Kembara Ciri ke Pulau Tioman



Pengembaraan ni sebenarnya dah genap setahun yang lalu. Di tarikh dan bulan yang sama aku, Nick, Rio, Yus dan Zah, (Geng Ciri) kembara ke Pulau Tioman untuk bersuka ria dan mengeratkan persahabatan antara kami, kira mcm gathering lah jugalahh..




Feri meluncur laju dari Jeti Mersing ke Pulau Tioman (Kg. Genting)


Sabtu, pagi-pagi lagi kami sudah berkumpul di Larkin untuk menaiki bus ke Mersing bagi trip 8.30pagi punya dengan tambang RM8. Perjalanan mengambil masa hampir 2 jam memang syok dengan kerja tidor je dalam bus. Sesampai je bus stand Mersing, terus segar, excited lah nak ke Pulau Tioman. Segera kami berjalan kaki ke Jeti Mersing yang tidak jauh dari bus stand untuk menunggu feri ke Pulau Tioman. Tiket berharga RM35 seorang untuk sehala.




Dah dalam feri, kerjanya tidor lagi...



Feri bergerak ke Tioman bagi trip 12tengahari mengambil masa 2 jam untuk sampai ke Kg Genting, kampung ketiga yang di singgah oleh feri ini. Kami menginap di Sun Beach Resort yang terletak di kampung Genting. Kampung ini juga terdapat resort-resort kecil lain dan juga rumah-rumah penduduk kampung. Terdapat juga surau, klinik dan restoran dan kedai, jadi kami tidaklah rasa terlalu risau kerana ada kemudahan.


Kg Genting dan Sun Beach Resort dari atas feri.




Jeti dan pantai Kg Genting, Tioman dari kafe Sun Beach Resort.





Chelet penginapan di Sun Beach Resort



Sampai-sampai, kami terus check in resort dan mendapatkan chelet penginapan. Kemudian, kami terus pi makan di restoran di jeti tersebut, melepaskan lapar dan lelah perjalanan tadi. Petangnya kami meronda-ronda di sekitar kampung Genting untuk mengisi masa lapang. Menjelang magrib, kami dijemput makan malam di kafe resort sebelum aktiviti bebas di malam hari, yang sekadar berbual tentang kami dan alam. Ehe




Lepak di pantai yang indah.




Lepak di jeti nelayan Kg. Genting.




Lepak di jeti pancing Kg Genting.



Pagi ahad, kami sudah sesiap untuk aktiviti snorkeling seperti yang terkandung dalam pakej. Namun, kami wajib membayar RM15 seorang untuk menyewa google dan jaket keselamatan. Jika dah bawak dari rumah, x payah la kan nak sewa, so jimat kat situ. Dengan berkongsi 10org pelancong lain dalam satu bot, kami dibawa ke 3 tempat menarik untuk aktiviti snorkeling iaitu Pulau Tulai, Taman Marin dan Pulau Renggis. Seronok betul melihat keindahan dasar laut dengan terembu/coral dan ikan-ikan yang cantik.




Geng Ciri berjaya jejak ke Pulau Tulai, yeahh...


Kami sedia untuk acara snorkeling!



Taman Marin lagi banyak ikan kecil dan besar, menunggu roti anda sebagai santapan, tapi airnya kurang jernih, so, misteri..





Tawaf secara berenang sambil snorkeling di keliling Pulau Renggis. Kat sini anak ikan marlin dan jerung pun ada, pasal dasarnya sedalam 5m.




Setelah puas bersnorkeling, kami di bawa singgah ke Kg. Tekek, kampung utama bagi Pulau Tioman. Kampung ini adalah pekan utama dimana terdapat semua kemudahan termasuk marina dan lapangan terbang. Disini kami hanya singgah di pasaraya duty free untuk membeli cokelat dan lepak-lepak dan makan kerepok lekor di medan selera. Menjelang lewat petang, barulah kami pulang. Malam, kami disajikan dengan seafood BBQ oleh kafe resort sebelum diteruskan dengan aktiviti bebas melihat bintang sambil sesi bergumbira mengambil gambar dan cerita-ceriti antara kami.





Sesi melantak BBQ seafood sampai ko kekenyangan.





Isnin pagi selepas sarapan, terpaksalah kami check out bilik untuk pulang. Sesungguhnya kami sangat berpuas hati dan bergembira dengan pakej 3Hari 2Malam dengan Sun Beach Resort. Layanan mesra, makanan sedap dan bilik penginapan yang selesa dan bersih, berbaloi RM300 seorang. Kg. Genting juga tidak mengecewakan kami dengan pantai yang bersih dan cantik. Sebelum pulang, kami sempat membeli cenderamata di kedai Kg. Genting dan di Jeti Mersing.





Geng Ciri berpuas hati di Sun Beach Resort, Pulau Tioman.


Anda teruja? Ayuhhh ke Tioman, Zoom Malaysiaaa. Korang pasti tak menyesal, kecuali jika anda memang demand, membandingkan Tioman macam Barbados atau Macau, jauh beza beb. Pepun, dapatkan info di http://www.sunbeachresort.com.my jika anda juga mahu menginap di sana.

Labels: 6 komen | edit post

Le Tour de Singapore






Singapura adalah negara yang tidak asing lagi dari Johor. Hanya dipisahkan oleh Selat Tebrau selebar 12km, kita dianggap telah pun berada di luar negara. Walaupun telah ke sana 3 kali setakat ini, tetapi jelajah kali ini berunsur Le Tour, sebab kami setkan seharian Le Tour ini untuk ke 8 tempat tarikan pelancongan Singapura. Maka, aku dan Zarul (yang kali pertama ke Singapura) terpaksa gigih meneroka Singapura tanpa beralah kepada penat.

Perjalanan dimulakan dari jam 9pagi. Bertolah dari rumah, kami menuju ke Persada Johor untuk meletak kereta. Kemudian kami berpakat menaiki teksi ke Singapura yang boleh di dapati di Hentian Bus Kotaraya bersebelahan Persada. Dengan tambang sekepala RM15, teksi dinaiki kami perlu melepasi CIQ JB dan Singapura sebelum tiba di Hentian Queen Street yang mengambil masa setengah jam. Cepatkan?








Masjid Sultan




Dari Queen St., kami berjalan kaki ke Masjid Sultan yang mengambil masa 3 min. Disana juga terdapat deretan kedai menjual produk pelancongan, kedai makan melayu-jawa dan Pusat Kebudayaan Melayu di tapak kawasan Istana Kg Gelam.





Kalu sesat, jangan lupa singgah di sini, di tengah² Orchard Road.



Setengah jam kemudian, kami segera ke MRT Bugis untuk ke Orchard Road, pusat tumpuan beli belah. Dari MRT Bugis kami kena tukar tren di MRT City Hall, barulah boleh tiba di MRT Orchard. Di Orhard Road, kami begitu terpukau dengan deretan plaza-plaza beli belah yang menjual barangan dari pelbagai jenama. Namun, kami langsung tidak membeli apa-apa,ehe, hanya window shoping aja untuk Great Singapore Sales awal bulan Jun nanti. Kami menyusuri Orchard Road sehingga tiba di MRT Somerset untuk ke Suntec City pula.







Fountain of Wealth, Suntec City.. tapi mana air pancurannya? Berjimatkah?.


Jalan-jalan sebelum tiba di Esplanade.


Untuk ke Suntec City, kami harus turun di MRT City Hall sebelum menyusuri underground CityLink Mall untuk ke Suntec City. Kami makan tengah hari dengan nasi beriani ayam di Food Republic sebelum berjalan kaki ke Esplanade. Pemandangan di sini amat indah berlatarkan urbanisasi Singapura, lantas kami tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar.






Esplanade Singapura, pusat kesenian dan rekreasi.





Merlion Park.




Setelah puas, kami jalan kaki ke Raffles Place yang merupakan pusat pejabat perniagaan yang ditaburi bangunan-bangunan pencakar langit. Sebelum tiba, kami singgah sebentar ke Merlion Park untuk mengambil gambar di monumen utama Singapura, Merlion. Kemudian, kami menyusuri Sg Singapura sebelum tiba di MRT Raffles Place yang terletak di tengah-tengah pusat bandar.






















Tebing Sg. Singapura.















Di tengah-tengah pusat bandar.






Kemudian, kami naiki tren ke MRT Outram Park sebelum bertukar tren ke MRT HarbourFront. Tujuan kami adalah menjelajah Vivo City yang futurilistik. Di sana, terdapat pusat beli belah dan pusat rekreasi. Menjelang magrib, kami bergerak ke MRT Chinatown untuk membeli cendermata Singapura sebagai kenangan.









Vivo City di waktu magrib.













Chinatown Singapura macam Petaling Street KL.








Setelah itu, kami menuju ke MRT Clark Quay untuk melihat suasana malam di Singapura. Ternyata malam di Clark Quay sangat menarik dengan limbahan lampu, ragam manusia, musik dan restoran. Menjelang jam 9mlm setelah puas melepak, kami beransur pulang ke JB dengan menaiki teksi sepertimana kami datang.




















Sesunguhnya kami sangat berpuas hati dengan Le Tour de Singapore walaupun kaki kami lenguh dan kejang! Di lain masa, kami pasti ke Singapura lagi untuk menjelajah Pulau Sentosa pula. Siapa nak ikut angkat tangan!


Malam meriah di Clark Quay.





Dngan kuasa Ultramen, :P, Zarul & aku gigih buat Le Tour de Singapore


Labels: 6 komen | edit post

Road Trip to Malacca




Hujung minggu lepas sangat membosankan kami. Apalah sangat yang ada di JB, bandar tempat tinggal kami. Saban hujung minggu lepak-lepak di tempat-tempat yang sama sahaja. Tiada yang menarik. Maka, tercetus idea gila kami dalam jam 10mlm di dalam kereta Kelisa semasa di Lebuhraya Tebrau, iaitu Road Trip ke Melaka! Memang semua tidak dirancang awal, jadi kami bertolak ke sana dengan sehelai sepinggang dan tanpa izin tuan punya Kelisa, bapak Nick, muahahaha.



Gigih nak Road Trip! Dari Skudai ke Melaka


Jam 11 mlm kami memulakan perjalanan dari Plaza Tol Skudai. Berhenti sebentar ke Perhentian Machap untuk mengisi minyak, tapi.. Alamak, stesen minyak tutup kerana menaik taraf. Baru lepas nonton wayang citer Uninvited di TGV Jusco Tebbrau, adakah kami di UNINVITED ke Melaka?





Weouls tak patah semangat nak ke Melaka walau apa² dugaan.


Huuhh.. dengan bekalan minyak yang minimum, kami berhati-hati keluar ke Tol Air Hitam. Nasib baiklah masih ada stesen minyak yang masih di buka! Syukur dapat meneruskan perjalanan ke Melaka dengan minyak yang penuh. Menghampiri jam 2pagi, barulah kami tiba di Bandar Melaka, sib baik El minta bantuan kawannya, kalau tak.. matilaaa sesat! Mana taknya, kami berempat memang tak biasa dengan Melaka, ceruk Jb tau lah. Sampai-sampai pi melantak di McD berhampiran Mahkota Parade, dan kemudian barulah check in di Hotel TropicalVille. Perg… ngantuk sgt korang!



Kami kehairanan dengan Adysham yg masih lapar setelah
melantak banyak? Bawak hantu rayakah?.. .. larikkkkkk




Hotel kami 2 star yah... sebut dengan suara kepit!..
Suara siapa..tnya Nick.. Larikkkkk



Bangun pagi Ahad jam 10pagi, kami sesiap dan check out hotel. Kemudian kami segera ke Restoran Asam Pedas di Plaza Mahkota kerana peruk berkeroncong perlu diisi dengan sarapan, dah sambil menikmati sarapan, kami menunggu kedatangan Diva Melaka, Poksak yang kononnya pakar selok belok Kota Melaka. Malangnya, lokasi kami pun dia gagal cari, awat nih Sak! Eheheh.


Lokasi ronda-ronda kami.

Kemudian, sebagai acara kemuncak perjalanan ini, kami berlima bertolak ke Kota Afamosa dan sekitarnya untuk sesi melawat, cuci mata, bergambar dan beli belah.
Dimulakan dari Jalan Laksamana, kami hanya berjalan kaki di Galeri Seni Rakyat, Balai Senilukis Melaka, Gereja Merah Melaka, Kota Afamosa dan Jonker Walk di Jalan Hang Jebat. Matilah hitam legam semua, kerana cuaca sangat panas ketika itu.



Cold drink in hot weather... matilah rentung berjemuran!


Poksak, me, Nick, Adysham. Foto oleh EL, the next Nigel Barker



Menara Jam Stadthuys Melaka dengan Air Pancut Victoria Regina



Letih kaki memanjat ke Bukit Saint Paul,
tapak gereja Katolik Portugis.



Isi dalam gereja lama tersebut,
beberapa batu tanda kubur bertulisan latin.


Menghampiri jam 2ptg, kami ke Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan Mall untuk jalan-jalan cari makan pula. Oleh kerana ramai umat Melaka yang sama-sama mencari makan, kami berpakat untuk makan sahaja di Gerai Abang Shah untuk lunch. Sib baik Abg Shah kacak, tapi kata EL, key tiaw gorengnya biasa je.. hiks.

Selesai sesi melantak, kami menghabiskan masa-masa terakhir dengan tawaf dan cuci mata sekeliling Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan Mall. Menghampiri jam 5 ptg, barulah kami bertolak pulang ke JB. Walaupun penat, tapi kami puas dengan pengisian hujung minggu lalu. Ayuh Zoom Malaysia!




Labels: 1 komen | edit post