Hari kedua pendakian, 11 Feb 2016, dimulakan pendakian seawal jam 2 pagi. Sarapan dan pemakai pakaian tebal amat tuntut terutama yang tidak tahan sejuk. Bayangkan udara awal pagi yang sejuk dengan angin dingin pagi di puncak gunung, kesejukan boleh menyebabkan pendaki di timpa Acute Mountain Sickness (AMS). Kesejukan juga menyebabkan saya tidak berani membuka sarung tangan untuk mengambil gambar sepanjang pendakian ke puncak, apalagi persekitaran juga gelap kecuali semasa solat subuh di puncak jam 5.30 pagi.
6: 00 am : Alhamdullilah.. tiba di puncak Low Peak.
Bergambar di atas Low Peak dengan berlatarkan
Alexandra Peak dan St. John Peak.
Beransur pulang berlatarkan South Peak (atas) dan
King Edward Peak, Donkey Ears dan Tunku Abd Rahman Peak (bawah)
Teruja mengambil kambar kenangan di puncak Kinabalu.
Beransur pulang, baru perasan betapa mencabar
laluan pendakian semasa gelap pagi tadi
.
8.00 am : Selamat tiba semula di Laban Rata
10.30 am : Bertolak balik ke Pondok Timpohon
1.00 pm : Tiba di Pondok Timpohon, alhamdullilah
Kenangan di puncak Gunung Kinabalu.
Sekian pendakian saya di Gunung Kinabalu, Kos untuk pendakian ini adalah pakej RM450 untuk pakej pendakian dan penginapan di Laban Rata, RM 60 untuk penginapan semalam di De'Villa Lodge dan Promonade Hotel, KK, RM 78 untuk khidmat membawa beg (6 kg) pergi-balik oleh pemandu pendaki dan RM 100 untuk barangan peribadi seperti sarung tangan, stoking tebal, lampu kepala dan ubat-ubatan.
Sesungguhnya mendaki Gunung Kinabalu agak mudah kerana telah mempunyai kemudahan trek dan tandas yang elok, namun semuanya bergantung kepada kita untuk azam ke puncak dengan jarak 8.5 km trek pendakian. Ada yang berkata, kenapa perlu membayar untuk penat dan sekeping sijil? Tetapi bagi yang suka mencabar diri.. akan tahu rasanya kepuasan mendaki Kinabalu yang berada di atas awan.

Post a Comment