Ronda-ronda ke Tenom (Hari 2)


Hari ke dua, pagi-pagi lagi dah gerak ke Pusat Kebudayaan Murut, Tenom. Sempena sambutan Pesta Kalimaran, pusat kebudayaan ini amat meriah dengan aktiviti dan pengunjung.



Ke Pesta Kalimaran, masuk percuma. (RM 5 dewasa)



Masuk ke bangunan utama dan muzium.



Ada jualan kraftangan dan pameran barang antik.



Hasil seni anak-anak Tenom.


Peralatan tradisi dan lantai buluh lompat.



Di luar, pelbagai etnik Murut membina mini galeri.



Pameran peralatan seni & tradisi pelbagai etnik.



Paluan gong sambil menari lemah gemalai.



Pakaian pahlawan dan pengantin tradisi.



Ada juga pertandingan gong dengan 3 buah lagu
selain sukan tradisi sumpit.



Menjelang jam 10pg, bergerak pulang Labuan
merentas lagi Banjaran Crocker.


Jam 2 ptg, selamat tiba di Jeti Menumbok untuk menaiki feri RORO ke Labuan. Sekian aktiviti ronda-ronda ke Tenom yang singkat namun puas hati dengan kos, RM 100 sahaja.

Labels: 0 komen | edit post

Jalan-jalan ke Pekan Limbang, Sarawak (Hari Pertama)



Hari hujung minggu yang membosankan di Labuan, dengan cuaca panas, tambah bekalan elektrik terganggu, terus membawa diri ke Limbang, Sarawak. Nasib baik feri bergerak jam 11.30 pagi, maka sempat lagi bertolak ke Limbang dengan tambang RM 15.



Menaiki feri yang selesa sejuk selama 2 jam.


Pemandangan biasa merentasi Laut Brunei.


Lalu bawah Jambatan Brunei yang dalam pembinaan.



Menyusuri Sungai Limbang.


Selamat sampai Jeti Limbang jam 2.30 ptg.



Lepas check in hotel dan makan tengahari,
 terus ke Muzium Limbang.


Banyak info mengenai Limbang.


Ada juga artifak dan koleksi sejarah Limbang.


Suasana luar muzium sebelum tutup jam 4 ptg.


Mahu pulang, hujan lebat pula, lepak di jeti,
 sebelum ambil JomRides RM4 pulang ke hotel.



Malam lepas isyak, ronda ke pasar malam Limbang
sebagai penutup hari pertama di Limbang.

Labels: 1 komen | edit post

Jalan-jalan ke Pekan Limbang, Sarawak (Hari Kedua)


Hari kedua di Pekan Limbang, pagi-pagi dah keluar bilik, meronda sekitar pekan lepas makan mee kolok.



Mercu tanda Limbang, kerbau.



Singgah di pasar pagi, beli sarapan dan buah tempatan.


Menuju ke Taman Tasik Mas.




Bersiar-siar merentas tasik.





Mengilingi tasek kiambang.




8.30 pagi mendaki Bukit Sembiling,
boleh tahan mencanak naik trek bertangga kayu dan simen.


Puncak tertinggi atas batu dengan
pemandangan pokok dan menara telekomunikasi.


Balik ke pekan menyusuri pesisir Sungai Limbang.



Lepas rehat, mandi dan check out hotel,
singgah Tamu Limbang beli ikan bilis dan udang kering.


Pulang semula ke Labuan jam 2.30 ptg,
jangan lupa pulangkan pas lawatan sosial.

Sekian aktiviti jalan-jalan solo ke Pekan Limbang selama 2H 1M dengan kos RM110. Walaupun pelan asal ingin melihat Pesta Bedudun, tetapi tiada bantuan ke sana malah hujan lebat, namun, rasa puas hati juga dapat meluangkan masa di Pekan LImbang sahaja. Daerah Limbang sangat besar dan banyak lagi tempat menarik belum di jejaki.