Mendaki Bukit Padang, mandi di Air Terjun Kiansom & melepak di Bukit Kokol.


Hujung minggu yang lalu, membawa diri ke tiga kawasan rekreasi iaitu Bukit Padang, Air Terjun Kiansom dan Bukit Kokol. Lewat pagi jam 9pagi baru bergerak ke Bukit Padang atau lebih tepat lagi Taman Tun Fuad Stephan.




Ayuh beriadah di Bukit Padang.


Memilih Surveyor Trail no. 3, trek daki lebih pendek.


Jumpa laman TaiChi, kemudian trek tanah & tangga mendaki.



Ada kemudahan bersenam tidak jauh di puncak.



Turun melalui trek no. 6 yang ekstrem.



Setelah berpeluh-peluh mendaki, saya ke kawasan Inanam untuk ke Air Terjun Kionsom, tiba di sana jam 11.30, 30minit perjalanan dari Bukit Padang.



RM 1.50 bayaran masuk, ada kemudahan tandas dan parking.



Trek kecil yang pendek menuju 3 kolam air terjun.



Air terjun 1 (kolam kecil) dan air terjun 2 (kolam besar)


Air terjun 3 (kolam luas) dan air terjun 4 (tiada laluan).



Setelah hampir 3 jam bermandi manda, saya bergerak pula ke Bukit Kokol yang memakan masa 30minit perjalanan melalui jalan pintas Bambangan-Kebuni. Saya melepak di Kokol Haven Resort untuk menyaksikan pemandangan cantik di tempat tinggi sana.




Sampai sudah, bayaran masuk RM10 sekepala.


Melepak di restoran sambil berswafoto.


Melepak di anjung menyaksikan keindahan alam.



Menyaksikan keindahan alam hingga hampir magrib.


         Sekian, aktiviti pada hujung minggu yang lalu dengan aktiviti riadah yang menarik. Sesungguhnya, hari minggu amat menarik kalau ada aktiviti berjalan-jalan.




XPDC berkayak ke Pulau Papan



Pada hujung minggu lalu sempena Hari Malaysia, saya bersama-sama rakan sekerja ke Pulau Papan yang terletak 5km dari Pulau Labuan dengan menaiki kayak. Aktiviti berkayak ini dinamakan XPDC Kayak Merdeka.



Taklimat dan bersiap sedia.



9.30 pg.. Ayuh dayungkan kayak.



Menumpang rehat berehat di tepi kapal OSV.



45minit mendayung .. sampai sudah di Pulau Papan



Kemudahan tandas dan bilik persalinan.



Jeti bot dan tarikan pelancong.



Ada rumah api.



Rehat di pesisiran pantai.


Jam 12.00 tgh bergerak pulang ke Labuan.



Sekian aktiviti berkayak ke Pulau Papan dari Labuan. Sesungguhnya walaupun dari pantai Labuan kelihatan dekat sudah dengan Pulau Papan, tetapi tak di sangka lenguh juga tangan mendayung ke sana dengan tempoh 45 minit mendayung. 

Labels: , 0 komen | edit post

Melepak di Muar


Sempena cuti panjang sempena Hari Kemerdekaan dan Raya Haji, saya ke Muar, Bandar Maharani. Walaupun letih tidak cukup tidur gara-gara bermalam di KLIA2 kerana kelewatan pesawat, namun gigih juga singgah ke Muar untuk mengisi masa cuti yang panjang.




2 jam lebih perjalanan, akhirnya tiba di Muar.



Awal pagi sudah ke Donhu Jurassic Garden,
masuk percuma.



Replika dinasaur yang bergerak dan mengeluarkan bunyi.



Terdapat juga jualan batu kristal kecubung ungu,
kerepek mee sanggul dan cenderamata.




Singgah pula bandar Muar.



Meronda ke Dataran Tanjung Emas.



Melepak di pesisir Sungai Muar.


Singgah pasar dan makan-makan,
murtabak Singapore JD, Mee bandung Abu Hanafiah dan satay!


Sekian aktiviti melepak saya di Muar selama 6 jam. Tak rugi datang Muar kerana tempatnya tidak kurang menarik dan makananya pelbagai dan sedap.




Labels: 0 komen | edit post