Bercuti ke Semporna (Hari 4)


          Hari ke 4 di Semporna, di mulakan seawal jam 9pagi juga untuk aktiviti utama iaitu ke Bohey Dulang. Bergerak dua bot bersama pelancong tempatan lain, perjalanan bot mengambil masa hampir 45minit untuk tiba di jeti Bohey Dulang.




Berkumpul di Jeti Pelancong Semporna.


Teruja sampai di Bohey Dulang.


Kena mendaki dulu untuk melihat pemandangan cantik.



Trek mencanak kena pakai kasut.



Hari Isnin pun sesak dengan
 pelancong luar dan dalam negara.



Nah, di ketinggian 600m,
barulah dapat menikmati pemandangan cantik.



Pemandangan cantik di Bohey Dulang.



Jam 12.30 tgh lepas makan dalam bot,
bergerak pula ke Pulau Mantabuan.



Pulau yang bersih di belakang Bohey Dulang sahaja.



Pantai memutih dan cetek di Pulau Mantabuan.




30 minit kemudian, menuju ke Pulau Sibuan.



Pulau terakhir yang paling ramai pelancong singgah.



Ada beting pasir yang panjang.


Ikan juga banyak.



Pelbagai jenis ikan menanti pengunjung.



Tapi terumbu karang agak kurang, mungkin pasal
banyak landak laut atau terlalu banyak bot datang.



       Menjelang jam 4ptg, barulah kami bergerak pulang ke Pekan Semporna kembali. Malamnya, saya hanya makan di restoran berhampiran dan berehat di bilik penginapan sahaja. Esoknya, hari ke 4, seawal 7.30pagi sudah bergerak ke Lapangan Terbang Tawau dengan menaiki van sewa yang di uruskan oleh penginapan. Sesungguhnya percutian ini amat berpuas hati walaupun ada gangguan berlaku iaitu hujan sementara dan agen perseorangan yang tidak teratur padahal ramai yang memujinya. Kos percutian solo saya kali ini adalah RM 839 iaitu pakej Semporna RM 520, tambang kenderaan udara RM109, tambang kenderaan darat RM120 dan penginapan Poga backpacker 3 malam RM 90.


Labels: , 0 komen | edit post

Bercuti ke Kelantan (Hari 1)


Sempena keberadaan saya di Kuala Lumpur kali ini, saya mengambil kesempatan ke Kelantan, negeri yang belum pernah saya jejaki. Maka, percutian ke Kelantan kali ini di mulakan pada Rabu, 7.00 ptg  dari stesen TBS menaiki bas berharga RM 16, menempoh perjalanan hampir 3 jam sebelum tiba di Stesen Keretapi Gemas.


10.30 mlm dah sedia di Stn Gemas yang serba moden,
jam 11mlm kaunter tiket di buka di tingkat atas.


Keretapi tiba jam 11.30mlm, menaiki Ekspress Timuran.



Naik koc T7 seat katil 8, katil bawah.
Tiket berharga RM 44 dibeli online awal 5 hari.


Kena pakai ear plug & eye sleeping patch, baru selesa sikit tidur.
Sedar-sedar dah pagi di kawasan indah Merapoh.


7.30pg tiba di Stn Gua Musang, keretapi berhenti 15minit, 
boleh beli nasi kerabu ayam percik RM3 di kantin stesen,



Tiba di Kuala Krai jam 11pg, merentas Sg Kelantan di jambatan Guillemard
 sebelum tiba di Tanah Merah.


Merentas sawah padi di kawasan Pasir Mas sebelum tiba
di Stn Tumpat jam 1.30ptg. Ronda kejap di Pekan Tumpat.



Naik bas Cityliner RM3 dari Pekan Tumpat ke Stesen Bas Kota Bahru.
Menginap di ParkView Hostel, mix dorm 3H2M RM60



Ke Pengkalan Kubor jam 5ptg, naik bas lagi.
Pusat jualan bebas cukai tapi tutup jam 5.30ptg.


Tarikan menarik di Pengkalan Kubor, mural di dinding.



Ke Wat Maisuwankiri, jam 5.45ptg naik teksi RM30,
pakcik teksi baik nak tunggu.



Wat ini juga di kenali dengan Wat Dragon Boat,
dengan ciri binaan Siam.



15minit lepas puas mengambil gambar, terus pulang ke penginapan di Kota Bahru. Malamnya makan  nasi air di restoran berhampiran penginapan, dan tidur awal sebab letih tak cukup tidur.

Labels: 0 komen | edit post

Bercuti ke Kelantan (Hari 2)



Hari ke 2 di Kota Bahru, bergerak seawal 8pg untuk sarapan citarasa Kelantan. Jalan kaki 5minit untuk tiba di Pasair Siti Khadijah.



Awal pagi dah sesak di Pasar Siti Khadijah.


Macam-macam barangan di jual.


Kat luar pasar lagi meriah, borong banyak kuih muih.


Ronda ke Jalan Ismail, meriah bazar pagi Jumaat
dengan ceramah agama berkumandang.


Macam-macam juadah Kelantan dan barangan di jual.


Ada lukisan mural di belakang kedai.


Tema Arab.


Tema Palestin.


Tema perang di Asia Barat.


Tema Kelantan.

Jam 9pagi bergegas ambil Grabcar (RM 14) ke Lapangan Terbang Kota Bahru untuk sewa kereta. Dapat sewa Myvi baru RM100 untuk satu hari semata-mata hendak jelajah pantai timur.


Gigih menempuh 1jam perjalanan ke Kuala Besut
untuk daki Bukit Keluang jam 11pg.


Trek mencanak dari mula sampai puncak.


11.30pg sampai puncak, cantiknya pemandangan.


Monumen tanda kenangan di Bukit Keluang.


Dah naik, kena la turun. Curam juga, kena hati-hati.



Sampai bawah, singgah Pantai Bukit Keluang. Pun cantik.


Formasi batu-batu di Pantai Bukit Keluang


Lepas solat Jumaat, singgah di Pantai Tok Bali.


Kemudian ke Pantai Irama, Bachok.



SInggah di Pantai Senok yang popular.


Datang jam 5ptg, belum ramai orang. Yang memancing pun ada.


Mau ke PCB, sesat ke Pantai Kundur



Jam 6ptg baru tiba di Pantai Cahaya Bulan.
Makin magrib, makin ramai orang.



Malam di Kota Bahru masih meriah dengan jualan tepi Pasar Khadijah.



Ramai orang ke Masjid Muhamadi untuk dengar ceramah Israk Mikraj.