Melawat KDCA sempena Hari Keamatan


Hari kedua percutian, kami singgah pula ke Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA) yang terletak di Penampang. KDCA merupakan pusat kebudayaan kaum Kadazan Dusun pada hari biasa. Namun, sempena Hari Keamatan, KDCA menjadi tuan rumah majlis sambutan Keamatan peringkat negeri Sabah selama 3 hari dan kami hadir pada hari kedua majlis iaitu Isnin, 30 Mei.




Inilah Pusat KDCA.


Ada pameran seni dan penerangan kebudayaan.


Antara wakil-wakil etnik yang hadir.



Pakaian yang unik dan berwarna warni berbeza setiap etnik.


Majlis di rasmikan oleh Menteri Besar Sabah.



Meriah persembahan lagu dan tarian budaya etnik Sabah.


Unduk Ngadau .. ratu cantik Keamatan.


Memperkenalkan ratu Unduk Ngadau wakil daerah.


Wakil juga datang dari seluruh pelusuk negeri.



Sekian sambutan Hari Keamatan di KDCA. Sesungguhnya, sambutan ini amat meriah dan amat menarik untuk mengenali kepelbagaian budaya dan etnik di Sabah. Selamat Menyambut Pesta Keamatan tahun 2016 atau dalam bahasa Kadazandusun = Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan toun 2016.

Labels: edit post
0 Responses

Post a Comment