Melawat Segamat
9:13 PM
Hari minggu yang bosan menggerakkan aku ke Segamat pula, itupun setelah dipelawa kali ke tiga oleh seorang rakan di sana. Maka, tanpa berlengah lagi, aku bergerak ke Segamat untuk melawat tempat menarik di sana.
Motif utama ke Segamat sebenarnya lebih kepada riadah. Maka, kami ke Hutan Lipur Sungai Bantang di Bekok untuk mandi sungai. Terletak kira-kira 17km (25min perjalanan) dari jalan utama Yong Peng-Segamat, perjalanan ke sana mudah kerana di hubungkan dengan jalan bertar disamping papan tanda arah.

Gerbang masuk Hutan Lipur Sg. Bantang, Bekok.

Lokasi sesuai untuk kanak-kanak dan keluarga berkelah.

Redah hutan ke dalam lagi ....
baru la jumpa port best!


air sungai jatuh ke kolam,
siap ada ikan dalam kolam cetek tu..


Setelah dekat 2jam mandi mandi di jeram Sungai Bantang, kami pun pulanh. Sekian aktiviti menarik aku di Segamat. Banyak lagi lokasi menarik di Segamat tidak sempat di terokai, maka semestinya akan kembali lagi di sini!