Mendaki Bukit Kubong & Bukit Minyak



Antara tempat riadah yang popular di Labuan selain pantai-pantainya adalah Bukit Kubong dan Bukit Minyak. Tempat tersebut menjadi kegemaran masyarakat Labuan beriadah di hujung minggu untuk sesiapa yang meminati kegiatan lasak. Kanak-kanak dan golongan warga emas juga tidak melepaskan peluang mendaki Bukit Kubong mengikut trek yang di gemari. Terdapat 2 trek laluan (trek sungai / tiada sungai) dan satu trek tambahan.



Lokasi Bukit Kubong & Bukit Minyak


Trek mendaki bermula dari kebun dan menuju sungai.


Lepas seberang sungai, naik lagi bukit..
kemudian turun untuk menyeberang sungai lagi.


Naik lagi bukit.. baru la sampai puncak Bukit Kubong.
Pemandangan menghadap laut dan Bukit Minyak.


Turun bawah bukit, naik kembali bukit lalu lereng curam.


Turun bukit - naik bukit lalu trek tambahan.


Akhirnya, tamatkan pendakian dengan turun bukit
menuju Pantai Manikar.




Jika masih tidak penat, boleh sambung mendaki di Bukit Minyak, tidak jauh dari Bukit Kubong. Tidak ketahui mana datang nama Bukit Minyak (tiada pun bekas minyak), tapi bukit ini terletak di bekas terowong arang batu di Jalan Bukit Kubong.



Lokasi Bukit Minyak dan bekas terowong arang batu.


Laluan pendakian yang kurang penat .... hingga ke puncak.



Pemandangan menghadap Bukit Kubong dan
Kg. Ganggarak & Lubok Temiang




Sekian aktiviti riadah mendaki di Bukit Kubong dan Bukit Minyak. Semoga riadah ini menjadi latihan berguna untuk saya sebelum mendaki Gunung Kinabalu kelak.
2 Responses
  1. Tq info nya... Petang ini Cuba mendaki Bukit kubong Dan Bukit minyak..


  2. Adan Seaver Says:

    👍👍 Tmpt rekreasi penduduk Labuan.


Post a Comment