Meneroka Hutan Simpan Bukit Nenas


Korang tau Hutan Simpan Bukit Nenas kat mana? La, ada yang tak tau ke? Yang tau tu, dah pergi ke ke sana? Kalu belum, apa kata korang pergi sana, tak susah pun nak sampai sana, pasal betul-betul di tengah kota Kuala Lumpur, cuba lihat di http://wikimapia.org/48242/Bukit-Nanas-Forest-Reserve.


Pusat Maklumat Perhutanan,

pintu masuk utama ke Hutan Simpan Bukit Nenas.


Punya lah kerap ke KL setiap bulan, kali ini, barulah teringin nak teroka hutan tersebut. Dengan ditemani oleh Apidz yang juga 1st time masuk hutan itu, kitorang pakai redah je menuju dan masuk ke hutan itu. Berpandukan keberadaan Menara KL yang juga terletak di Bukit Nenas, kami tiba dipintu masuk utama dengan mudah iaitu di Jalan Jalan Raja Chulan, tak jauh dari Muzium Telekom. Sebenarnya, ada 2 lagi pintu masuk, iaitu dari kawasan Menara KL dan Wariseni.



Hafal peta laluan ni dulu, nanti sesat dalam hutan pulak

Banyak malumat perhutanan di pamerkan.

Terdapat sebuah pusat maklumat hutan Malaysia disana untuk pameran dan pengetahuan pengunjung. Jangan risau, semuanya percuma, begitu juga dengan hutan simpan itu, kecuali jika anda hendak berkhemah. Setelah puas melihat galeri itu, kami segera memulakan penerokaan hutan. Dengan laluan bertangga batu, ianya memudahkan kita untuk mendaki Bukit Nenas ini walaupun ada kecerunannya mencecah 30darjah. Namun, terdapat juga laluan denai/trail arboretum yang berlantaikan tanah. Apapun stamina anda dituntut tinggi agar mencapai kepuasan penerokaan keseluruhan hutan ini, maklumlah kawasan ini seluas 9.3ha dengan laluan mendaki, rata dan curam.

Ayuh, jangan putus asa.. kita daki lagi..


Letih?.. lepak-lepak la dulu...



Salah satu dari pokok besar yang masih kekal sejak diwartakan hutan simpan pada 1906

Percaya atau tidak..?

Dengan dikelilingi pokok-pokok hijau dari pelbagai spesis dan saiz, pastinya anda dapat merasakan bau hutan dan udara yang segar. Jika anda bernasib baik, anda akan dapat melihat rama-rama dan ular dari dekat... (ada berani?). Ehehe. Stakat nyamuk, memang banyak...


Melepak di Pelantar Merawan yang sama tinggi dengan ketinggian pokok.


Tapak khemah Dataran Hijau

Tapak senaman riang

Jambatan gantung Bukit Nenas .

Selain aktiviti meneroka hutan, hutan ini juga menyediakan wakaf untuk lepak-lepak dalam hutan, tapak khemah dalam hutan, bersenam dalam hutan dan bergayut-gayut di jambatan gantung dalam hutan. Memang seronoklah beraktiviti di Hutan Simpan Bukit Nenas nih, lebih-lebih lagi anda juga boleh cuci mata melihat pelancong asing yang rata-rata ramai melawat disini, ehehe.


Ayuh hayati kehijuan alam dan udara segar...

So, apa lagi.. ayuh teroka Hutan Simpan Bukit Nenas. Hayati kehijauan alam sekali sekala, tak jauh pun, di tengah-tengah KL je.

Kembara Ciri ke Pulau Tioman



Pengembaraan ni sebenarnya dah genap setahun yang lalu. Di tarikh dan bulan yang sama aku, Nick, Rio, Yus dan Zah, (Geng Ciri) kembara ke Pulau Tioman untuk bersuka ria dan mengeratkan persahabatan antara kami, kira mcm gathering lah jugalahh..




Feri meluncur laju dari Jeti Mersing ke Pulau Tioman (Kg. Genting)


Sabtu, pagi-pagi lagi kami sudah berkumpul di Larkin untuk menaiki bus ke Mersing bagi trip 8.30pagi punya dengan tambang RM8. Perjalanan mengambil masa hampir 2 jam memang syok dengan kerja tidor je dalam bus. Sesampai je bus stand Mersing, terus segar, excited lah nak ke Pulau Tioman. Segera kami berjalan kaki ke Jeti Mersing yang tidak jauh dari bus stand untuk menunggu feri ke Pulau Tioman. Tiket berharga RM35 seorang untuk sehala.




Dah dalam feri, kerjanya tidor lagi...



Feri bergerak ke Tioman bagi trip 12tengahari mengambil masa 2 jam untuk sampai ke Kg Genting, kampung ketiga yang di singgah oleh feri ini. Kami menginap di Sun Beach Resort yang terletak di kampung Genting. Kampung ini juga terdapat resort-resort kecil lain dan juga rumah-rumah penduduk kampung. Terdapat juga surau, klinik dan restoran dan kedai, jadi kami tidaklah rasa terlalu risau kerana ada kemudahan.


Kg Genting dan Sun Beach Resort dari atas feri.




Jeti dan pantai Kg Genting, Tioman dari kafe Sun Beach Resort.





Chelet penginapan di Sun Beach Resort



Sampai-sampai, kami terus check in resort dan mendapatkan chelet penginapan. Kemudian, kami terus pi makan di restoran di jeti tersebut, melepaskan lapar dan lelah perjalanan tadi. Petangnya kami meronda-ronda di sekitar kampung Genting untuk mengisi masa lapang. Menjelang magrib, kami dijemput makan malam di kafe resort sebelum aktiviti bebas di malam hari, yang sekadar berbual tentang kami dan alam. Ehe




Lepak di pantai yang indah.




Lepak di jeti nelayan Kg. Genting.




Lepak di jeti pancing Kg Genting.



Pagi ahad, kami sudah sesiap untuk aktiviti snorkeling seperti yang terkandung dalam pakej. Namun, kami wajib membayar RM15 seorang untuk menyewa google dan jaket keselamatan. Jika dah bawak dari rumah, x payah la kan nak sewa, so jimat kat situ. Dengan berkongsi 10org pelancong lain dalam satu bot, kami dibawa ke 3 tempat menarik untuk aktiviti snorkeling iaitu Pulau Tulai, Taman Marin dan Pulau Renggis. Seronok betul melihat keindahan dasar laut dengan terembu/coral dan ikan-ikan yang cantik.




Geng Ciri berjaya jejak ke Pulau Tulai, yeahh...


Kami sedia untuk acara snorkeling!



Taman Marin lagi banyak ikan kecil dan besar, menunggu roti anda sebagai santapan, tapi airnya kurang jernih, so, misteri..





Tawaf secara berenang sambil snorkeling di keliling Pulau Renggis. Kat sini anak ikan marlin dan jerung pun ada, pasal dasarnya sedalam 5m.




Setelah puas bersnorkeling, kami di bawa singgah ke Kg. Tekek, kampung utama bagi Pulau Tioman. Kampung ini adalah pekan utama dimana terdapat semua kemudahan termasuk marina dan lapangan terbang. Disini kami hanya singgah di pasaraya duty free untuk membeli cokelat dan lepak-lepak dan makan kerepok lekor di medan selera. Menjelang lewat petang, barulah kami pulang. Malam, kami disajikan dengan seafood BBQ oleh kafe resort sebelum diteruskan dengan aktiviti bebas melihat bintang sambil sesi bergumbira mengambil gambar dan cerita-ceriti antara kami.





Sesi melantak BBQ seafood sampai ko kekenyangan.





Isnin pagi selepas sarapan, terpaksalah kami check out bilik untuk pulang. Sesungguhnya kami sangat berpuas hati dan bergembira dengan pakej 3Hari 2Malam dengan Sun Beach Resort. Layanan mesra, makanan sedap dan bilik penginapan yang selesa dan bersih, berbaloi RM300 seorang. Kg. Genting juga tidak mengecewakan kami dengan pantai yang bersih dan cantik. Sebelum pulang, kami sempat membeli cenderamata di kedai Kg. Genting dan di Jeti Mersing.





Geng Ciri berpuas hati di Sun Beach Resort, Pulau Tioman.


Anda teruja? Ayuhhh ke Tioman, Zoom Malaysiaaa. Korang pasti tak menyesal, kecuali jika anda memang demand, membandingkan Tioman macam Barbados atau Macau, jauh beza beb. Pepun, dapatkan info di http://www.sunbeachresort.com.my jika anda juga mahu menginap di sana.

Labels: 6 komen | edit post

Le Tour de Singapore






Singapura adalah negara yang tidak asing lagi dari Johor. Hanya dipisahkan oleh Selat Tebrau selebar 12km, kita dianggap telah pun berada di luar negara. Walaupun telah ke sana 3 kali setakat ini, tetapi jelajah kali ini berunsur Le Tour, sebab kami setkan seharian Le Tour ini untuk ke 8 tempat tarikan pelancongan Singapura. Maka, aku dan Zarul (yang kali pertama ke Singapura) terpaksa gigih meneroka Singapura tanpa beralah kepada penat.

Perjalanan dimulakan dari jam 9pagi. Bertolah dari rumah, kami menuju ke Persada Johor untuk meletak kereta. Kemudian kami berpakat menaiki teksi ke Singapura yang boleh di dapati di Hentian Bus Kotaraya bersebelahan Persada. Dengan tambang sekepala RM15, teksi dinaiki kami perlu melepasi CIQ JB dan Singapura sebelum tiba di Hentian Queen Street yang mengambil masa setengah jam. Cepatkan?








Masjid Sultan




Dari Queen St., kami berjalan kaki ke Masjid Sultan yang mengambil masa 3 min. Disana juga terdapat deretan kedai menjual produk pelancongan, kedai makan melayu-jawa dan Pusat Kebudayaan Melayu di tapak kawasan Istana Kg Gelam.





Kalu sesat, jangan lupa singgah di sini, di tengah² Orchard Road.



Setengah jam kemudian, kami segera ke MRT Bugis untuk ke Orchard Road, pusat tumpuan beli belah. Dari MRT Bugis kami kena tukar tren di MRT City Hall, barulah boleh tiba di MRT Orchard. Di Orhard Road, kami begitu terpukau dengan deretan plaza-plaza beli belah yang menjual barangan dari pelbagai jenama. Namun, kami langsung tidak membeli apa-apa,ehe, hanya window shoping aja untuk Great Singapore Sales awal bulan Jun nanti. Kami menyusuri Orchard Road sehingga tiba di MRT Somerset untuk ke Suntec City pula.







Fountain of Wealth, Suntec City.. tapi mana air pancurannya? Berjimatkah?.


Jalan-jalan sebelum tiba di Esplanade.


Untuk ke Suntec City, kami harus turun di MRT City Hall sebelum menyusuri underground CityLink Mall untuk ke Suntec City. Kami makan tengah hari dengan nasi beriani ayam di Food Republic sebelum berjalan kaki ke Esplanade. Pemandangan di sini amat indah berlatarkan urbanisasi Singapura, lantas kami tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar.






Esplanade Singapura, pusat kesenian dan rekreasi.





Merlion Park.




Setelah puas, kami jalan kaki ke Raffles Place yang merupakan pusat pejabat perniagaan yang ditaburi bangunan-bangunan pencakar langit. Sebelum tiba, kami singgah sebentar ke Merlion Park untuk mengambil gambar di monumen utama Singapura, Merlion. Kemudian, kami menyusuri Sg Singapura sebelum tiba di MRT Raffles Place yang terletak di tengah-tengah pusat bandar.






















Tebing Sg. Singapura.















Di tengah-tengah pusat bandar.






Kemudian, kami naiki tren ke MRT Outram Park sebelum bertukar tren ke MRT HarbourFront. Tujuan kami adalah menjelajah Vivo City yang futurilistik. Di sana, terdapat pusat beli belah dan pusat rekreasi. Menjelang magrib, kami bergerak ke MRT Chinatown untuk membeli cendermata Singapura sebagai kenangan.









Vivo City di waktu magrib.













Chinatown Singapura macam Petaling Street KL.








Setelah itu, kami menuju ke MRT Clark Quay untuk melihat suasana malam di Singapura. Ternyata malam di Clark Quay sangat menarik dengan limbahan lampu, ragam manusia, musik dan restoran. Menjelang jam 9mlm setelah puas melepak, kami beransur pulang ke JB dengan menaiki teksi sepertimana kami datang.




















Sesunguhnya kami sangat berpuas hati dengan Le Tour de Singapore walaupun kaki kami lenguh dan kejang! Di lain masa, kami pasti ke Singapura lagi untuk menjelajah Pulau Sentosa pula. Siapa nak ikut angkat tangan!


Malam meriah di Clark Quay.





Dngan kuasa Ultramen, :P, Zarul & aku gigih buat Le Tour de Singapore


Labels: 6 komen | edit post