Cuti-cuti Pangkor (Hari Ketiga : 3-10-09)



Hari terakhir di Pulau Pangkor, terasa cepat berlalu. Namun, kami merasa puas kerana semua rancangan menjadi. Maka tibalah masanya untuk pulang ke JB, kami check out kira-kira jam 12tgh setelah sarapan dan melayan cerita Musang Berjanggut.



Motif teksi sini berwarna pink?


Kami mendapatkan teksi berupa Van Pink yang popular dan banyak di Pulau Pangkor untuk menghantar kami ke Jeti Pangkor dengan sewa RM20. Kemudian, kami segera menaiki feri ke Jeti Lumut dan membeli tiket pulang ke JB di stesen Bus Lumut. Oleh kerana jadual tiket bus Sri Maju jam 7.30mlm, kami kami mahu menghabiskan masa kira-kira 5jam lagi di Teluk Batik.



Pantai Teluk Batik mengalukan kedatangan kami.



Monumen tarikan pelancong di Dataran Teluk Batik.



Lepak sambil cuci mata je di Teluk Batik.



Dengan menaiki teksi bertambang RM20, perjalanan dari Jeti Lumut ke Teluk Batik hanya memakan masa setengah jam. Seperti dijangka, hujung minggu pasti meriah dengan pengujung dengan pelbagai aktiviti pantai. Namun, kitorang hanya lepak-lepak sambil cuci mata je dikerusi pantai dengan sewa RM2 itu. Sebelum pulang, kami makan dahulu, mengambil gambar di lokasi menarik dan menjelajah di gerai-gerai cendermata yang banyak disitu.


Frame of Lumut sebagai kenangan.
Nick, Zarul, Nas, Ady, Faiz.

Jam 6ptg, kami berpatah semula ke Pekan Lumut dan bersiap-siap untuk pulang. Letihnya badan, namun kami puas kerana menjadi juga cuti-cuti di Pulau Pangkor ini. Segala aktiviti berjalan lancar dan kami mendapati Pangkor-Lumut-Teluk Batik adalah lokasi menarik di lawati di Malaysia. Anda bila lagi mahu ke sana?

Menghayati seni laman melayu di Hutan Bandar MBJBT

Hujung minggu di bulan puasa pastinya membosankan. Oleh itu, aktiviti yang best aku bleh buat daripada dok tidur, ialah pi riadah sambil melepak. Lokasi kali ni tak jauh je dari rumah aku, iaitu di Hutan Bandar MBJBT. Lokasi yang tepat adalah di belakang Taman Mutiara Rini, melalui jalan menghala ke Gelang Patah.


Pintu masuk ke Hutan bandar MBJBT (Majlis Bandaran Johor Bahru Tengah)



Ini adalah hutan bandar kedua di daerah Johor Bahru selain Hutan Bandar MBJB di Tasik Utara. Seperti hutan bandar yang biasa, hutan bandar MBJBT ini juga menyediakan kawasan riadah seperti taman permainan dan trek jogging. Pelbagai pokok-pokok dari hutan juga di tanam khas selain pokok-pokok buah-buahan. Cuma kelainan hutan bandar MBJBT dengan hutan bandar MBJB adalah kewujudan seni laman melayu dari setiap 10 daerah di negeri Johor. Dengan lanskap yang menarik di samping binaan rumah melayu yang indah membuatkan aku terkenang kampung halaman, nak-nak raya dah dekat nih. Huhu.. Jadi, layanlah gambar seperti berikut ..


Taman permainan dan trek jogging.


Taman Rimba Alam dengan himpunan pelbagai
jenis pokok hutan khatulistiwa.




Arboretum Buah-buahan dengan himpunan pelbagai
jenis pokok buah-buahan tempatan.



Tasek Hutan Bandar MBJBT.

Jambatan Tasek Hutan Bandar MBJBT.


Pusat Galeri dan Maklumat yang hijau.


Seni laman lanskap Melayu dari daerah Kulai.

Seni laman lanskap melayu dengan kolam ikan.

Seni laman lanskap melayu dengan anjung rumah.



Amacam, cantik tak seni laman melayu? Tidak kalah jugakan dengan seni laman Bali, Zen, kontemporari mahupun moden! Banyak lagi gambar-gambar lanskap dari 10 daerah Johor, namun hanya ini sahaja yang di lampirkan. Datanglah sendiri ke sana untuk anda rasai dengan lebih nyata. Pasti anda mengimbau kenangan dan rindu seperti berada di kampung halaman. Raya dah nak dekat, jadi .... jangan lupa balik kampung halaman. Selamat hari raya.. Maaf zahir batin.

Labels: 0 komen | edit post

Berbuka dengan semangat merdeka di Taman Merdeka

Taman Merdeka, Johor Bahru


Oleh kerana sekarang bulan puasa, terpaksalah melupakan dan menundakan aktiviti melancong dan melencong sebentar. Menghormati Ramadhan kekdahnya.. So, kebiasaan di bulan puasa, aktiviti berbuka paling ditunggu. So, entry kali ini berbuka di Taman Merdeka.


Bersampan di Tasik Merdeka
membelakangkan Restoran Jb Catering.


Taman Merdeka nih dah lama ada di JB. Terletaknya bersebelahan RTM JB, selepas Stesen Larkin menuju ke Taman Kolam Air. Di Taman Merdeka ni, ada Restoran JB Catering yang menawarkan buffet berbuka puasa berharga RM15 (tukang promote kah??). Banyak juga lauk pauknya termasuk kambing kuzi disamping berjenis-jenis air minuman dan kuih manisan. Berbaloi juga lah berbuka disini jika ianya memenuhi citarasa tekak anda.

Sementara menunggu berbuka, bersiar-siar di Taman Merdeka pastinya tidak patut dilupakan. Taman ini mempunyai pemandangan yang menarik dengan hiasan laman berkonsepkan kemerdekaan. Ianya dapat dilihat dengan jelas melalui ukiran-ukiran di dinding seolah-olah satu cerita. Pasal tuh kot ianya dinamakan Taman Merdeka. Antara laman-laman yang diciptakan di sini adalah seperti ...


Pemandangan dari Tasik Merdeka,
menara tinjau dengan jambatan gantung dan Amphitheater



Menara jam kelihatan dari Promenade Merdeka.


Jambatan di Promenade Merdeka menuju Padang Merdeka.



Bendera Johor berkibar megah di Padang Merdeka.



Tu diaa... semangat merdeka di Padang Merdeka!


Laman Malaysia dengan plak-plak negeri tersusun.
Sebenarnya ada air pancut disini, namun airnya tiada ketika itu (dpt la posing..kan)


Laman Semarak Kemerdekaan,
dengan ukiran dinding memaparkan perpaduan kaum.



Laman Peringatan Penjajahan Jepun,
dengan formasi replika meriam dan replika kapal terbang Zero Fighter!


Laman Peringatan Penentangan Komunis,
dengan ukiran-ukiran di replika gua.



Jambatan gantung di menara tinjau di
Laman Peringatan Penentangan Komunis.

Laman Sultan Abu Bakar yang menghijau.

Maka, dikesempatan ini, saya mengucapkan selamat berpuasa dan terus cukup puasanya. Semoga di bulan Ogos ini, kita tidak lupa juga dengan semangat kemerdekaan walaupun kita sedang semangat berpuasa (semangat ke???.. padahal kuat tidooo). MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!



Labels: 0 komen | edit post