Jalan-jalan ke Pekan Limbang, Sarawak (Hari Pertama)



Hari hujung minggu yang membosankan di Labuan, dengan cuaca panas, tambah bekalan elektrik terganggu, terus membawa diri ke Limbang, Sarawak. Nasib baik feri bergerak jam 11.30 pagi, maka sempat lagi bertolak ke Limbang dengan tambang RM 15.



Menaiki feri yang selesa sejuk selama 2 jam.


Pemandangan biasa merentasi Laut Brunei.


Lalu bawah Jambatan Brunei yang dalam pembinaan.



Menyusuri Sungai Limbang.


Selamat sampai Jeti Limbang jam 2.30 ptg.



Lepas check in hotel dan makan tengahari,
 terus ke Muzium Limbang.


Banyak info mengenai Limbang.


Ada juga artifak dan koleksi sejarah Limbang.


Suasana luar muzium sebelum tutup jam 4 ptg.


Mahu pulang, hujan lebat pula, lepak di jeti,
 sebelum ambil JomRides RM4 pulang ke hotel.



Malam lepas isyak, ronda ke pasar malam Limbang
sebagai penutup hari pertama di Limbang.

Labels: 1 komen | edit post

Jalan-jalan ke Pekan Limbang, Sarawak (Hari Kedua)


Hari kedua di Pekan Limbang, pagi-pagi dah keluar bilik, meronda sekitar pekan lepas makan mee kolok.



Mercu tanda Limbang, kerbau.



Singgah di pasar pagi, beli sarapan dan buah tempatan.


Menuju ke Taman Tasik Mas.




Bersiar-siar merentas tasik.





Mengilingi tasek kiambang.




8.30 pagi mendaki Bukit Sembiling,
boleh tahan mencanak naik trek bertangga kayu dan simen.


Puncak tertinggi atas batu dengan
pemandangan pokok dan menara telekomunikasi.


Balik ke pekan menyusuri pesisir Sungai Limbang.



Lepas rehat, mandi dan check out hotel,
singgah Tamu Limbang beli ikan bilis dan udang kering.


Pulang semula ke Labuan jam 2.30 ptg,
jangan lupa pulangkan pas lawatan sosial.

Sekian aktiviti jalan-jalan solo ke Pekan Limbang selama 2H 1M dengan kos RM110. Walaupun pelan asal ingin melihat Pesta Bedudun, tetapi tiada bantuan ke sana malah hujan lebat, namun, rasa puas hati juga dapat meluangkan masa di Pekan LImbang sahaja. Daerah Limbang sangat besar dan banyak lagi tempat menarik belum di jejaki.

Ronda-ronda sekitar Pulau Pinang II (Hari 1)


Sempena cuti raya Cina yang panjang, kami bercuti ke Pulau Pinang untuk 3 hari 2 malam. Bukan pertama kali ke Pulau Pinang, percutian kali ini menjelajah tempat yang belum pernah di jejaki. Perjalanan bermula dari TBS pada jam 12 tengah malam dan sampai di Penang Central jam 5.30 pagi esok harinya.



Bertolak ke Pulau Pinang dari Penang Sentral
dengan feri jam 6.30pagi (RM 1.20)



Berehat di Masjid Kapitan Keling menunggu kedai buka.


Menginap di Chulia Heritage Hotel untuk 2 malam.


Jalan kaki melihat seni mural.


Masuk ke Upside Down Museum (RM 16)



Pelbagai aksi bergambar dengan bantuan jurufoto.



Ambil gambar sampai penat nak bergaya. :)



Kemudian ke Dark Mansion Museum, RM 11, Klook



Bergambar dengan warna fluorescence.


Ada juga aksi dengan foto kreatif.



Tengahari makan di Restoran Hameediyah
dan Cendol Tingkap.



Petang ke Penang Tunnel Museum (RM 12 dapat diskaun)



Tarikan sejarah dan kehidupan di Penang.



Ada juga seni kreatif fluorescence.



Ada jurufoto membantu.



Lewat petang sempat ke Fort Cornwalis.(RM10).



Imbau sejarah semasa zaman Francis Light



Pekena mee sotong Pata, sebelum pulang ke hotel. 



Sekian hari pertama di Pulau Pinang.

Labels: 0 komen | edit post