Cuti-cuti Redang (Hari Kedua - 22/5/2010) - Bahagian Ke-2



Setelah makan tengahari di resort, kami berkumpul di pantai pada pukul 3ptg untuk aktiviti snorkeling terakhir. Mula-mula bot membawa kami ke Pulau Kerengga, namun, akibat air surut, kami tidak di bawa ke situ agar kami tidak terosakkan karangan laut di sana.

Maka, kami dibawa pula di perairan Teluk Kalong. Lokasi snorkeling disini memang tidak jauh dari Pulau Kerengga, namun karangan lautnya tidak pula kelihatan menarik. Ditambah lagi kesan lepas hujan, air agak keruh dan ikan-ikan juga kurang.



Di hadapan Teluk Kalong,
ada kapal Star Cruise berlabuh.



Antara terumbu karang yang menarik.



Ikan-ikan juga kurang di sini.



Setelah hampi sejam bosan di Teluk Kalong, kami dibawa pulang ke resort. Sementara waktu masih awal untuk makan malam, kami membuat aktiviti pantai untuk kali terakhir seperti berikut ..



Posing ala model lagi..


Main-main pasir...




Main-main tanam..



Main-main air....





Setelah puas berenang-renang dan mengambil gambar, kami pun balik ke bilik, berehat dan sesiap untuk makan BBQ. Sesunguhnya, makan di Redang Holiday memang puas kerana lauk yang berjenis-jenis ala buffet. 3 kali makan semestinya kami tidak lepaskan, maklum la.. duit sudah dibayar, apalagi makan untuk tenaga bagi aktiviti snorkling.



Labels: edit post
0 Responses

Post a Comment