Sepetang di Hutan Bandar Johor Bahru
11:00 PM
Sempena 20.10.2010 pada hari ini, aku mengambil kesempatan beriadah di Hutan Bandar Johor Bahru. Walaupun sedikit jerebu, cuaca yang redup sebab mendung membuat hati lebih semangat untuk melepak di sana. Maka, selesai sahaja waktu bekerja, terus aku bergerak ke sana dengan Rio.
Dah sampai di Hutan Bandar Johor Bahru
Sesampai je di sana, dimulakan dengan minum petang. Di sini memang tersedia medan selera, jadi tak perlu risau kalau lapar dan haus. Pelbagai kedai-kedai menjual makanan dan minuman yang dibuka untuk sarapan, makan tengahari hingga ke malam jam 2pg! Tapi petang itu kami memilih kacang pol Gerai Cin-Cin Emas.
Minum petang dengan kacang pol.
Dah alas perut sikit, baru melangkah masuk ke dalam. Kami bermula dari pintu masuk iaitu dari Laman Tembusu yang merupakan pusat maklumat hutan bandar. Kemudian, barulah kami bergerak ke tempat-tempat lain yang tidak kurang menariknya seperti berikut
Pintu masuk di Laman Tembusu.
Taman dalam Laman Tembusu.
Ada tasik tujuh iaitu 7 buah tasik buatan.
Peta kawasan Hutan Bandar Johor Bahru.
Memasuki Laman Permainan untuk memulakan
aktiviti jogging.
Tapi bukan nak jogging mana, bergembira mcm kanak² je.

Main sorok-sorok
Lompat bintang
Lepak di tasik
Sampai la masa tutup iaitu jam 7ptg, kami melepak di hutan tersebut. Sebagai penutup aktiviti petang itu, kami makan malam di Melissa Burger & Western Food yang juga terletak di bawah Atap Belian . Merasa la perut kenyang tak larat nak jalan lepas kuar peluh beriadah sebentar tadi, huhu....
Restoran Melissa Burger & Western.
Makan malam dengan chicken chop Melissa.Sekian aktiviti sepetang (sebenarnya sampai malam, :P ) di Hutan Bandar Johor Bahru. Sesungguhnya, hutan ini bukan hanya sesuai untuk beriadah, malah untuk aktiviti makan-makan. Kenyang perut, suka hati, jangan lupa bersenam nanti!
Sepetang Di Laman Tasik Pandan
10:00 PM
Setelah berpanjangan hujan petang di Johor Bahru sejak Hari Raya yang lalu, petang tadi barulah awan dapat menahan airnya, huhu. Petang yang agak mendung itu, memang sesuailah untuk kembali semula beriadah selepas habis waktu bekerja. Maka, kali ini aku ke Laman Tasik Pandan yang terletak di Taman Redang.
View Larger Map Lokasi Laman Tasik Pandan
Laman ini sebenarnya lebih merupakan taman rekreasi untuk masyarakat setempat berjogging, bersenam ataupun sekadar bersiar-siar bersama keluarga, pasangan mahupun sendirian. Antara kemudahan yang terdapat di sana....
Dah tentu ada tasik,
Tasik Pandan namanya barangkali..
Ada juga kolam yg cetek, memang jernih airnya.
Budak-budak ni enjoy la plak mandi.
Jambatan peninjau di tasik.
Pelantar peninjau.
Monumen yang mcm apa tah
Taman kanak-kanak,
bkn utk org dewasa mcm ni eh! Ehehe
Peralatan senaman, OK yg ni utk dewasa!
Laluan untuk berjogging dan pejalan kaki.
Sekian sahaja bersiaran dari Laman Tasik Pandan. Sesungguhnya, kawasan ini tidak terjaga dan banyak kerosakan akibat vandalisme. Maka, terpaksa saya ambil gambar di sudut menarik sahaja. Alangkah baiknya MBJB menjaga dengan elok kawasan ini dan mana-mana individu diharap tidak sekali-kali merosakkan harta benda awam. Johor bersih, rakyat sihat!
Melawat Rompin
11:30 AM
Hujung minggu kali ini mengerakan aku ke Kuala Rompin, Pahang. Seperti biasa, melawat kawan di sana sambil melancong dan melihat tempat menarik di sana. Dari JB ke Kuala Rompin mengambil masa kira-kira 2jam lebih dengan perjalanan merentas hutan, ladang-ladang dan kampung-kampung.
Sampai dah di Kuala Rompin.
Pembangunan di Rompin.
Melepak di Pantai Lanjut.
Pantai Lanjut yang nyaman
dan redup dengan pokok-pokok ru.
Singgah minum dan pekena laksa di Pantai Hiburan.
Bersiar di Pantai Hiburan,
mana tau tetiba ikan Marlin terbang.
Sekian aktiviti hujung minggu di Kuala Rompin yang terkenal dengan lokasi memancing ikan marlin dan ikan layaran di laut dalam. Kuala Rompin juga sesuai menjadi tempat berkelah dan berehat kerana mempunyai pantai bersih yang luas disamping chalet dan resort yang disediakan.







