Melepak di Pulau Besar dan Pantai Puteri, Melaka



Selesai pulang dari Pulau Pinang, kami terus ke sebuah negeri Selat lain, iaitu Melaka. Kami ke Jeti Anjung Batu, Umbai untuk ke Pulau Besar, Melaka. Tiket ke pulau untuk bot besar berharga RM 12 dan terpaksa menunggu giliran menaiki bot kira-kira setengah jam kerana pengunjung sangat ramai.




Trip keluarga mertua ke Pulau Besar.




Menaiki bot besar terbuka untuk perjalanan hampir 30 min



Meninggalkan jeti menaiki van, RM 2
untuk perjalanan 10 min.



Van berhenti di Masjid dan pusara berhampiran,


Selain itu, ada muzium dan paling penting pantai bersih.



Kami berkelah sambil berehat menikmati makanan.



Menjelang jam 2.30ptg kami pun pulang.



Balik dari Pulau Besar, melepak ke Pantai Puteri.



Pantai bersih berpokok rhu, ada unta!



Menginap 1 malam di Hotel Pantai Puteri.



Esoknya, sambung lagi lepak di Pantai Puteri yang nyaman.



Sambung 1 malam ke Hotel Riviera, Pulau Melaka.



Hotel ala Inggeris dengan deco retro.



Mandi puas di kolam lepas sarapan menu melayu.




Labels: , 0 komen | edit post

Bercuti ke Kundasang, Sabah



Pembukaan aktivi jalan-jalan tahun 2019, dimulakan di Kundasang, Sabah. Kawasan yang terletaknya Gunung Kinabalu ini amat terkenal dengan pemandangan indah dan suhu yang sejuk. Maka, kebetulan percutian kami 3H2M jatuh pada hari hujan, maka suhunya sangat sejuk dan berudara lembab.



Sekitar identiti Kundasang.


Singgah pekan dan Dataran Sayur makan tengahari
dan beli buahan tanam tempatan
(strawberi, ciku, buah tarap, epal kundasang,
 buah kuning telur (canistel) avocado kundasang)


Kami menginap di Happy Village Kundasang.



Biliknya selesa, banyak kemudahan
dengan pemandangan gunung.



Esoknya, lepas sarapan kami ke Desa Dairy Farm.



Oleh sebab gerimis, dapat tengok lembu
dan kambing dalam kandang sahaja.



Kemudian, singgah ke Kundasang War Memorial,
memperingati askar British, New Zealand dan Australia
terbunuh di Sabah semasa perang dunia ke 2.



Ke Tapak Warisan Poring (RM 3), merasa air panas
dan canopy walk (RM 3).



Hari terakhir, singgah ke Pekan Nabalu beli cenderamata.


Sekian percutian ke Kundasang pada 26-28 Januari yang lalu. Sesungguhnya, amat berpuas hati dengan percutian ini dan pasti akan kembali untuk melihat tempat-tempat menarik yang lain.

Bercuti ke Bukit Tinggi, Pahang.


Sempena cuti akhir tahun, kami berpasangan bercuti ke Bukit Tinggi, Pahang. Perjalanan hampir 2 jam dari Tangkak pada 24 Disember sangat lancar dan berliku-liku mendaki untuk menginap satu malam di Colmar Tropicale Berjaya Resort, Bukit Tinggi, Pahang.



Resort tema perancis.


Tarikan taman ala perancis.


Kuda hiasan.


Hiasan sempena Hari Natal.


Pemandangan Colmar Tropicale Resort.


Menginap di bilik 102,
besar dan pemandangan cantik!


Esoknya, jam 10 pagi ke Taman Jepun.



Sewa baju, RM 20 untuk 20 minit.


Bergambar seperti bercuti di Jepun.


Taman mini Jepun yang cantik dan tenang.


Kemudian ke Taman Botani, tapi bunga tak banyak.



Sekian 2 hari 1 malam di Bukit Tinggi, Pahang. Sesungguhnya, percutian ini memuaskan hati untuk merasai sedikit suasana ala Perancis dan Jepun untuk budget yang bawah RM300 macam kami. : )