Cuti-cuti Redang (Hari Pertama - 21/5/2010) - Bahagian Ke-1


       Percutian ke Pulau Redang akhirnya berjaya di laksanakan setelah 2 bulan serius merancang. Bertolak dari JB malam khamis seramai 6org, kami sampai di Kuala Terengganu pada subuh hari Jumaat sambil di nantikan oleh 4 orang lagi kawan kami.



Demi Redang, gigih meredah 8 jam perjalanan.




Bergambar sat, sebelum bertolak ke Jeti Merang.
           

       Dengan keletihan selepas menempuh perjalanan, kami di jemput oleh pihak resort menggunakan van muat untuk 10 orang. Perjalanan selama 20min membuatkan kami tidak sabar lagi hendak menuju terus ke Pulau Redang.


Deretan kedai cendermata dan kedai makan di Jeti Merang.

Jeti Merang tersedia untuk bot ke Pulau Redang.

         Setelah menunggu hampai setengah jam, barulah kami di persilakan menaiki bot untuk ke Pulau Redang. Kami di punggah dari bot kecil dari jeti ke bot besar di tengah laut kerana kebetulan jeti Merang sedang mengalami air surut. Seterusnya, kami bersama-sama pengunjung lain di bawa ke resort kami di Pulau Redang iaitu Redang Holiday Resort.



Tu dia... Redang Holiday Resort!
Kami disambut dengan wanita berbikini.. ehe



Bahagian dalam bilik kami.
Semi-D banglo untuk 6 org.



Bilik kami menghadap laut.. indahnyaa...



Pemandangan pantai Pasir Panjang, Pulau Redang.



Laut dia membiru sungguh,...




Ombak manja menghempas batu..




         Sesungguhnya, sesampai kami di Pulau Redang, kami begitu takjub dengan keindahan pantainya. Begitu cantik dan memukau pantai dan kejernihan airnya!


Labels: 2 komen | edit post

Cuti-cuti Redang (Hari Pertama - 21/5/2010) - Bahagian Ke-2

Aktiviti snorkeling pertama di mulakan selapas check-in bilik dan selesai makan tengahari yang disediakan oleh pihak resort. Kami bersama yang lain di bawa ke Pulau Lima yang rupanya di ambil nama sempena 5 bongkah pulau yang kelihatan cantum-sambung.



Kami posing di atas bot



Pemandangan cantik Pulau Lima.



Kami snorkeling di perairan Pulau Lima.



Ikan, terumbu dan gamat (ya ka?)



Terumbu karang Pulau Lima.



Terembu karang cantik.



Ikan-ikan mencari makan di terumbu karang.


Sesungguhnya, perairan Pulau Lima sangat jernih dan mempunyai terumbu karang yang cantik-cantik. Berjenis-jenis ikan juga dapat dilihat disini, mungkin terdapat banyak sumber makanan di sini.



Labels: 5 komen | edit post

Cuti-cuti Redang (Hari Kedua - 22/5/2010) - Bahagian Ke-1




Hari kedua di Pulau Redang di isi lagi dengan aktiviti snorkeling di Taman Marin, Pulau Pinang. Sebuah jeti dan pusat maklumat perikanan di bina di pulau ini untuk memudahkan pengunjung melihat dengan dekat ikan yang dikumpulkan di perairan pulau.




Kami di pantai Pulau Pinang.



Ramai dok snorkeling di sini.




Ikan di sini cukup banyak dan kelaparan.


Banyak juga karang yang sudah mati.



Namun, masih ada karang yang hidup.



Anak penyu yang berjaya di tetaskan untuk di pelihara
sebelum boleh dilepaskan ke laut.





Walaupun terdapat banyak ikan di Taman Marin, namun terumbu karang disini tidak berapa cantik berbanding di Pulau Lima. Di harap usaha pemuliharaan mendapat sokongan dari semua pihak yang tahu menghargainya.


Labels: 0 komen | edit post