Kembara ke Ipoh dan Tambun (Hari Pertama : 2-April-2010)



Sempena cuti Good Friday pada 2 April 2010, aku, Nick dan Awal memanfaatkan cuti dengan mengembara ke Ipoh. Bertolak pagi dari Larkin, perjalanan sejauh 500km mengambil masa 6jam untuk sampai ke Ipoh. Fuhh, lega rasanya bila dah sampai ke destinasi, lihatlah aksi gembira kami seperti berikut


Gigih dari JB ke Ipoh.



Lepak di depan stesen keretapi Ipoh.



Di depan bilik penginapan iaitu di Hotel Majestic Stesen Ipoh.



Ronda-ronda di taman stesen keretapi Ipoh.



Posing di depan monumen peringatan perang.




Posing di Ipoh Oldtown.



Posing depan menara jam peringatan JWW Birch.



Kami sambung lagi meronda bandar Ipoh, Ipoh Parade dan Jusco Kinta City. Dengan mengharapkan kemudahan awam, kami akhirnya menempuh dugaan paling mencabar gara-gara gagal mendapatkan teksi menjelang 12.30mlm. Rupanya teksi di Ipoh sangatlah berkurangaan menjelang jam 10mlm. Maka, kami terpaksa berjalan kaki selama 2 jam untuk sampai ke Hotel Majestic Ipoh sejauh 12km dari Jusco Kinta City. Bayangkan... punya la azabbbbbb. Berikut adalah hentian menarik sepanjang perjalanan kami ...



Memula dah gembiran hendak pulang
dari Jusco Kinta City.



Jalan.. jalan..jumpa De Garden, port hiburan gaya urban.



Lama berjalan kaki, jumpa pula Kelab Tim Valley, kaki clubbing.




Malam yang sunyi dan lengang di Oldtown Ipoh.


Kira-kira jam 2.30 pagi, baru lah kami tiba di Hotel Majestic. Demikian pengalaman mencabar kami mengembara di Ipoh. Sesungguhnya pengangkutan awam di Ipoh amat mendukacitakan. Kami berharap suatu usaha perlu dipertingkatkan untuk memudahkan pengunjung luar bila datang ke Ipoh.
Labels: edit post
0 Responses

Post a Comment