Menghayati seni laman melayu di Hutan Bandar MBJBT

Hujung minggu di bulan puasa pastinya membosankan. Oleh itu, aktiviti yang best aku bleh buat daripada dok tidur, ialah pi riadah sambil melepak. Lokasi kali ni tak jauh je dari rumah aku, iaitu di Hutan Bandar MBJBT. Lokasi yang tepat adalah di belakang Taman Mutiara Rini, melalui jalan menghala ke Gelang Patah.


Pintu masuk ke Hutan bandar MBJBT (Majlis Bandaran Johor Bahru Tengah)



Ini adalah hutan bandar kedua di daerah Johor Bahru selain Hutan Bandar MBJB di Tasik Utara. Seperti hutan bandar yang biasa, hutan bandar MBJBT ini juga menyediakan kawasan riadah seperti taman permainan dan trek jogging. Pelbagai pokok-pokok dari hutan juga di tanam khas selain pokok-pokok buah-buahan. Cuma kelainan hutan bandar MBJBT dengan hutan bandar MBJB adalah kewujudan seni laman melayu dari setiap 10 daerah di negeri Johor. Dengan lanskap yang menarik di samping binaan rumah melayu yang indah membuatkan aku terkenang kampung halaman, nak-nak raya dah dekat nih. Huhu.. Jadi, layanlah gambar seperti berikut ..


Taman permainan dan trek jogging.


Taman Rimba Alam dengan himpunan pelbagai
jenis pokok hutan khatulistiwa.




Arboretum Buah-buahan dengan himpunan pelbagai
jenis pokok buah-buahan tempatan.



Tasek Hutan Bandar MBJBT.

Jambatan Tasek Hutan Bandar MBJBT.


Pusat Galeri dan Maklumat yang hijau.


Seni laman lanskap Melayu dari daerah Kulai.

Seni laman lanskap melayu dengan kolam ikan.

Seni laman lanskap melayu dengan anjung rumah.



Amacam, cantik tak seni laman melayu? Tidak kalah jugakan dengan seni laman Bali, Zen, kontemporari mahupun moden! Banyak lagi gambar-gambar lanskap dari 10 daerah Johor, namun hanya ini sahaja yang di lampirkan. Datanglah sendiri ke sana untuk anda rasai dengan lebih nyata. Pasti anda mengimbau kenangan dan rindu seperti berada di kampung halaman. Raya dah nak dekat, jadi .... jangan lupa balik kampung halaman. Selamat hari raya.. Maaf zahir batin.

Labels: 0 komen | edit post

Berbuka dengan semangat merdeka di Taman Merdeka

Taman Merdeka, Johor Bahru


Oleh kerana sekarang bulan puasa, terpaksalah melupakan dan menundakan aktiviti melancong dan melencong sebentar. Menghormati Ramadhan kekdahnya.. So, kebiasaan di bulan puasa, aktiviti berbuka paling ditunggu. So, entry kali ini berbuka di Taman Merdeka.


Bersampan di Tasik Merdeka
membelakangkan Restoran Jb Catering.


Taman Merdeka nih dah lama ada di JB. Terletaknya bersebelahan RTM JB, selepas Stesen Larkin menuju ke Taman Kolam Air. Di Taman Merdeka ni, ada Restoran JB Catering yang menawarkan buffet berbuka puasa berharga RM15 (tukang promote kah??). Banyak juga lauk pauknya termasuk kambing kuzi disamping berjenis-jenis air minuman dan kuih manisan. Berbaloi juga lah berbuka disini jika ianya memenuhi citarasa tekak anda.

Sementara menunggu berbuka, bersiar-siar di Taman Merdeka pastinya tidak patut dilupakan. Taman ini mempunyai pemandangan yang menarik dengan hiasan laman berkonsepkan kemerdekaan. Ianya dapat dilihat dengan jelas melalui ukiran-ukiran di dinding seolah-olah satu cerita. Pasal tuh kot ianya dinamakan Taman Merdeka. Antara laman-laman yang diciptakan di sini adalah seperti ...


Pemandangan dari Tasik Merdeka,
menara tinjau dengan jambatan gantung dan Amphitheater



Menara jam kelihatan dari Promenade Merdeka.


Jambatan di Promenade Merdeka menuju Padang Merdeka.



Bendera Johor berkibar megah di Padang Merdeka.



Tu diaa... semangat merdeka di Padang Merdeka!


Laman Malaysia dengan plak-plak negeri tersusun.
Sebenarnya ada air pancut disini, namun airnya tiada ketika itu (dpt la posing..kan)


Laman Semarak Kemerdekaan,
dengan ukiran dinding memaparkan perpaduan kaum.



Laman Peringatan Penjajahan Jepun,
dengan formasi replika meriam dan replika kapal terbang Zero Fighter!


Laman Peringatan Penentangan Komunis,
dengan ukiran-ukiran di replika gua.



Jambatan gantung di menara tinjau di
Laman Peringatan Penentangan Komunis.

Laman Sultan Abu Bakar yang menghijau.

Maka, dikesempatan ini, saya mengucapkan selamat berpuasa dan terus cukup puasanya. Semoga di bulan Ogos ini, kita tidak lupa juga dengan semangat kemerdekaan walaupun kita sedang semangat berpuasa (semangat ke???.. padahal kuat tidooo). MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!



Labels: 0 komen | edit post

Meneroka Hutan Simpan Bukit Nenas


Korang tau Hutan Simpan Bukit Nenas kat mana? La, ada yang tak tau ke? Yang tau tu, dah pergi ke ke sana? Kalu belum, apa kata korang pergi sana, tak susah pun nak sampai sana, pasal betul-betul di tengah kota Kuala Lumpur, cuba lihat di http://wikimapia.org/48242/Bukit-Nanas-Forest-Reserve.


Pusat Maklumat Perhutanan,

pintu masuk utama ke Hutan Simpan Bukit Nenas.


Punya lah kerap ke KL setiap bulan, kali ini, barulah teringin nak teroka hutan tersebut. Dengan ditemani oleh Apidz yang juga 1st time masuk hutan itu, kitorang pakai redah je menuju dan masuk ke hutan itu. Berpandukan keberadaan Menara KL yang juga terletak di Bukit Nenas, kami tiba dipintu masuk utama dengan mudah iaitu di Jalan Jalan Raja Chulan, tak jauh dari Muzium Telekom. Sebenarnya, ada 2 lagi pintu masuk, iaitu dari kawasan Menara KL dan Wariseni.



Hafal peta laluan ni dulu, nanti sesat dalam hutan pulak

Banyak malumat perhutanan di pamerkan.

Terdapat sebuah pusat maklumat hutan Malaysia disana untuk pameran dan pengetahuan pengunjung. Jangan risau, semuanya percuma, begitu juga dengan hutan simpan itu, kecuali jika anda hendak berkhemah. Setelah puas melihat galeri itu, kami segera memulakan penerokaan hutan. Dengan laluan bertangga batu, ianya memudahkan kita untuk mendaki Bukit Nenas ini walaupun ada kecerunannya mencecah 30darjah. Namun, terdapat juga laluan denai/trail arboretum yang berlantaikan tanah. Apapun stamina anda dituntut tinggi agar mencapai kepuasan penerokaan keseluruhan hutan ini, maklumlah kawasan ini seluas 9.3ha dengan laluan mendaki, rata dan curam.

Ayuh, jangan putus asa.. kita daki lagi..


Letih?.. lepak-lepak la dulu...



Salah satu dari pokok besar yang masih kekal sejak diwartakan hutan simpan pada 1906

Percaya atau tidak..?

Dengan dikelilingi pokok-pokok hijau dari pelbagai spesis dan saiz, pastinya anda dapat merasakan bau hutan dan udara yang segar. Jika anda bernasib baik, anda akan dapat melihat rama-rama dan ular dari dekat... (ada berani?). Ehehe. Stakat nyamuk, memang banyak...


Melepak di Pelantar Merawan yang sama tinggi dengan ketinggian pokok.


Tapak khemah Dataran Hijau

Tapak senaman riang

Jambatan gantung Bukit Nenas .

Selain aktiviti meneroka hutan, hutan ini juga menyediakan wakaf untuk lepak-lepak dalam hutan, tapak khemah dalam hutan, bersenam dalam hutan dan bergayut-gayut di jambatan gantung dalam hutan. Memang seronoklah beraktiviti di Hutan Simpan Bukit Nenas nih, lebih-lebih lagi anda juga boleh cuci mata melihat pelancong asing yang rata-rata ramai melawat disini, ehehe.


Ayuh hayati kehijuan alam dan udara segar...

So, apa lagi.. ayuh teroka Hutan Simpan Bukit Nenas. Hayati kehijauan alam sekali sekala, tak jauh pun, di tengah-tengah KL je.