Bercuti ke Bukit Tinggi, Pahang.
7:13 PM
Sempena cuti akhir tahun, kami berpasangan bercuti ke Bukit Tinggi, Pahang. Perjalanan hampir 2 jam dari Tangkak pada 24 Disember sangat lancar dan berliku-liku mendaki untuk menginap satu malam di Colmar Tropicale Berjaya Resort, Bukit Tinggi, Pahang.
Resort tema perancis.
Tarikan taman ala perancis.
Kuda hiasan.
Hiasan sempena Hari Natal.
Pemandangan Colmar Tropicale Resort.
Menginap di bilik 102,
besar dan pemandangan cantik!
Esoknya, jam 10 pagi ke Taman Jepun.
Sewa baju, RM 20 untuk 20 minit.
Bergambar seperti bercuti di Jepun.
Taman mini Jepun yang cantik dan tenang.
Kemudian ke Taman Botani, tapi bunga tak banyak.
Sekian 2 hari 1 malam di Bukit Tinggi, Pahang. Sesungguhnya, percutian ini memuaskan hati untuk merasai sedikit suasana ala Perancis dan Jepun untuk budget yang bawah RM300 macam kami. : )
Post a Comment