Sepetang di Nusajaya

Petang yang redup memang sedap berjalan. Maka kali ini ke Nusajaya sempena Karnival Nusajaya yang pertama kali di adakan, dah macam Jom Heboh dengan gerai, pameran, artis dan bersembahan. Maka dah tentu semua pengunjung tertarik dengan apa yang terbaru di Nusajaya, antaranya

 
 
 
Kota Iskandar dengan senibina cantik.
 

Seni bina kota islamik.
 
 
 
Antara hiburan terbaru yang bakal puncul.
 
 

 Ambil angin di Puteri Harbour



Makan di Madini Mall, dan jumpa lah Legoland di sana,
 
 
Sesungguhnya, Nusajaya menjadi harapan negara dan juga penduduk JB sendiri untuk menjadi daerah icon yang terkenal dimata dunia. 
 
 
 
 
 

 
 

Labels: 0 komen | edit post

Hari muzium dan taman


Hari  hujung minggu cuti raya yang panjang kali ini di isi dengan hari muzium. Muzium yang di kunjungi adalah Asian Civilization Museum (ACM) dan Artscience Museum di Singapura. Sengaja singgah muzium kerana ingin merehatkan minda dengan seni iaitu seni tradisi, seni moden, seni animasi dan seni taman! Akal manusia begitu menakjubkan dengan seni! 
 
Dari Johor Bahru, kami terus ke Raffles Place untuk jalan kaki ke Muzium ACM. Tiket masuk hanya SGD 8 untuk melihat pameran dari Muzium Aga Khan yang dibawakan ke sini. Banyak bahan dan manuskrip yang menggambarkan kegemilangan Islam semasa kerajaan Moghul India.
 
 
 
 
Muzium ACM.




 Seni islamik.
 
 
 
 Seni di manuskrip lama.
 
 
 
Kemudian, pukul 4ptg, kami ke Artscince Museum di Marina Bay Sand pula untuk menyaksikan pameran grafik dan filem Harry Potter. Dengan bayaran SGD 24, rasanya kurang berbaloi kerana tidak dibenarkan mengambil foto di bilik pameran untuk kenangan padahal ianya menarik sekali.
 
 
 
 Artscience Muzium
 
 

 Seni grafik moden.
 
 

 Seni filem Harry Potter!
 
 
 
Setelah agak redup, kami melepak pula di Garden at Marina Bay untuk menyaksikan keindahan taman. Oleh kerana kepenatan, kami hanya sempat menyaksikan suku sahaja dari keseluruhan taman yang sangat besar. Apabila menjelang magrib, kami beransur gerak dan pulang semula ke JB.
 
 

Berehat di taman.


Labels: 2 komen | edit post

Sepetang di Desaru dan Tanjung Balau



Hari minggu kali ini kami melepak di Desaru dan Tanjung Balau, Kota Tinggi yang hanya 30min berkereta dari rumah kami. Pusat peranginan yang terkenal di Johor ini sememangnya menjadi tumpuan orang ramai pada hujung minggu daripada asik lepak di rumah sahaja. Maka, kami singgah dulu ke Bandar Penawar untuk membeli makanan sebelum lepak di Tanjung Balau.

Bandar Penawar yang sunyi.

Petang yang agak panas tidak menghalang kami dan pengunjung lain dari beraktiviti di Tanjung Balau. Pantainya yang landai dan kemudahan yang ada, menjadi keselesaan bagi semua pengunjung. Pengawal pantai juga sedia khidmat sekiranya berlaku kecemasan.


 

Kami di Tanjung Balau




Lepak-lepak sambil bersukan., hehe.




Setelah puas mandi manda, kami berkunjung pula ke Muzium Nelayan. Bayaran hanya RM2, memberi maklumat jelas mengenai aktiviti perikanan di Malaysia. Pelbagai info dan barang pameran menerangkan kepelbagaian cara dan peralatan menangkap ikan.



Kami di Muzzium Nelayan



Cantik sungguh!



Pelbagai bahan pemeran yang menarik.







Patung mini dengan lanskap perkampungan nelayan zaman dahulu.



Setelah puas menikmati keindahan pantai di tanjung Balau, kami melepak pula di Pantai Desaru, Kami tidak mandi di pantai Desaru ini kerana telah bersiap lebih awal setelah mandi di Tanjung Balau.



Melepak di pantai Desaru

Sesungguhnya kami sangat gembira dan ceria semasa sepetang di tempat tersebut.


Labels: 2 komen | edit post