalan Tabuan. Hampir jam 10pagi barulah saya tiba di laluan trek mendaki Gunung Santubong.




Sampai sudah di trek Bukit Puteri,
Gunung Santubong.


Trek mendaki dan pemandangan trek Bukit Puteri.


Trek mendaki dan mencanak hingga 90 darjah

untuk menuju puncak.




Tiba puncak jam 12 tgh & pemandangan sekitar puncak.



Kira-kira 15 minit saya rehat dan melepaskan penat, saya segera turun dan tiba di kaki gunung dalam jam 1.30 ptg. Ini kerana saya harus bergegas untuk ke Sarawak Cultural Village (SCV).




Ke SCV untuk sesi petang.


Melawat rumah Bidayuh.



Melawat rumah Bidayuh.



Melawat rumah Iban.



Singgah di dewan tasik.



Melawat rumah Orang Ulu.



Melawat rumah Melanau.



Persembahan jam 4ptg.



Persembahan budaya pelbagai etnik selama 45 minit.



Melepak di Pantai Damai sebelum pulang.



Sekian hari kedua di kawasan Santubong. Walaupun penat berjalan, namun sangat berpuas hati kerana mencapai matlamat memenuhkan aktiviti pada hari kedua.