Sepetang Di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang.

Sempena Festival Layang-layang Antarabangsa ke 15, aku pun pergi lah ke lokasi festival berlangsung iaitu di Bukit Layang-layang, Pasir Gudang. Seperti biasa, ramai pengunjung yang melawat termasuk lah aku walaupun bukan kali pertama pergi ke sana. Sambil bersiar mengambil angin petang, boleh la juga beriadah, ye tak.



View Larger Map
Lokasi Bukit Layang-layang, Pasir Gudang.


Mercu tanda Bukit Layang-Layang.



Perserta dari pelbagai negeri dan negara.



Layang-layang gergasi tersadai tanpa angin, huhu.




OK ... angin dah datang.




Ikan Pari juga mau terbang....




OK .. layang-layang bulatan sedia untuk naik.




Yeah, layang-layang terbang bebas...




Sebelum pulang, sempat pula aku mengunjung Muzium Layang-layang yang terletak di situ. Muzium ini di bangunkan khas untuk menceritakan kaitan layang-layang dengan manusia dan menjadi galeri pameran layang-layang dari seluruh dunia khasnya yang telah hadir menyertai festival ini.




Ini lah Muzium Layang-layang!




Antara koleksi layang-layang dan galeri maklumat.




Ada layang-layang tradisional Melayu.




Ada layang-layang dari Jepun.




Ini pula layang-layang glider Johor.



Muzium ini berbentuk bulat, mempunyai 3 tingkat termasuk basement. Walaupun dikenakan bayaran, tetapi banyak maklumat tentang layang-layang boleh didapati di sini. Sekian aktiviti sepetang di Bukit Layang-layang, Pasir Gudang.




Labels: 0 komen | edit post

Sepetang di Kelab Marina Danga Bay, Johor Bahru


        Sempena peristiwa pelayaran bersama-sama ahli kelab Marina dari Danga Bay ke Desaru, sempat aku mengambil kesempatan untuk menyaksikan kapal-kapal layar ini berkumpul di Marina Danga Bay. Waktu petang yang redup dengan angin sepoi-sepoi bahasa, merasakan bagaikan berada di atas kapal di tengah lautan *mode berangan sudah!



View Larger Map
Ini dia lokasi Danga Bay.



Ini dia Kelab Marina Danga Bay.



Bangunan keseluruhan Kelab Marina.

Konon berada di atas kapal!




Kapal-kapal berlabuh di dek marina.



Kapal-kapal layar tempatan di dek marina.



Kapal-kapal layar antarabangsa memenuhi marina.




Pose di ujung pelantar marina.





Labels: , 4 komen | edit post

Cuti-cuti Redang (Hari Pertama - 21/5/2010) - Bahagian Ke-1


       Percutian ke Pulau Redang akhirnya berjaya di laksanakan setelah 2 bulan serius merancang. Bertolak dari JB malam khamis seramai 6org, kami sampai di Kuala Terengganu pada subuh hari Jumaat sambil di nantikan oleh 4 orang lagi kawan kami.



Demi Redang, gigih meredah 8 jam perjalanan.




Bergambar sat, sebelum bertolak ke Jeti Merang.
           

       Dengan keletihan selepas menempuh perjalanan, kami di jemput oleh pihak resort menggunakan van muat untuk 10 orang. Perjalanan selama 20min membuatkan kami tidak sabar lagi hendak menuju terus ke Pulau Redang.


Deretan kedai cendermata dan kedai makan di Jeti Merang.

Jeti Merang tersedia untuk bot ke Pulau Redang.

         Setelah menunggu hampai setengah jam, barulah kami di persilakan menaiki bot untuk ke Pulau Redang. Kami di punggah dari bot kecil dari jeti ke bot besar di tengah laut kerana kebetulan jeti Merang sedang mengalami air surut. Seterusnya, kami bersama-sama pengunjung lain di bawa ke resort kami di Pulau Redang iaitu Redang Holiday Resort.



Tu dia... Redang Holiday Resort!
Kami disambut dengan wanita berbikini.. ehe



Bahagian dalam bilik kami.
Semi-D banglo untuk 6 org.



Bilik kami menghadap laut.. indahnyaa...



Pemandangan pantai Pasir Panjang, Pulau Redang.



Laut dia membiru sungguh,...




Ombak manja menghempas batu..




         Sesungguhnya, sesampai kami di Pulau Redang, kami begitu takjub dengan keindahan pantainya. Begitu cantik dan memukau pantai dan kejernihan airnya!


Labels: 2 komen | edit post