Ronda-ronda sekitar Pulau Pinang II (Hari 2)


Sambungan percutian di Pulau Pinang, hari ke 2, seawal jam 9 pagi pergi sewa skuter RM 25 untuk memudahkan pergerakan ke Teluk Bahang.



Sampai Taman Negara Pulau Pinang jam 11 pagi.



Melapak di Pantai Pasir Pandak yang cantik.



Berehat di Jambatan Sungai Kundur.



Setengah jam baru sampai Pantai USM (Pantai Teluk Aling). 
Berehat keletihan ambil angin pantai sebelum pulang.



Jam 3ptg masuk ke Entopia, RM 36, Klook



Pusat pameran serangga dan reptilia kecil.



Ada taman cantik di bawah satu bawah bumbung.



Tarikan utama ialah ternakan rama-rama.



Ada juga pameran kreatif dan interaktif
tentang hidupan serangga.



Habis di Entopia, singgah solat di Masjid Terapung Tjg Bungah,
makan pasembor Disco dan singgah Jeti Tan.



Malamnya, masuk The Top Komtar, RM 45




Menikmati suasana malam Pulau Pinang dari tingkat 65.



Menikmati suasana malam Pulau Pinang dari tingkat 68.



Hari ke 3, terakhir kami hanya jalan ke
Penang Bazaar, Pasar Chowrasta, Komtar & 1 Avenue.



Sekian percutian kami ke Pulau Pinang yang sarat dengan pelbagai aktiviti. 

Labels: , 0 komen | edit post

Melepak di Pulau Besar dan Pantai Puteri, Melaka



Selesai pulang dari Pulau Pinang, kami terus ke sebuah negeri Selat lain, iaitu Melaka. Kami ke Jeti Anjung Batu, Umbai untuk ke Pulau Besar, Melaka. Tiket ke pulau untuk bot besar berharga RM 12 dan terpaksa menunggu giliran menaiki bot kira-kira setengah jam kerana pengunjung sangat ramai.




Trip keluarga mertua ke Pulau Besar.




Menaiki bot besar terbuka untuk perjalanan hampir 30 min



Meninggalkan jeti menaiki van, RM 2
untuk perjalanan 10 min.



Van berhenti di Masjid dan pusara berhampiran,


Selain itu, ada muzium dan paling penting pantai bersih.



Kami berkelah sambil berehat menikmati makanan.



Menjelang jam 2.30ptg kami pun pulang.



Balik dari Pulau Besar, melepak ke Pantai Puteri.



Pantai bersih berpokok rhu, ada unta!



Menginap 1 malam di Hotel Pantai Puteri.



Esoknya, sambung lagi lepak di Pantai Puteri yang nyaman.



Sambung 1 malam ke Hotel Riviera, Pulau Melaka.



Hotel ala Inggeris dengan deco retro.



Mandi puas di kolam lepas sarapan menu melayu.




Labels: , 0 komen | edit post

Bercuti ke Kundasang, Sabah



Pembukaan aktivi jalan-jalan tahun 2019, dimulakan di Kundasang, Sabah. Kawasan yang terletaknya Gunung Kinabalu ini amat terkenal dengan pemandangan indah dan suhu yang sejuk. Maka, kebetulan percutian kami 3H2M jatuh pada hari hujan, maka suhunya sangat sejuk dan berudara lembab.



Sekitar identiti Kundasang.


Singgah pekan dan Dataran Sayur makan tengahari
dan beli buahan tanam tempatan
(strawberi, ciku, buah tarap, epal kundasang,
 buah kuning telur (canistel) avocado kundasang)


Kami menginap di Happy Village Kundasang.



Biliknya selesa, banyak kemudahan
dengan pemandangan gunung.



Esoknya, lepas sarapan kami ke Desa Dairy Farm.



Oleh sebab gerimis, dapat tengok lembu
dan kambing dalam kandang sahaja.



Kemudian, singgah ke Kundasang War Memorial,
memperingati askar British, New Zealand dan Australia
terbunuh di Sabah semasa perang dunia ke 2.



Ke Tapak Warisan Poring (RM 3), merasa air panas
dan canopy walk (RM 3).



Hari terakhir, singgah ke Pekan Nabalu beli cenderamata.


Sekian percutian ke Kundasang pada 26-28 Januari yang lalu. Sesungguhnya, amat berpuas hati dengan percutian ini dan pasti akan kembali untuk melihat tempat-tempat menarik yang lain.