Jalan-jalan ke Pekan Limbang, Sarawak (Hari Pertama)



Hari hujung minggu yang membosankan di Labuan, dengan cuaca panas, tambah bekalan elektrik terganggu, terus membawa diri ke Limbang, Sarawak. Nasib baik feri bergerak jam 11.30 pagi, maka sempat lagi bertolak ke Limbang dengan tambang RM 15.



Menaiki feri yang selesa sejuk selama 2 jam.


Pemandangan biasa merentasi Laut Brunei.


Lalu bawah Jambatan Brunei yang dalam pembinaan.



Menyusuri Sungai Limbang.


Selamat sampai Jeti Limbang jam 2.30 ptg.



Lepas check in hotel dan makan tengahari,
 terus ke Muzium Limbang.


Banyak info mengenai Limbang.


Ada juga artifak dan koleksi sejarah Limbang.


Suasana luar muzium sebelum tutup jam 4 ptg.


Mahu pulang, hujan lebat pula, lepak di jeti,
 sebelum ambil JomRides RM4 pulang ke hotel.



Malam lepas isyak, ronda ke pasar malam Limbang
sebagai penutup hari pertama di Limbang.

Labels: edit post
1 Response

Post a Comment