Bercuti ke Pulau Perhentian (Hari 1)


Sempena cuti umum Keputeraan Agong yang lalu, jejak kaki ini ke Pulau Perhentian, Terengganu untuk 3H 2M mengikut pakej penuh RM500. Bertolak dari TBS jam 10 mlm, perjalanan ke Kuala Besut mengambil masa hampir 8 jam kerana kelewatan bas akibat jalan sesak.





Rombongan ke pulau bersama keluarga mertua.
Tiba di Stesen bas Kuala Besut jam 7 pagi.



Jam 8.30 pagi dah sesiap sarapan di jeti,  terus bertolak
ke Pulau Perhentian dan tiba jam 9 pagi di Sharila Resort



Sebab awal lagi sampai, lepak dulu di Pantai Romantik
 sebelum boleh check in melayan laut biru angin sepoi bahasa.



Tarikan di Sharila Resort yang redup di kelilingi pokok
dan bilik deluxe ada tv Astro dan air panas.



Lepas makan tengahari di cafe Sharila, jam 3ptg
terus terjun laut Pantai Romantik, Sharila Resort



Air membiru, banyak juga coral dan ikan, ada Nemo.



Jam 5 ptg, ikut rombongan ke Kincir Angin.



Tiba 30 minit kemudian, inilah pemandangannya.



Balik singgah ke Long Beach,
minum air kelapa, sebelum balik ke Sharila Resort.


Sekian hari pertama di Pulau Perhentian. Punya penat, malas nak tunggu pertunjukkan api di Ombak Dive Resort, terus makan malam di Sharila Cafe dan balik tidur.
Labels: , 0 komen | edit post

Bercuti ke Pulau Perhentian (Hari 2 & 3)


Hari kedua di pulau, lepas sarapan, jam 10pagi meneruskan aktiviti untuk snorkeling pula mengikut pakej yang telah di bayar.







Bersedia di Sunset Taxi untuk aktiviti snorkeling.




Menuju ke Turtle Point 1, di sambut ikan julung julung.




Tak jumpa penyu, tapi ikan banyak, ada Nemo.



Coral di situ juga cantik.



Kemudian ke Turtle Point 2.



Barulah nampak penyu yang
makan rumput dasar laut di situ.



Jam 1ptg, rehat dan makan nasi campur di Kampung Nelayan.



Lepas kenyang, ke Shark Point.
Jumpa 2 ekor blacktip reef shark kecil dan besar.



Ikan pun banyak, corak cantik masih hidup.

 


Last snorkeling di Romantic Beach,
sesuai untuk rehat dan beginner snorkel.


Sekian aktiviti snorkeling di sekitar Pulau Perhentian. Oleh sebab agak penat, kami malas turun snorkeling di Light House. Balik Sharila dalam jam 4 ptg terus rehat dan tidur kepenatan. Malam BBQ di Sharila Cafe dengan sotong, ayam dan ikan serta lauk pauk lain.




Hari ke 3, tiada aktiviti, hanya sesiap berkemas dan sarapan pagi. Jam 10 pagi sudah ke jeti, untuk naik bot ke Kuala Besut. Alhamdullilah, selamat pergi balik dan mengisi senarai baldi (bucket list) tempat yang teringin pergi iaitu Pulau Perhentian.
Labels: 0 komen | edit post

Bercuti ke Sandakan (Hari 1)



Sempena cuti pertabalan Agong, bersambung dengan hujung minggu, dapatlah kali ini bercuti ke Sandakan. Bertolak pada pagi hari Ahad menaiki pesawat AirAsia, penerbangan selama 45minit selamat sampai jam 9.30 pagi. Sesampai Lapangan Terbang Sandakan, terus sewa kereta Axia untuk memudahkan pergerakan seharian.



Sesampai Sandakan Airport, terus sewa kereta
untuk ke Labuk Bay bagi perjalanan 30minit lagi.



Jam 10.30 pagi sampai ke Pusat Perlindungan
Monyet Belanda, Teluk Labuk. Tiket masuk RM 15.



Monyet Belanda (Probiosis Monkey
di beri makan buah-buahan jam 11.30 pagi.


Monyet aktif ni susah duduk diam, yang jantan hidung gelebeh,
yang betina hidung mancung, macam minah salleh tu, haha.


Ada juga lotong (Silverleaf monkey) yang lebih manja.
Anak kecilnya berbulu kuning.


Hampir jam 12 tgh, bergerak pula ke Sepilok
 untuk masuk Pusat Perlindungan Beruang jam 1 petang.


Tiket masuk RM 5, adalah kandang perlindungan
 beruang matahari (Sun Bear) yang boleh di lihat dari atas platform.



Beruang saiz kecil ni, memang pemalu suka menyorok,
susah nak ambil gambar jelas.


Jam 2 petang, masuk Pusat Perlindungan
Orang Utan (OrangUtan) Sepilok. Tiket masuk RM5.


Kena lalu jambatan kayu merentasi
hutan  sebelum tiba di Pusat Asuhan seperti zoo.



Orangutan di beri makan buah-buahan jam 2.30 petang.
Penonton boleh melihat melalui dinding kaca.



20minit kemudian ke platfom kayu, menunggu
 orangutan turun makan, namun tak muncul-muncul.


Jam 3ptg, bergerak pula Pusat Hutan Hujan,
tiket masuk RM 5.



Terdapat pusat maklumat perhutanan.


Ada juga trek hutan dan jambatan gantung merentasi tasik.


Boleh juga merentas hutan naik jambatan besi dan naik menara tinjau.
Alhamdullilah, tak sangka dapat menyaksikan orangutan bergerak bebas di sini.


Jam 5.30 petang, mendaki pula Bukit Sim-Sim.


Kawasan mendaki ini di jaga baik dengan terdapat
pondok rehat, trek berpagar dan tangga kayu.


Di puncaknya boleh nampak Kampung Laut Sim-Sim
dan Pulau Berhala.



          Menjelang magrib, barulah balik dan check-in di Harbourfront Backpacker, Pekan Sandakan. Sekian hari pertama di Sandakan yang padat dengan aktiviti bersama alam dan fauna.




Labels: 0 komen | edit post