Hari kedua percutian, kami singgah pula ke Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA) yang terletak di Penampang. KDCA merupakan pusat kebudayaan kaum Kadazan Dusun pada hari biasa. Namun, sempena Hari Keamatan, KDCA menjadi tuan rumah majlis sambutan Keamatan peringkat negeri Sabah selama 3 hari dan kami hadir pada hari kedua majlis iaitu Isnin, 30 Mei.
Inilah Pusat KDCA.
Ada pameran seni dan penerangan kebudayaan.
Antara wakil-wakil etnik yang hadir.
Pakaian yang unik dan berwarna warni berbeza setiap etnik.
Majlis di rasmikan oleh Menteri Besar Sabah.
Meriah persembahan lagu dan tarian budaya etnik Sabah.
Unduk Ngadau .. ratu cantik Keamatan.
Memperkenalkan ratu Unduk Ngadau wakil daerah.
Wakil juga datang dari seluruh pelusuk negeri.
Sekian sambutan Hari Keamatan di KDCA. Sesungguhnya, sambutan ini amat meriah dan amat menarik untuk mengenali kepelbagaian budaya dan etnik di Sabah. Selamat Menyambut Pesta Keamatan tahun 2016 atau dalam bahasa Kadazandusun = Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan toun 2016.
Hujung minggu yang bosan pada kali ini membawa diri ke Gunung Wakid (beg bakul tradisional Sabah) Tambunan. XPDC ini di rancang sejak awal bulan oleh rakan sekerja yang kaki gunung. Dengan yuran RM80 untuk jurupandu, permit dan makan tengahari, maka XPDC ini berjalan lancar dengan jayanya.
Awal pagi sudah bergerak ke Tambunan dan Kg. Sinsuron
Taklimat pendakian di Padang SK Sinsuron,
sebelum gerak menuju kaki gunung.
Perjalanan merentas sungai yang di tagal.
Merentas pula kebun dan sawah.
Berehat sebentar melepaskan penat.
OK.. tiba di kaki gunung untuk mulakan pendakian.
Akhirnya, sampai di puncak pertama,
inilah pemandanganya.
Puncak kedua dan ketiga Gunung Wakid
Kami berjaya tiba puncak!
Lihat la pemandangan pekan Tambunan dari puncak.
Dah naik.. tau la turun kan.
Sempat membasahi badan dengan air terjun
Sekian aktiviti pendakian pada minggu 14g Mei yang lalu. Sesungguhnya, laluan pendakian ini (laluan Jingkung) mencabar kerana baru di teroka. Dengan laluan hampir 80°.. tiada tali disediakan...hanya dahan pokok dan akar membantu pendakian. Kasut selesa dan pakaian panjang diperlukan agar tidak mencederakan badan.
Hujung minggu kali ini, membawa diri ke Taman Burung Labuan. Terletak di Lubuk Temiang, bayaran masuk yang di kenakan adalah RM 5 untuk dewasa, namun, sempena Hari Veterinar Labuan, taman ini di buka percuma selama dua hari pada 9 dan 10 April 2016. Jadi, saya mengambil kesempatan ini untuk melihat-lihat burung-burung di sana.
Pintu masuk, kolam pancuran dan sangkar besi.
Sangkar burung nuri (Parrot)
Burung unta.
Burung merak dan bangau mahkota.
Helang, enggang wreathed dan enggang badak.
Burung hantu dan pelbagai lagi jenis nuri.
Burung berehat di batu dan batang kayu.

Pusat informasi burung.

Taman burung memang best. Sekian.