Sempena cuti panjang, kali ini membawa diri ke Pulau Penang setelah hampir 10 tahun kali terakhir berada di sini. Percutian yang singkat ini di penuhkan dengan aktiviti yang berkesempatan sahaja kerana Pulau Pinang mempunyai pelbagai tarikan pelancongan.
Ke Penang dengan feri Pulau Angsa (satu kereta RM 7.70)
Muzium Interaktif Penang (seorang RM 15)
Lukisan 3D
Bakat manusia.
Ronda-ronda sambil membeli belah buah tangan.
Lepak di pantai sampai malam.
Ambil angin malam di Bukit Bendera. (seorang RM 3)
Sekian aktiviti di Pulau Pinang. Banyak lagi tempat menarik yang tidak dapat dilawati kerana kesuntukan masa. Mungkin di lain peluang, Pulau Pinang akan sekali lagi menjadi destinasi yang menarik untuk di lawati.
Petang yang lalu, membawa diri ke Putrajaya untuk melawat Floria Diraja 2015. Berlangsung selama 1 minggu, festival bunga dan lanskap ini di adakan di Anjung Floria, Presint 4 dengan kadar bayaran RM5. Terdapat bas ulang alik percuma dari perlbagai lokasi berdekatan Putrajaya ke tempat floria di adakan.
Sampai sudah di Floria 2015

Kebun Persahabatan Malaysia-China.

Fantasy Garden

Wakil lanskap negeri-negeri.
Taman musim bunga dan musim sejuk (tiket RM 3)
Seni gubahan bunga di serata Asia.
Lanskap wakil majlis tempatan
Lanskap badan kerajaan & swasta.
Sekian aktiviti di Floria Putrajaya. Sesungguhnya, pameran ini amat berharga untuk sesiapa yang menggemarkan keindahan flora. Ianya juga mendekatkan manusia dengan penjagaan alam semulajadi dan budaya kitar semula.
Cuti sekolah kali ini membawa diri ke Zoo Negara. Zoo yang terletak di kawasan Ampang ini mengenakan bayaran sebanyak RM 32 untuk dewasa dan di buka setiap hari. Banyak haiwan boleh di lihat yang di bawakan dari pelbagai benua dan juga yang hidup di kawasan Malaysia sendiri.
Pintu masuk Zoo Negara.
Pelbagai jenis burung tempatan dan monyet kecil.
Pertunjukan haiwan terlatih jam 11 pagi & 3 ptg.
Muzium lebah dan haiwan tempatan.
Lagi haiwan tempatan.
Haiwan kecil.
Haiwan besar dan buas.
Haiwan dari Afrika.
Koleksi burung-burung.
Pelbagai jenis monyet.
Taman rama-rama & pusat panda.
Sekian kunjungan di Zoo Negara. Harapan awal melihat zoo ini berstatus 5 bintang, tetapi kepuasannya hanya 3 bintang kerana kurungan haiwan bersemak dan haiwan agak pasif.