Sepetang di Hutan Bandar Johor Bahru
11:00 PM
Sempena 20.10.2010 pada hari ini, aku mengambil kesempatan beriadah di Hutan Bandar Johor Bahru. Walaupun sedikit jerebu, cuaca yang redup sebab mendung membuat hati lebih semangat untuk melepak di sana. Maka, selesai sahaja waktu bekerja, terus aku bergerak ke sana dengan Rio.

Dah sampai di Hutan Bandar Johor Bahru
Sesampai je di sana, dimulakan dengan minum petang. Di sini memang tersedia medan selera, jadi tak perlu risau kalau lapar dan haus. Pelbagai kedai-kedai menjual makanan dan minuman yang dibuka untuk sarapan, makan tengahari hingga ke malam jam 2pg! Tapi petang itu kami memilih kacang pol Gerai Cin-Cin Emas.

Dah alas perut sikit, baru melangkah masuk ke dalam. Kami bermula dari pintu masuk iaitu dari Laman Tembusu yang merupakan pusat maklumat hutan bandar. Kemudian, barulah kami bergerak ke tempat-tempat lain yang tidak kurang menariknya seperti berikut


Ada tasik tujuh iaitu 7 buah tasik buatan.
Peta kawasan Hutan Bandar Johor Bahru.
Memasuki Laman Permainan untuk memulakan
aktiviti jogging.


Main sorok-sorok


Sampai la masa tutup iaitu jam 7ptg, kami melepak di hutan tersebut. Sebagai penutup aktiviti petang itu, kami makan malam di Melissa Burger & Western Food yang juga terletak di bawah Atap Belian . Merasa la perut kenyang tak larat nak jalan lepas kuar peluh beriadah sebentar tadi, huhu....


Sekian aktiviti sepetang (sebenarnya sampai malam, :P ) di Hutan Bandar Johor Bahru. Sesungguhnya, hutan ini bukan hanya sesuai untuk beriadah, malah untuk aktiviti makan-makan. Kenyang perut, suka hati, jangan lupa bersenam nanti!