Melawat Sabah (Hari ke 3 : 13 Mei 2012)


 Hari ke tiga kami sudah bangun seawal jam 8 pagi. Rancang hendak ke kawasan Kundasang, namun kereta yang kami sewa telah di sekat oleh kenderaan penjaja pasar pagi Gaya.. aduh... malang sungguh. Namun, kami terima semua takdir-Nya, maka kami hanya meluangkan hari terakhir dengan meronda sekitar bandar Kota Kinabalu untuk membeli cendermata dan barangan lain.

Pertama kami meronda di sekitar Jalan Gaya, di bawah hotel penginapan kami. Pasar pagi ini hanya di buka setiap pagi Ahad. Pelbagai jenis barangan ada di jual di sini antaranya ...


Kawasan Pasar Gaya



Pelbagai barangan di jual.




Kemudian kami berjalan kaki pula ke kawasan pinggir pantai di mana terletaknya Pasar Besar, Pasar Pilipine, Pasar Kraftangan, Pasar ikan masin dan waterfront.



Pasar Besar Kota Kinabalu



Pasar Ikan Masin dan Pasar Kraftangan



Segama Waterfront




Disebabkan masih lama lagi menunggu penerbangan pukul 5 ptg, kami menghabiskan sisa masa yang ada dengan melepak di Suria Sabah Mall, Taman Awam Likas, Menara Tun Mustapha dan menara tinjau Bukit Bendera dengan menaiki kereta sewa.




Redup dengan pokok rhu di Pantai Likas



Menara Tun Mustapha dan menara tinjau Bukit Bendera.




Setelah hampir je jam 5 ptg, barulah kami bergerak ke Terminal 2, Kota Kinabalu Airport untuk pulang ke Johor Bahru. Pesawat delay pula, terpaksa menunggu lagi hingga ke pukul 6.30 ptg dengan keletihan. Namun, kami sangat bergembira dan berpuas hati dengan aktiviti melawat Sabah ini. Kos kali ini adalah di bawah RM 500 tidak termasuk makan dan beli belah (Tiket flight : Rm 190, Rumah Budaya dan tambang teksi : RM 105, Pulau Manukan/Sapi : RM 63, Sewa kereta : RM 50 dan Hotel 3D/2N: RM50)

Sesunguhnya kami mahu lagi ke Sabah dan sudah tentu kami akan ke sana lagi untuk ke Gunung Kinabalu pula. Jommmm!
Labels: edit post
0 Responses

Post a Comment