Sepetang di Desaru dan Tanjung Balau



Hari minggu kali ini kami melepak di Desaru dan Tanjung Balau, Kota Tinggi yang hanya 30min berkereta dari rumah kami. Pusat peranginan yang terkenal di Johor ini sememangnya menjadi tumpuan orang ramai pada hujung minggu daripada asik lepak di rumah sahaja. Maka, kami singgah dulu ke Bandar Penawar untuk membeli makanan sebelum lepak di Tanjung Balau.

Bandar Penawar yang sunyi.

Petang yang agak panas tidak menghalang kami dan pengunjung lain dari beraktiviti di Tanjung Balau. Pantainya yang landai dan kemudahan yang ada, menjadi keselesaan bagi semua pengunjung. Pengawal pantai juga sedia khidmat sekiranya berlaku kecemasan.


 

Kami di Tanjung Balau




Lepak-lepak sambil bersukan., hehe.




Setelah puas mandi manda, kami berkunjung pula ke Muzium Nelayan. Bayaran hanya RM2, memberi maklumat jelas mengenai aktiviti perikanan di Malaysia. Pelbagai info dan barang pameran menerangkan kepelbagaian cara dan peralatan menangkap ikan.



Kami di Muzzium Nelayan



Cantik sungguh!



Pelbagai bahan pemeran yang menarik.







Patung mini dengan lanskap perkampungan nelayan zaman dahulu.



Setelah puas menikmati keindahan pantai di tanjung Balau, kami melepak pula di Pantai Desaru, Kami tidak mandi di pantai Desaru ini kerana telah bersiap lebih awal setelah mandi di Tanjung Balau.



Melepak di pantai Desaru

Sesungguhnya kami sangat gembira dan ceria semasa sepetang di tempat tersebut.


Labels: 2 komen | edit post

Melawat Sabah (Hari 1 : 11 Mei 2012)

Setelah 2 bulan merancang, akhirnya kami selamat juga menjejakan kaki di negeri di bawah bayu, Sabah. Seawal jam 9pagi kami telah bersiap di Senai Airport untuk menaiki pesawat pada jam 10.30pg. Perjalanan terbang ke Sabah mengambil masa 2 jam yang membosankan :P.


View Larger Map Terbang dari Senai Airport ke Kota Kinabalu Airport




Kami di Senai Airport!



Tiba sahaja di Kota Kinabalu Airport, kami terus mencari agensi perlancongan di Wisma Sabah untuk pergi ke Mari-Mari Cultural Village. Oleh kerana kami agak kelewatan, kami di minta pergi sendiri ke sana dan membayar di kaunter sana. Maka, kami mendapatkan sendiri teksi dengan harga RM50 untuk perjalanan selama 30min sebelum membayar RM80 untuk tiket masuk.



Kami di Mari-Mari Cultural Village.



Rumah Dusun.



Masak biskut beras dan ayam buluh di Rumah Dusun.



Minum madu di di Rumah Dusun



Menghidupkan api di Rumah Rungus



Rumah Lundayeh.




Menghasilkan baju kulit pokok di Rumah Lundayeh.



Masak kuih dan minum air halia di Rumah Bajau.



Pelamin Bajau.



Rumah Murut.



Aktiviti menyumpit, tradisi melompat dan ukiran inai
di Rumah Murut.


Persembahan muzik dan tarian kaum Sabah.



Persembahan budaya Sabah.



Setelah habis selama 3 jam lebih termasuk makan di Mari-Mari Cultural Village, kami pun pulang semula ke hotel penginapan. Kami menginap di Stay In Lodge untuk 3D 2N hanya RM 50 seorang. Kami memilihnya sebab murah ala backpacker dan lokasi strategik di tengah bandar Kota Kinabalu. Maka, malamnya, kami hanya berjalan kaki bersiar sekitar bandar KK, antaranya Suria Sabah Mall, Segama Waterfront, pasar malam Sinsuran.


Lepak di Segama Waterfront & Pasr Malam Sinsuran

Labels: 0 komen | edit post

Melawat Sabah (Hari Ke 2 : 12 Mei 2012)


Hari kedua kami melakukan aktiviti snorkeling di Taman Marin Tunku Abd Rahman. Kami hanya jalan kaki ke Jeti Jesselton dan  terus beli tiket bot (RM33 untuk Pulau Manukan dan Pulau Sapi) dan Rm 20 untuk sewa life jacket dan snorkling equipment. Rm 7.20 dan RM 3 untuk terminal fee dan merine park fee. Lepas sarap dan tapau makanan di gerai Jeselton Jeti, kami terus bergerak ke pulau jam 9.30 pg.



Kami di Jesselton Jetty.



View Larger Map Pulau Manukan & Pulau Sapi



 
Tiba dah di Pulau Manukan!



Pantainya luas namun berpasir kasar.




Terumbu karang kurang menarik, namun ikan banyak.



Setelah dua jam beraktiviti di Pulau Manukan, kami di jemput dan bergerak pula ke Pulau Sapi yang tidak jauh. Pantai ini lebih landai, berpasir lebih halus dan padat.




Kami di Pulau Sapi!




Airnya lebih jernih dan terumbu karang lebih banyak, jumpa Nemo.





Setelah cukup 2 jam beraktiviti di Pulau Sapi, maka kami pun pulang semula ke Jeti Jesselton dalam jam 2ptg. Sebelum tiba di hotel, kami singgah di pusat kereta sewa di Wisma Sabah untuk menyewa kereta sehari untuk bersiar-siar. Kami mendapat kereta Kelisa dnegan sewa RM140 untuk 24 jam sahaja. Oleh itu, dapatlah kami bergerak ke 1Borneo dan Pantai Tanjung Aru untuk menghabiskan masa di waktu malam.



Malam di Tanjung Aru.


Labels: , 0 komen | edit post