Percutian ke Phuket (Hari Terakhir - 3/7/2011)

Hari terakhir di bumi Phuket, tak ada yang menarik selain kena bangun awal pagi pasal penerbangan pulang jam 9.15pg. Seawal 5pg dah bangun, sesiap, trus turun ke lobi hotel. Rupanya kereta sewa untuk ke Airport Phuket dah menunggu! Apalagi.. trus ke airport.

Sampai airport, amik boarding pass, check kastam, menunggu lagi 2 jam.. psl sampai airport tadi jam 7.15pg. Jadi sempat la pusing-pusing airport Phuket, tersambar plak fridge magnet sebagai cenderhati.






Cendermata dari Phuket.



I love katanya. :P



Terbang meninggalkan Phuket.


Selamat sampai!




Sesungguhnya percutian ke Phuket kali ini bersama travelmate sangat seronok. Siapa kata bulan Julai musim hujan? Tidak, hujan ada juga, tapi sekali sekala. Walaupun dinamakan low season pada bulan Julai, tapi pelancong tetap ramai! Malah setiap kali gambar hendak ambil, mesti ada juga terselit muka pelancong lain. Padattttttt!




Sekian percutian ke Phuket 3D 2N yang sangat padat dengan aktiviti. Walaupun ada banyak lagi tempat menarik di Phuket untuk di kunjungi, namun puas sekali percutian kali ini. Setelah dihitung-hitung, keseluruhan belanja hanya RM 1,1++ = Tiket penerbangan RM 648 + Belanja RM 450. Penginapan ditaja oleh Ading. Hehehe, terima kasih banyak-banyak!
Labels: 0 komen | edit post

Kenangan terakhir di KTM Tanjong Pagar



Menjelang hari-hari terakhir sebelum penyerahan KTM Tanjong Pagar kepada pemerintah Singapura, sempatlah juga menjengok ke stesen keretapi ini. 45 min perjalanan dari Tambak Johor ke sini bakal tinggal sejarah kerana pada 30 Jun 2011 stesen ini akan bertukar menjadi seperti muzium (kabarnya; dibangunkan oleh pemerintah Singapura) maka, stesen KTM akan berakhir di Woodlands.





View Larger Map Lokasi Stesen KTM Tanjong Pagar.




Sesunguhnya, stesen KTM Tanjung Pagar memang unik dan cantik seni binanya. Di bangunkan dengan ciri-ciri Inggeris, bangunan ini berdiri megah sebagai stesen petanda pembangunan dan kemajuan pengangkutan bagi penumpang dan barang industri dari pelabuhan. Lihatlah seni bina seperti di bawah ini.


Bangunan Stesen KTM Tanjong Pagar



Pintu masuk ke bangunan stesen.




"F M S R" bermaksud Federated Malay States Railways,
dengan ukiran manusia membawa motif :
Agriculture, Commerce, Transport and Industry.




Corak gerbang bercirikan corak Islamik.



Jam klasik.



Kaunter tiket dihiasi lukisan mural
tentang kehidupan rakyat ketika sebelum abad ke 20.


Bilik polis bantuan KTM.



Kafe dan restauran.



Pondok maklumat pelancongan.




Laluan keretapi dan platform menunggu.


Laluan trek keretapi menuju Johor Bahru

Sekian sahaja aktiviti merakam kenangan terakhir di Stesen KTM Tanjong Pagar. Sesungguhnya, sejarah harus diketahui dan tinggalannya harus dipelihara sebagai warisan rakyat dan negara.



Tiket akhir



Aku pun pulang meninggalkan..


Labels: , 0 komen | edit post

Sepagi di Pantai Stulang, Stulang Laut

Siaran kali ini membawa aku ke kawasan Stulang Laut, gara-gara mencari sarapan pagi. Oleh kerana dah lapar, kebetulan juga hanya 8min dari rumah, bersarapan di Stulang Laut adalah lokasi terbaik bagi aku sebelum masuk kerja. Sementara waktu masih awal lagi lepas bersarapan, sempatlah juga snappy gambar untuk memenuhkan blog, :->




View Larger MapLokasi Stulang Laut



Tarikan utama di Stulang Laut adalah The Zon. Kawasan duty free ini menempatkan kompleks kastam, pusat feri ke Singapura-Batam-Riau, hotel 5 bintang, pusat beli belah dan pusat hiburan. Maka, sesuailah mereka meletakkan kawasan ini sebagai Fun Zone! Nak fun-happy-enjoy, memang kat sini 24-7.




Ini dia The Zon, Stulang Laut.



Deretan pusat hiburan gemerlapan waktu malam.



Ada lagi pelbagai pilihan pusat hiburan
aka Clubbing Place!


Namun, bagi yang tidak suka dengan bising dan kesesakkan, Stulang Laut masih lagi mendamaikan dengan laut yang tenang. Laut yang sebenarnya adalah Selat Johor je.. yang memisahkan Singapura dengan Malaysia sejauh 12km.



Air tenang di Selat Johor.



Sampan nelayan dan jualan ikan di buka waktu pagi.



Maka, lokasi lain untuk melepak ialah di Pantai Stulang yang terletak di barat daya The Zon. Kenapa pantai? Pasal kat sini ada la kawasan pantai kecil yang masih ada pasir laut memutih. Boleh la juga kalu nak basah-basah kaki dengan air laut sambil bina istana pasir ke, huhu




Pantai Stulang masih ada pasir laut memutih.



Redup dengan barisan pokok kelapa.




Kawasan hijau dan redup,
sesuai sebagai lokasi melepak.



Deretan pohon kelapa menganjur hingga
ke Pusat Marin dan Kastam.



Air yang tenang di Selat Johor
dek sekatan Tambak Johor.




Semoga air dapat mengalir lancar suatu hari nanti


Sekian siaran dari Stulang Laut. Semoga kawasan hijau di Stulang ini akan di kekalkan walaupun pembangunan penting untuk masyarakat Johor Bahru.





Labels: 4 komen | edit post