Bercuti ke Wilayah Persekutuan Putrajaya.


Sambungan dari cuti akhir tahun, selepas meninggalkan Bukit Tinggi, Pahang, kami ke Putrajaya. Bukan pertama kali ke negeri wilayah persekutuan ini, kali ini datang untuk berehat dan menerokai tempat menarik di sana.



Menginap di Dorsett Hotel, Putrajaya.



Singgah solat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
(Masjid Besi)


Masjid indah di tepi Tasik Putrajaya.



Petang ke Menara Milenium.


Naik belon Skyride, RM45 seorang untuk 15 minit.



Pemandangan cantik dari atas belon.



Melepak di Tasik Putrajaya sebelum magrib.


Esoknya, bersiar-siar sekitar Putrajaya.


Jam 11 pagi, menaiki Cruise Tasik Putrajaya.
RM 15 seorang.


Bersiar-siar menaiki bot melihat pemandangan
selama 20 minit.



Ke Astaka Morocco jam 12 tengahari yang redup.


Merasa suasana ala Morocco secara percuma.


Senibina islamik termasuk di mini muzium, RM 3.



Sekian percutian 2 hari 1 malam di Putrajaya. Sesungguhnya, percutian kali ini memuaskan hati namun banyak lagi tempat di Putrajaya yang perlu di terokai dan semestinya akan kembali.
Labels: 0 komen | edit post

Sepagi di Tasik Biru, Kangkar Pulai


Sempena pulang bercuti ke kampung halaman, aktiviti pertama kali jejak sebaik sampai ke Johor adalah ke Kangkar Pulai untuk jelajah tasik biru di sana. Tasik ini terhasil daripada takungan air kawasan lombong yang menghasilkan warna biru turquoise kerana kandungan mineral yang terdapat di situ.





Punya ramai orang pagi Sabtu tu.



Kena redah trek kelapa sawit.



Ada la sikit trek mencanak untuk sampai puncak.



15 minit dah sampai best spot.



Malas nak jelajah jauh lagi ke pusat takungan air,
15 minit bergambar, terus pulang.


# Terkini, kawasan ke lombong ini di pagar dan dilarang masuk

Sepagi di Batu Caves


Sempena keberadaan di Kuala Lumpur, saya ke Batu Caves untuk mencuba menaiki 272 tangga hingga puncak. Menaiki KTM Komuter yang sangat lambat dari KL Sentral jam 9.45pagi, hampir 30minit baru tiba di Batu Caves.



Tiba di kawasan kuil Batu Caves jam 10.30pagi.



Ramai manusia dan banyak monyet.


Tangga cantik untuk 272 langkah ke puncak.


Dalam gua ada kuil.


Ada lagi tangga sambungan ke hujung gua.



Pemandangan gua yang cantik.


Ada pakej teroka gua gelap, RM30 untuk 45 minit.
Tak masuk sebab kesuntukan masa.



Jam 11 pagi turun dan pulang.



Perjalanan pulang lebih lancar dan pantas dengan manaiki KTM Komuter juga dari Stn Batu Cave ke Stn KTM Sentul. Sambungan ke Stn KL Sentral pula dengan menaiki bas awam dengan percuma dari Stn KTM Sentul. Sekian aktiviti senaman kaki di Batu Caves, yang sangat mudah untuk sesiapa yang dah biasa mendaki.