Riang ria di I-City

Cuti akhir tahun kali ini membawa diri ke I-City Shah Alam. I-City terletak berhampiran seksyen 7, boleh di tujui dengan menaiki Komuter KTM menuju Stesen Shah Alam dan seterusnya menaiki bas SelangorKu (percuma) terus ke I-City atau bas RapidKL T529 ke Hentian Bas Shah Alam dan bas RapidKL T601 ke Seksyen 7.

Di seksyen 7 (berhampiran Jakel Silk House), terdapat 3 buah hotel budget untuk penginapan dan hanya kira-kira 10minit perjalanan kaki ke I-City. Kawasan ini juga mempunyai pelbagai pilihan restoran dan terletaknya Bazaar Seni Shah Alam (Lukisan 3D).

Ketibaan saya di I-City Park kira-kira jam 11 pagi Isnin sangat menyenangkan hati kerana kurang pengunjung walaupun semasa cuti sekolah. Maka, puaslah saya bergambar di merata tarikan dengan bayaran RM80 untuk mendapatkan kad pass masuk Snow Walk, Red Carpet Wax Museum dan Gallery 3D Art.

Pintu masuk Snowalk

Hiasan perayaan Krismas

Rumah Igloo

Hiasan dan geungsur di dalam Snowalk 

Red Carpet Wax Museum


Artis ternama dunia

Pemimpin berpengaruh dunia

Artis Asia dan bintang sukan terkenal.

Artis terkenal dunia.


Galeri lukisan 3D


Galeri lukisan 3D


Sekian aktiviti hujung tahun, punyalah penat sampai malas nak tunggu malam melihat Digital Light Park pada sebelah malam. Sebenarnya, masa untuk menghabiskan ketiga-tiga park ini cukup hanya 3 jam. Jadi, rancanglah lawatan anda dengan betul untuk keseronokan yan maksima. Banyak lagi park dan galeri yang menarik, tetapi bagi saya cukup hanya 3 park untuk budget kurang RM100.
Labels: 0 komen | edit post

Sepetang di Taman Damai


         Petang yang membosankan membawa diri ke Taman Damai, Labuan. Taman Damai ini terletak di kawasan Layangan berhampiran pantai. Ini kerana di lokasi tersebut berlakunya penyerahan semula pendudukan Tentera Jepun di Borneo setelah kalah kepada pihak sekutu British semasa Perang Dunia ke 2 pada 70 tahun dahulu. Di Taman Damai ini, didirikan monumen sebagai simbolik berdamai dan memperingati mereka yang terbunuh semasa peperangan tersebut.




Taman Damai & Tapak Menyerah Kalah.



Monumen memperingati askar Jepun.




Tugu Damai "Peace is the Best"



Taman bunga dan trek jogging.




Tapak penyerahan kalah tentera Jepun.



      Pelbagai info mengenai Perang Dunia ke 2 di Borneo boleh diperolehi di taman ini. Selain itu, tapak sejarah dan artifak lain terdapat juga di Perkuburan Tentera Membidai dan Muzium Labuan.






Labels: 0 komen | edit post

Melawat Brunei (Hari 1)


         Hujung minggu yang membosankan membawa diri ke Negara Brunei Darussalam. Perjalanan pada jam 9 pagi dari Labuan menaiki Feri Sri Labuan 3 dengan tambang berharga RM 37 mengambil masa sejam untuk sampai ke Terminal Feri Serasa, Brunei.



Selamat sampai ke Brunei.

            Dari terminal Serasa, kena tunggu bas di luar pagar terminal untuk menaiki bas pula ke Pekan Serasa untuk ke Bandar Seri Begawan (BSB). Bas awam di Brunei mempunyai warna dan no tertentu yang menunjukkan laluan bas tersebut. Bas dari Jeti Serasa bernombor 33 dan untuk ke BSB, perlu naiki bas 37 atau 39. Tambangnya hanya DB1 untuk sehala. Namun, penduduk masih menyebut Ringgit, bukan Dollar Brunei (DB).




Terminal Feri Serasa & Pekan Serasa.


           Sampai di BSB hampir jam 12 tgh, kami segera mencari bilik penginapan untuk bermalam sehari. Maka, kami menginap di KH Soon Guesthouse yang terletak berhadapan Hotel Brunei dan Pasar Tamu Kianggeh. Harga semalam adalah DB40 untuk bilik yang luas tetapi bilik air di luar, sesuai untuk kami yang hanya bujang berdua.



Menginap di Guesthouse KH Soon.



           Sesudah meletakkan beg, kami memulakan sesi melawat Brunei dengan mengisi perut dahulu. Kami makan di Restoran Seri Mama yang menjual Nasi Katok, berupa nasi berlauk ayam goreng dan sedikit sambal cili padi yang tidak pedas. Selesai makan, kami terus ke Terminal Bas BSB untuk melawat daerah Seria. Bas akan bertolak pada jam 1.30 ptg, dengan masa perjalanan selama 2 jam melalui jalanraya biasa merentasi kampung-kampung dan lebuhraya.


Terminal Bas BSB


Pemandangan perjalanan BSB-Seria.


Perjalanan ke Seria.


        Sampai di Pekan Seria hampir 3.30 ptg, kami bergegas ke 1 Bilion Barrel Monument kerana bas terakhir ke BSB berakhir jam 4.30 ptg. Dengan masa yang singkat, kami berjalan laju selama 20 minit ke tempat yang di tuju dan bernasib  baik kerana pemandu bas sunggup menunggu dan membawa kami kembali ke BSB dengan tambang yang DB 6 sahaja.



Pemandangan pekan Seria.



O & G Discovery Center, Seria.



1 Bilion Barrel Monument, Seria.



Sekitar 1 Bilion Barrel Monument.



           Sampai di BSB sudah hampir 6 ptg, kami berehat dan makan malam di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan membeli cendermata di sana. Kemudian, kami meronda-ronda menikmati malam yang nyaman di sekitar BSB dan Waterfront BSB. Sekian hari pertama di Brunei.




Sekitar Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.



Pemandangan Masjid SOAS.



Labels: 0 komen | edit post