Bercuti ke Sandakan (Hari 2)



Hari kedua di Sandakan, pagi-pagi lagi dah keluar berjalan untuk sarapan coto Makasar dan melihat aktiviti masyarakat di Sandakan.




Ke Pasar Besar, ada jual hidupan laut segar, sayuran,
buah tempatan dan bahan  kering.



Kemudian, jam 8pagi ke Pusat Peringatan Sandakan.


Taman peringatan untuk tentera tahanan yang terbunuh
ketika Perang Dunia ke 2.


Selepas pulangkan kereta sewa di airport, naik Grabcar RM 12 ke English Tea House
untuk merasa suasana sarapan ala English dengan scone cecah jem strawberry
sama krim cheese dan coklat panas berharga RM 15.



Perut dah kenyang, ke Rumah Agnes Keith
terletak sebelah English Tea House. Tiket RM 2.



Selain tinggalan perabot gaya inggeris, terdapat maklumat Agnes Keith
yang mengisahkan kehidupan beliau menjelajah sebahagian Sabah, hebat!


Kemudian, jalan kaki turun bukit ke Muzium Warisan Sandakan.



Tingkat bawah memaparkan galeri perfileman mengenai Sabah.
Terdapat juga replika rumah tradisi.



Tingkat atas ada pameran pembangunan Sandakan
dan koleksi barang antik.



          Petang hari kedua, tiada aktiviti selain berehat dan jalan-jalan sekitar pusat beli belah. Hari ketiga pula hanya rehat dan bersiap pulang ke Labuan. Sekian aktiviti bercuti yang sempat di lakukan di Sandakan dengan kos RM423 (Pengangkutan darat : RM43, pengangkutan air : RM30, pengangkutan udara : RM98, Penginapan backpacker 3H2M : RM70, Sewa kereta+minyak : RM150, tiket masuk semua pusat perlindungan : RM32).



Kenangan di Sandakan sebelum pulang.




Labels: 0 komen | edit post

Sepagi di Putrajaya Wetland



Hujung minggu yang lalu, membawa kaki mengunjungi Putrajaya Wetland. Tiada bayaran masuk di kenakan, kunjungan pada jam hampir 11 pagi, terus menuju ke Pelantar Wetland untuk melihat burung-burung di beri makan.




Pelantar Wetland Putrajaya.




Ada angsa, itik dan burung undan.


Kemudian ke Pusat Penghayatan Alam.



Banyak informasi yang di pamerkan.



Ada juga video visual.



Tingkat atas galeri interaktif.



Kemudian, kami ke kolam flamingo.
Kelihatan itik mandarin yang sihat, tapi flamingo tak berapa pink : )



Akhir lawatan, naik ke menara tinjau sebelum pulang.

Sekian lawatan lebih 1 jam di Putrajaya Wetland. Sekiranya anda peminat burung dan alam yang malas bersusah payah berjalan jauh masuk hutan, boleh lah ke tempat ini :)


Sepetang di Air Terjun Gunung Ledang, Tangkak


Sempena cuti panjang Hari Raya, kami ke Air Terjun Gunung Ledang, Tangkak untuk mengisi masa lapang. Kami bertolak pada hari Selasa, jam 11 pagi dan pulang waktu Zohor, best sebab tak ramai pengunjung, selesa nak mandi.



Ada 2 pintu masuk, pintu 2 jalan kaki pun boleh sampai.
Parking kereta RM 2 dan dewasa RM1/pax



Ada tempat rehat, tapak khemah & kolam kanak-kanak.



Yang nak rasa mencabar, naik ke Kolam Puteri.



Boleh tahan mencabar mendaki ke Kolam Puteri.



20 minit, sampailah di Kolam Puteri.



Ada 2 kolam kecil di atas Kolam Puteri.



Yang best mandi di bahagian air terjun Kolam Puteri.



Kolam Puteri yang besar dan jernih.



Dasar tak berapa dalam, paras lutut ja.



Sekian aktiviti kami di Air Terjun Gunung Ledang, Tangkak. Semoga pengunjung sentiasa menjaga kebersihan di tempat perkelahan, sayangi sungai kita.