Melawat Terengganu (Hari Kedua : 8 Feb 2008)





Pagi-pagi kami telah sesiap untuk ke Kemaman untuk menghadiri majlis kenduri perkahwinan di Bukit Kuang. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam sebelum tiba di Chukai yang merupakan bandar bagi Kemaman. Sempat juga kami lepak sebentar di Taman Persiaran Chukai berhampiran yang terletak di pesisiran Sungai Kemaman.




Taman Persiaran Chukai hanya di belakang Hentian Bas Chukai.


Taman Persiaran Chukai di Hentian Teksi Chukai.



Kemudian menjelang tengah hari, barulah kami mengambil teksi untuk ke rumah pengantin di Bukit Kuang. Kami disambut dengan ramah mesra oleh keluarga pengantin iaitu keluarga Keyma. Majlis meriah dengan sesi bergambar dan borak-borak bertanya perkembangan semasa dengan kawan-kawan yang hadir.




Ramai jiran kampung datang ke majlis kahwin Keyma.





Keunikan jamuan makan di Terengganu ialah
mempunyai juadah ikan tongkol...




Setelah kenyang, kami minta izin beredar dari majlis dan kami di bawa pula melancong oleh kawan kami, CheWan yang mahu pulang ke Kuantan. Dah alang-alang melancong, kami singgah la di Kg. Geliga, tak jauh dari Bandar Chukai untuk merasai sata dan otak-otak asli yang sedap dan popular di situ. Dengan pekena air kelapa muda sebagai minuman, pergg.. sedapppp btul makan sata asli . Tak ada rasa hanyir pun.




Gigih makcik ni menjaga api, takot hangus plak sata tu.


Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Cherating pula. Kami melepak sebentar di sana sambil mengambil angin dan melihat matahari terbenam. Perjalanan kemudian diteruskan ke Teluk Cempedak untuk makan malam. Seperti biasa, ramai orang melepak di sana pada malam minggu, ada yang makan angin, ada yang dating dan tak kurang juga yang skodeng sapa yang dok dating di celah batu-batu tu, ehehehe. Bikin panasss je la.




Matahari terbenam di Pantai Cherating.


Malam di Teluk Cempedak, Kuantan.


Sekian aktiviti pada hari kedua. Letih betul berjalan ke sana sini tapi tak boring.

Labels: 0 komen | edit post

Melawat Terengganu (Hari Ketiga : 9 Feb 2008)


Hari terakhir di Terengganu, aku, Rio dan CheWan menjejakkan kaki ke Taman Tamadun Islam (TTI) iaitu di Pulau Wan Man. Punyala ramai orang, maklum la, minggu pertama di buka selepas perasmian. Susah betul nak cari parking. Terpaksa jalan kaki 3km untuk masuk ke sana.


Gerbang masuk ke Taman Tamadun Islam Terengganu.


Seperti yang diketahui, terdapat banyak replika masjid terkenal di dunia pamer di sini. Namun, terdapat disini juga sebuah dewan besar untuk aktiviti pameran dan paling dikagumkan ialah Masjid Kristal. Masjid ini indah buatannya baik diluar mahupun di dalam. Kini ianya menjadi tarikan utama bagi pelancongan Terengganu.



Antara replika masjid terkenal di dunia yang berada TTI.

Aku dan CheWan di Masjid Kristal, Terengganu.


Dah bosan dan perut mulai lapar, kami bergerak pulang dan menuju pula ke Pantai Batu Buruk. Namun, sebelum sampai, kami singgah sebentar ke Kampung Losong yang terkenal dengan produk kerepek ikan dan keropok lekor. Jumpa je Kedai Kak Yah yang terkenal tu, kami pun berborong berjenis-jenis keropok untuk di bawa pulang.


Borong keropok lekor di Kedai Kak Yah.


Kemudian, perjalanan ke Pantai Batu Buruk di teruskan. Kami makan tengahari di medan selera di sana dengan menu tempatan Terengganu iaitu, Laksam. Selesai makan, kami bersiar-siar di pantai sebentar sebelum beredar ke Dataran Syahbandar pula.



Ni la laksam Terengganu.



Pantai Batu Buruk yang tiada batu buruk,
tapi pantainya berpasir putih dan banyak pokok rhu.



Restoran A&W di Pantai Batu Buruk
antara restoran makanan segera pertama di Terengganu.



Sampai di Dataran Syahbandar, kami minum petang di medan selera sebelum singgah ke Pasar Payang untuk membeli belah kali terakhir. Macam-macam benda di beli untuk di bawa balik seperti kain batik, cendermata dan makanan ringan. Rambang mata nak pilih mana satu, sampai tutup kedai baru kami keluar. Kedai disini kebanyakanya mulai tutup jam 5 ptg.



Melepak di Dataran ShahBandar.


Singgah lama di Pasar Payang untuk belanja sakan.



Menjelang jam 10mlm, barulah kami berpisah dengan CheWan untuk pulang ke JB. Sesungguhnya pengalaman melancong ke Terengganu tambah best dengan adanya CheWan. Namun, 3hari 2malam memang tak cukup untuk menerokai Terengganu kerana memang banyak lagi tempat untuk di jelajahi di sana. Bestttt...

Labels: , 0 komen | edit post

Beriadah Di Kebun Bunga Istana Johor


Genap seminggu kemangkatan Sultan Johor ke 24 , Almarhum Sultan Iskandar Ibn Almarhum Sultan Ismail setelah memerintah Johor dengan maju dan bertambah pesat selama hampir 3 dekad. Tempoh berkabung selama tujuh hari untuk rakyat sudah selesai, maka saya mengambil kesempatan beriadah di taman milik Sultan Johor iaitu di Kebun Bunga Istana Johor.



Pintu gerbang masuk ke kawasan istana
dan ke Kebun Bunga Istana Johor.


Kebun Bunga Istana Johor ini sebenarnya terletak di hadapan Istana Besar Johor, dan ianya merupakan taman riadah terbuka untuk rakyat jelata. Di Istana inilah berlaku dua peristiwa bersejarah yang disaksikan beribu rakyat jelata kelmarin iaitu persemayangan Almarhum Sultan Iskandar dan kemudian dimasyurkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail sebagai Sultan Johor yang baru.



Dilarang Masuk,
so.. dpt pose kat tangga pun kira OK la..



Seperti biasa, seawal 5ptg penduduk sekitar telah memenuhi kawasan taman untuk melakukan aktiviti riadah. Ada yang berjoging, ada yang makan angin sahaja dan tidak kurang juga yang mengambil gambar. Nama je kebun bunga, tapi ianya kelihatan seperti taman kerana mempunyai lanskap yang menarik seperti ...



Pintu masuk ke mini taman jepun.


ni la rumah jepun di Johor Bahru.




Antara lanskap menghijau di laman...



Little tortoise pond with little girl statue.

Gazebo berciri inggeris di atas bukit.



Ok, dah lepas ambil gambar, niat untuk beriadah kena la buat. Untuk kekal sihat dan slim, eheheh... berjoging kenalah buat, kasi peluh sikit. Dua tiga pusingan di taman yang luas ni, cukup dah membuatkan badan bermandi peluh. So, ayuh kita mulakan...



Streching dulu la sebelum jogging.




Jogging secara mengundur untuk menarik perhatian.. ehehehe





Baru 10min dah letih.. rehat dulu la.. huhu
(menghadap tinggalan Istana Bukit Zaharah)





Dek kena angin sepoi-sepoi bahasa,
tetiba rasa nak terlelap plak... erkkk


Maka, sekian sahaja aktiviti riadah bersama saya. Kalu dah rasa teruja dengan gambar di sini, silalah datang melawat Kebun Bunga Istana Johor. Tak susah nak cari, pasal betul-betul di tengah Bandaraya JB, di hadapan Istana Besar Johor.


View Larger Map


Walaupun di kawasan istana Sultan Johor, baginda sultan membukanya untuk awam. Begitulah Sultan Johor yang amat menggalakkan rakyatnya beriadah untuk menjaga kesihatan. Semoga pemerintahan Sultan Johor terus kekal makmur dan bertambah pesat. Amin..



Labels: 6 komen | edit post