Mendaki Gunung Ledang
11:24 AM
Hari berikutnya di Muar, saya ke Gunung Ledang, gunung yang amat saya ingin daki selaku anak Johor. Untuk mendaki Gunung Ledang ini, saya mengikut rombongan kawan-kawan melalui trek Asahan, Melaka. Bayaran pakej mendaki ini adalah RM 90 termasuk permit dan baju. Acara mendaki ini adalah pada 31 Ogos, sempena Hari Kemerdekaan Malaysia, jadi di namakan Merdeka Hike. :)
Berkumpul di Laman Tiga Budaya, di Asahan.
Solat, doa dan mendengar taklimat sebelum mendaki.
Pendakian di mulakan jam 8.45 pagi.
Sampai ke CP1, pun dah penat.
Seterusnya ke CP2.. trek mulai menaik.
Sampai ke CP3.. trek ada yang mendatar
Tiba di CP4.. trek menaik yang kejam.
Sampai di CP5.. trek makin mencanak.
Ada pula trek batu 70 darjah.
Tibalah di CP6, rehatkan badan dulu.
Ada air terjun untuk isi air dan tandas buang air.
Mendaki lagi trek batu .. sampailah CP7.
Ingat puncak Ledang, rupanya puncak Gunung Runduk.
namun cantik pemandangannya, berkabus dan ada pokok renek.
Trek turun dan naik trek. Hujan lebat kejap, menambah cabaran.
Rehat tunggu hujan reda, akhirnya, menuju puncak.
Tiba sudah di puncak Gunung Ledang, jam 2.45ptg.
Fuhh... 5jam cabaran mendaki.
Alhamdullilah, bersyukur selamat juga sampai ke puncak Ledang walaupun ada sebilangan ahli mendaki yang tewas sejak dari CP1 lagi. Di puncak, kami berehat dan makan tengahari dengan bekalan makanan yang dibawa. Jam 3.30ptg, kami beransur-ansur turun. Jam 6.15ptg saya selamat sampai dengan penat dan kaki lenguh, namun puas kerana Gunung Ledang selamat di tawan.
Sesungguhnya, bagi saya yang novice hiker, trek Asahan ke puncak Ledang adalah saya amat mencabar berbanding gunung-gunung yang saya telah daki. Walaupun boleh di kategorikan rendah (1,276 m dari aras laut), tapi trek mencanak dan berliku telah menyebabkan kaki saya cramp 2hari, seperti saya mendaki Gunung Kinabalu pula. (4,095m dari aras laut)
Post a Comment