Melepak di Pasir Gudang


Hujung minggu yang bosan kali ini di isi dengan beraktiviti beriadah di Pasir Gudang. Tempat yang menarik untuk melepak pada kali ini adalah Bukit Layang-Layang dan Sarang Buaya Pasir Gudang.



View Larger MapLokasi Bukit Layang-layang


Sempena Festival Layang-layang Sedunia maka, setiap tahun di Bukit Layang-layang ini akan menjadi tumpuan masyarakat menyaksikan himpunan layang-layang dari serata dunia. Pelbagai jenis bentuk, warna dan corak layang-layang di pamerkan untuk pertandingan mahupun untuk tatapan budaya masyarakat sesuatu negara.




Pelbagai negara mengambil bahagian.



Cuaca mendung dan sepoi-sepoi bahasa,
layang-layang tak naik.


Puas menunggu angin kuat yang tak datang, maka kami terus angkat kaki untuk membeli belah apa yang patut. Setakat beli cendermata dan minuman sahaja. Kemudian singgah sebentar di bengkel layang-layang untuk menyaksikan pameran layang-layang sedunia di situ.




Bengkel layang-layang





Pelbagai layang-layang tempatan dan luar negara di pamer.






Gerai-gerai meriah!




Setelah puas melilau, kami gerak pula ke Sarang Buaya Pasir Gudang untuk menyaksikan pusat konservasi buaya atau saintifiknya crocodylus porosus. Tempat khas berupa kolam khas ini dibina untuk menempatkan buaya air masin dan air tawar ini. Tiket berharga RM8 untuk dewasa, tetapi kami dapat RM2 sempena promosi Festival Layang-layang. Maka, kami tidak melepaskan peluang bergambar dan melihat aksi buaya dari dekat.



View Larger MapLokasi Sarang Buaya, Pasir Gudang





Sarang Buaya, Pasir Gudang





Pelbagai peringkat umur buaya dan saiznya.





Aksi berani dengan buaya. Haha.



Sekian aktiviti melepak di hujung minggu. Silalah datang ke Pasir Gudang untuk melawat di lokasi ini.

make gif
Sekian

Labels: 6 komen | edit post

Melepak di Singapura


Cuti yang panjang sempena sambutan Tahun Baru Cina, di isi dengan membawa teman berjalan ke Singapura. Kami bertolak dari hentian bus Kotaraya untuk menaiki bus terus ke Pulau Sentosa. Cuaca yang cerah dan jalan yang agak lengang mengambil masa setengah jam untuk sampai ke destinasi. Rio sungguh teruja kerana perasmian pasport terbarunya di isi dengan aktiviti bermakna! (*Hai, Rio)





Dekorasi sempena CNY di Resort World Sentosa.


Menarik di Resort World Sentosa.


Puas di Sentosa, kami bergerak pula ke Orchard Road untuk melihat kemeriahan pusat beli belah di sana. Memang rambang mata melihat jenama-jenama, tapi belinya..tak mampu. Hahaha.


Jalan jalan di Orchard Road.


Kemeriahan CNY di kawasan Orchard Road.



Lepak di Orchard central rooftop garden.


Lepas kenyang dan ngantuk di kawasan Orchard, kami bergerak pula di kawasan pusat bandar Singapura iaitu di Raffles Place. Keadaan yang redup dan lengang dengan orang ramai amat menyelesakan kami.



Ronda-ronda di Raffles Place


Jumpa lah En. Raffles dan arca-arca lain.







Kemudian, kami sempat memasuki Muzium Tamadun Asian, untuk melihat apa yang menarik di dalamnya. Nasib baik percuma, maka kami tak lepas peluang mengambil gambar menarik.





Antara bahan pameran di dalam muzium.


Pelbagai ketamadunan Asian di isi di dalam muzium ini.





Seterusnya, kami hanya berjalan kaki ke Merlion Park, di sini barulah meriah dengan pelancong luar dari pelbagai negara untuk mengambil gambar bersama patung Merlion.




Posing di Merlion Park.


Kemeriahan sambutan CNy di Marina Floating.




Akhir destinasi kami ialah di Marina Bay Sand. Kawasan baru ini sangat luas dengan pelbagai tarikan pelancongan daripada hotel, pusat beli belah, muzium, dan casino. Kiranya tempat yang sesuai untuk melaburkan duit dengan faedah atau bazir



Marina Bay sand dari luar dan dalam.


Pemandangan menarik di Marina Bay Sand.


Marina Bay Sand di waktu malam.
Labels: 4 komen | edit post

Riang Ria di Universal Studio Singapore


Cuti akhir tahun kali ini di isi dengan bergembira di Universal Studio Singapore(USS). Dah lama ngidam nak pergi, akhirnya tertunai juga. Maka pada 26 Dis (Boxing Day), pagi-pagi lagi dah bersiap untuk ke Singapura. Syukur dengan cuaca yang redup setelah 1 minggu mengalami minggu hujan dek peralihan monsun.


Dengan bayaran pakej hampir RM200, kami bertolak ke USS dengan 2 buah bas. Tak ada masalah hendak pergi sendiri (beli tiket sendiri, naik bus sendiri), tapi dengan pakej rombongan, bus yang menanti anda (tiada risau ketiadaan bus). Perjalanan bus mengambil kira 30min untuk tiba di USS dengan tiada langsung kesesakan, syukur!



View Larger Map Peta USS.



Sesampai je USS, wow, ramai pengunjung sudah menunggu awal di depan pintu masuk, maklumlah, hari cuti. Sambil menunggu, aktiviti mengambil gambarlah yang terutama. Tepat jam 10pagi sahaja, barulah semua dibenarkan masuk dengan tidak sabar lagi







Pintu masuk USS


Bahagian pertama yang kitorang jelajah adalah Hollywood kerana kawasan situ di hadapan sekali. Berlatar belakangkan studio perfileman Hollywood, banyak kedai dan bangunan mirip bangunan Inggeris terdapat disitu, jakon nak bergambar. Kemudian, kami memasuki studio Light, Camera, Action untuk melihat persembahan perfileman Hollywood. Pergg... dengan visual, kesan khas, bunyi, cahaya.... memang best cara pembikinan diorang. Situasi serangan tornado di Manhattan nampak real dengan tingkap melayang, air memercik dan kapal terbabas!



Studio Light, Camera, Action memang best.



Berlatar belakangkan Hollywood.





Setelah puas di Bahagian Hollywood, kemudian kami ke Sci Fi City dengan memasuki Transformer Ride yang baru dibuka. Walaupun menunggu giliran selama 1jam 30min, sangat berbaloi untuk memasukinya pasal paling terbaik sekali. Menaiki roller coster yang laju dengan kesan visual 3D, seolah-olah terasa di set rakaman filem Transformer. Semuanya mengisahkan perebutan AllSpark antara Autobot dengan Decepticons dan kita sebagai manusia yang diselamatkan oleh Autobot. Best gilerrrr.




Autobot.. roll out.



Selesai je menjerit teruja di Tranformer Ride, kami menaiki Battlestar Galactica roller coster. Ada 2 jenis roller coster Human dan Cylon yang dedua nya sangat mendebarkan. Dinasihatkan agar orang yang sihat sahaja menaikinya! Malah yang sihat pun sampai terkeluar air mata menjerit-jerit. Hahahaha.




Yang berani mesti cuba roller coster dasat ni.



Abis je naik roller coster, badan aku dah rasa len macam. Boleh control lagi, kami ke bahagian Ancient Egypt. Aku sangat teruja dengan keadaan ala-ala Firaun ni, suka sekali mau ke Egypt. Maka disini kami menaiki indoor roller coaster yang gelap dan tak kurang hebat seperti meneroka dunia The Mummy juga dengan persembahan visual dan objek-objek dari Ancient Egypt. Best juga!




Luar bahagian Ancient Egypt.



Selesai je ber roller coaster Mummy Return, aku dah rasa perut tak selesa. Abis la.. dah masuk angin, gara-gara kurang sarapan berat semasa sarapan. Alang-alang dah 12tgh, maka kami terus makan di Oasis Spice Cafe di kawasan Ancient Egypt yang disahkan halal. Makanan nampak sedap, tapi sebab perut aku dah masuk angin, rasa tak sedap. Selesai makan, terus muntahhh! :(




Restoran yang cantik dan set makanan SGD 17++



Kepala dah ting-tong, diteruskan pula ke bahagian Lost World. Oleh kerana ada taman yang ditutup kerana pembaikan mutu, maka kawasan Jurasic Park kami rasa kurang menarik kecuali untuk kanak-kanak. Cuma yang menarik untuk kami adalah menonton Waterworld, namun kami terlepas tayangan, kena tunggu masa lain. Oleh itu, kami rehat-rehat melegakan kaki yang semakin lenguh sambil bergambar.




Kawasan Lost World yang biasa je.


Bosan di Lost World, kami terus ke kawasan Far Far Away untuk bertemu animasi Shrek. Wow, cantik sungguh binaan istananya, yang menempatkan pawagam 4D animasi Shrek. Hampir 40min menunggu, lega rasanya dapat menonton sambil duduk di bilik berhawa dingin. Ceritanya berkisar Shrek dan rakan-rakan menyelamatkan Fiona dengan terasa kesan 4D nya seperti kerusi goyang-goyang, percikan air dan semburan angin seperti sentuhan pada kaki! Suspen!



Gembira di kawasan Far Far Away.



Kebetulan dapat temu Shrek dan Fiona.



Setelah puas di dunia Shrek, kami ke kawasan Madagascar yang terakhir sekali. Dengan tema hidupan haiwan, kami dibawa menaiki bot air melihat patung-patung animasi Madagascar bercakap dan bergerak-gerak, sangat sesuai untuk kanak-kanak!



Tonton patung Madagascar dengan menaiki bot.



Nasib baik aktiviti di Madagascar tak lama, maka kami sempat jejak kembali di Lost World untuk menyaksikan persembahan di Waterworld jam 6ptg, slot terakhir. Persembahan mengenai aksi lanun moden ini banyak menggunakan air dan bunga api. Siapa suka basah-basah boleh la rela untuk disimbah oleh para pelakon jika duduk paling hadapan sekali!




Aksi stuntmen di Waterworld.

<


Selesai aksi di Waterworld, kami lepak melepaskan lelah disekitar Hollywood sambil bergambar. Walaupun terpaksa bersesak dengan orang ramai, kami tak segan nak bergambar. Kadang-kadang terpaksa beratur untuk menuggu peluang bergambar dan paling menyampah, muka orang lain pun ada dalam gambar dek terlalu rapat.




Permandangan sekitar USS.





Posing dengan kereta-kereta.




Kami bergembira di mana saja.




Sekitar USS menjelang malam.



Sebelum pulang, kami membeli belah sebagai cendermata. Berhabis hampir SGD70 untuk memuaskan hati. Hahaha, bukan selalu.


Beli belah cendermata di USS.





Sekian aktiviti berhibur di USS, yang pasti amat puas dan berbaloi walaupun keletihan. Kami bergerak pulang jam 8mlm dan tiba semula di JB jam 9mlm. Leganyaa...

Labels: 7 komen | edit post