Cuti-cuti Redang (Hari Kedua - 22/5/2010) - Bahagian Ke-2



Setelah makan tengahari di resort, kami berkumpul di pantai pada pukul 3ptg untuk aktiviti snorkeling terakhir. Mula-mula bot membawa kami ke Pulau Kerengga, namun, akibat air surut, kami tidak di bawa ke situ agar kami tidak terosakkan karangan laut di sana.

Maka, kami dibawa pula di perairan Teluk Kalong. Lokasi snorkeling disini memang tidak jauh dari Pulau Kerengga, namun karangan lautnya tidak pula kelihatan menarik. Ditambah lagi kesan lepas hujan, air agak keruh dan ikan-ikan juga kurang.



Di hadapan Teluk Kalong,
ada kapal Star Cruise berlabuh.



Antara terumbu karang yang menarik.



Ikan-ikan juga kurang di sini.



Setelah hampi sejam bosan di Teluk Kalong, kami dibawa pulang ke resort. Sementara waktu masih awal untuk makan malam, kami membuat aktiviti pantai untuk kali terakhir seperti berikut ..



Posing ala model lagi..


Main-main pasir...




Main-main tanam..



Main-main air....





Setelah puas berenang-renang dan mengambil gambar, kami pun balik ke bilik, berehat dan sesiap untuk makan BBQ. Sesunguhnya, makan di Redang Holiday memang puas kerana lauk yang berjenis-jenis ala buffet. 3 kali makan semestinya kami tidak lepaskan, maklum la.. duit sudah dibayar, apalagi makan untuk tenaga bagi aktiviti snorkling.



Labels: 0 komen | edit post

Cuti-cuti Redang (Hari Ketiga - 23/5/2010)



Hari terakhir, tiada aktiviti menarik yang hendak dibuat, selain rasa letih dan malas hendak meninggalkan Pulau Redang ini. Namun, apakan daya, pakej 3hari 2Malam harus di patuhi, maka kami bergegas bersiap berkemas untuk pulang.

Sementara menunggu giliran bot, kami mengisi masa lapang dengan bergambar, maklum lah sebagai kenang-kenangan ke Pulau Redang sekali untuk seumur hidup barangkali. Maka, ini lah hasil gila bergambar kami..




Posing atas bar.



Posing di ruang istirehat.



Geng Ciri telah sampai ke Pulau Redang.. yeah.



Sekian percutian kami di Pulau Redang secara pakej 3hari 2 malam di Redang Holiday Resort. Pakej bernilai Rm420 termasuk sewa van dan tambang JB-KT, RM 90. Sesungguhnya, kami amat seronok walaupun ada sedikit peristiwa dan drama yang muncul. Resort penginapan ok, makananya juga ok, pantainya ok, namun terumbu karangnya kurang cantik berbanding pulau lain. Lain pulau, lain kelebihannya mungkin. Namun keseluruhanya, kami tetap puas hati bercuti bersama sambil mengeratkan persahabatan kami.



Merakam kenangan dengan
kamera Olympus 550WP



Pulau Redang meninggalkan kenangan terindah!

Labels: 0 komen | edit post

Melepak di Desaru dan Tanjung Balau, Kota Tinggi



Sempena cuti Hari Pekerja pada 1 Mei, aku dan Hanif mengisi masa terluang dengan melepak ke Desaru. Kerana kerinduan Hanif untuk berjumpa pantai, kami menempuh 2 jam perjalanan sejauh 70km dari bandar Johor Bahru. Kesesakan jalan dan kengantukan berjaya diatasi sehingga selamat sampai.




View Larger Map



Dah sampai dah ke Desaru.


Lepak kejap sambil mencari tempat lepak yang sesuai.



Dah jumpa port best, strategik untuk cuci mata.. ehe.



Pantai Desaru yang panas dan curam.. huhu



Dah agak bosan melepak di Desaru, kami ke Bandar Penawar pula untuk cari makan. Setelah perut berisi, baru gerak pula ke Tanjung Balau, tidak jauh dari pantai Desaru.




Jeti Tanjung Balau.



Kerja kutip kulit kerang.




Dah agak bosan, kami pun pulang.


Sekian aktiviti melepak kali ini. Sesungguhnya pantai Desaru dan Tanjung Balau akan lebih dikenali dan digemari pengunjung sekiranya aspek kebersihan di jaga baik terutama sebelum menerima kunjungan ramai pelawat semasa hari umum. Bukan masalah sampah yang di bawa pengunjung, tetapi masalah sampah, ranting dan daun-daun pokok yang dilihat seperti tidak diendahkan sejak lama. Semoga ada penambah baikan di masa hadapan.




Labels: 5 komen | edit post