Bercuti ke Manila, Filipina (Hari 1)



     Sempena cuti Hari Wilayah, saya ambil cuti 4 hari berturutan untuk ke Manila, Filipina. Perancangan telah di buat sejak September 2018 setelah terpandang iklan penerbangan Cebu Pacific dari Kota Kinabalu ke Manila hanya RM109. Maka, tiba hari yang di nantikan, 1 Februari jam 2.30  pagi berlepaslah saya ke Manila, dan mendarat di Terminal 3, NAIA setelah menempuh 2 jam perjalanan.



Penerbangan dan pemandangan Manila di awal pagi.


Terminal 3, NAIA, solat di surau tingkat 2 dan makan halal ala Jepun.
Tunggu bas Aiport Loop 200Php ke Stn LRT EDSA-Taft Ave.


Pemandangan sekitar kawasan Emrita, Manila waktu pagi.


Turun di Stn Pedro Gil, jalan kaki ke Tambayan Capsule Hostel.
Dekat dengan Robinson Place Mall, ada surau & halal restoran berdekatan.


Petang, bersiar-siar naik MRT ke Stn. Ayala
dan jalan kaki ke kawasan Makati, Manila.


Ronda-ronda persekitaran Greenbelt Mall
dan kawasan Makati, Manila


Malam, berehat di Robinson Mall dan makan halal Arab
di luar Robinson Mall. Harga hampir RM 50, boleh kenyang untuk 2 orang.

Labels: 0 komen | edit post

Bercuti ke Manila, Filipina (Hari ke 2)



Hari ke 2, saya mulakan seawal pagi jam 9. Saya hanya berjalan kaki 20 minit dari penginapan untuk tiba ke Rizal Park.



Monument Rizal.


Taman Peringatan Rizal.


Datu Ache, Datu Taupan, Lapu-Lapu & Muzium Filipina.


Masuk ke Intramuros (Kota Dinding)


Bangunan tinggalan sejarah.


Muzium Casa Manila, rumah bangsawan zaman dahulu.


Tugu perang dan Gereja San Agustin.


Kota Santiago, ala-ala A-Famosa, Melaka,
tapi lebih besar & luas.


Muzium Rizal.


Peninggalan Kota Santiago.


Binaan Kota Santiago sejak 1571 yang masih kekal.


Tinggalan bangunan Aduana & Taman ASEAN.


Taman Asean & Tun Razak, tokoh Asean.


Ke kawasan Quinta, singgah solat di Masjid Kubah Emas.




Naik Grab Car (130 php) ke Manila Ocean Park (760 php).



Hidupan laut yang unik.



Pelbagai jenis hidupan laut.



Terowong aquarium.



Ikan kerapu dan jerung.



Pertunjukan anjing laut dan ikan pari.



Hidupan kecil yang beracun.



Haiwan merayap yang eksotik.



Ular berbisa yang jarang di temui.



Sangkar helang yang luas.



Penutupan jam 6.30 ptg dengan pertunjukan
visual, air dan bunga api.
Labels: 0 komen | edit post

Bercuti ke Manila, Filipina (Hari ke 3)


Hari ke 3 di mulakan seawal jam 1 pagi semata-mata mengikut trip ke Fortune Island menggunakan pakej 1222 Travel & Tours, yang berharga 1200 php. Berkumpul seawal jam 3 pagi di kawasan Mall of Asia, Manila, saya bersama 12 lagi turut serta menaiki van yang termasuk dalam pakej. Perjalanan hampir 3 jam untuk sampai pekan Nasugbu.




Jam 8 bersedia untuk ke pulau naiki bot macam ini.



Perjalanan 45 minit untuk tiba di Fortune Island.



Naik kotak kayu untuk masuk pulau gara-gara ombak kuat.



Arca tinggalan Fortune Island.
|


Tiang ala Acropolis Athen.




Pantai pulau ini juga cantik.



Jam 3 petang baru bergerak pulang.

Labels: , 0 komen | edit post